backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan

1

Tanya Doktor
Simpan

Risaunya Kalau Ada Nanah Keluar Dalam Telinga, Ini Tanda Gegendang Pecah?

Disemak secara perubatan oleh Dr. Muhamad Firdaus Rahim · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 22/01/2024

    Risaunya Kalau Ada Nanah Keluar Dalam Telinga, Ini Tanda Gegendang Pecah?

    Anda pernah ada pengalaman telinga bernanah? Siapa sahaja yang tidak akan rasa risau jika secara tiba-tiba mengalami telinga bernanah dan berbau busuk tanpa dapat diketahui sebab ia berlaku.

    Kebiasaannya, keadaan kesihatan ini sering kali dikaitkan dengan jangkitan dan memang benar bahawa ia adalah salah satu puncanya.

    Pun begitu, sebenarnya wujud beberapa lagi sebab lain kondisi ini terjadi termasuklah serangga! Jom teruskan membaca artikel ini.

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Keadaan Telinga, sila dapatkannya di sini.

    Telinga bernanah, bukan sekadar jangkitan

    Seperti mana yang telah kami nyatakan di atas tadi, pengalaman telinga bernanah ini sering kali dikaitkan dengan jangkitan dan ia memang benar.

    Jangkitan pada kawasan telinga tengah atau otitis media ini dikatakan lebih banyak menyerang golongan kanak-kanak.

    Inilah sebabnya mengapa mungkin ramai ibu bapa yang perasan telinga anak mereka kerap berair, berbau dan bernanah.

    Sekiranya memang benar kondisi ini adalah disebabkan oleh otitis media, maka kalian mungkin tidak perlu terlalu risau.

    Ini kerana ia boleh sembuh dengan sendiri selepas 2 atau 3 hari namun ketahuilah bahawa ia juga mungkin didalangi oleh sebab lain.

    telinga bernanah
    Sebab kenapa ada cecair kuning keluar dari telinga.

    Segera berjumpa doktor jika anda ataupun anak anda ada alaminya untuk diagnosis yang lebih cepat dan tepat!

    Apa punca sebenar telinga bernanah?

    Dalam kes-kes yang pernah terjadi sebelum ini, rata-rata penderita masalah ini adalah berpunca daripada kondisi berikut:

    #1. Otitis media

    Sebagai penyebab nombor 1, ia adalah punca paling utama yang menyebabkan kondisi ini selalu berlaku kepada golongan kanak-kanak.

    Pun begitu, jangan pula kalian terkejut jika kami kata punca telinga bernanah orang dewasa juga adalah disebabkan kondisi yang sama.

    Ia didalangi oleh jangkitan bakteria ataupun virus yang boleh merebak jika tahap kebersihan telinga tidak dijaga dengan baik.

    #2. Cholesteatoma

    Cholesteatoma adalah sejenis kondisi berlaku ketumbuhan yang tidak normal terbentuk di bahagian sekitar belakang gegendang telinga.

    Meskipun ketumbuhan ini bukanlah bersifat kanser, tetapi ia boleh merosakkan tisu di sekeliling jika tidak dirawat dengan kadar segera.

    Sekiranya dibiarkan semakin membesar, ia boleh merosakkan telinga dan menyebabkan keluar nanah, vertigo, pekak dan lumpuh otot muka.

    #3. Swimmer’s ear

    Sesuai dengan namanya, kondisi ini sering kali dikaitkan oleh individu yang mempunyai hobi gemar berenang di kolam air.

    Ia akan berlaku ekoran air termasuk lantas terperangkap dalam saluran telinga ketika berenang dan seterusnya menyebabkan jangkitan.

    Jangkitan inilah yang mungkin akan menyebabkan masalah ini selain beberapa lagi simptom lain keadaan kesihatan ini.

    telinga bernanah
    Biasa guna putik kapas untuk korek telinga anda?

    #4. Telinga bernanah dan berbau busuk kerana bendasing

    Di persekitaran kita, wujud banyak bendasing yang boleh termasuk dan tersekat di dalam telinga lantas menyebabkan kerosakan padanya.

    Kerosakan ini pula seterusnya akan menyebabkan pelbagai komplikasi termasuklah telinga bernanah orang dewasa dan kanak-kanak.

    Antara bendasing yang biasa memasuki lubang telinga adalah:

  • Mainan kecil
  • Putik kapas
  • Makanan
  • Manik
  • Butang
  • Serangga
  • Sekiranya gagal dalam usaha mengeluarkan bendasing tersebut secara sendiri, jangan berlengah untuk segera berjumpa doktor.

    #5. Gegendang telinga pecah

    Akhir sekali, kondisi ini juga mungkin adalah disebabkan oleh gegendang telinga pecah akibat beberapa faktor tertentu.

    Antara punca gegendang telinga boleh pecah adalah termasuk bendasing atau trauma; sebagai contoh, ditampar/ditumbuk dengan kuat.

    Akibatnya, telinga anda mungkin akan keluar darah dan nanah selain menyebabkan masalah kesakitan dan pendengaran.

    Bagaimana untuk elak telinga bermasalah?

    Bagi mengelakkan kondisi ini berlaku dan berulang, kalian haruslah lebih peka dengan keadaan kesihatan pada kawasan sekitar telinga anda.

    Sekiranya mengalami kondisi berkaitan seperti otitis media dan cholesteatoma, diagnosis doktor amat diperlukan sebelum merawatnya.

    telinga bernanah
    Periksa telinga di klinik.

    Dalam kes penderita kondisi swimmer’s ear pula, mungkin cara untuk mengelakkan telinga bernanah atau bermasalah adalah lebih mudah.

    Caranya, sila pakai penutup telinga setiap kali sebelum memasuki kolam air untuk berenang agar ia kurang dapat masuk ke lubang telinga.

    Untuk mencegah gegendang telinga pecah pula, sila elak daripada melakukan segala aktiviti berbahaya yang boleh memberi trauma pada telinga.

    Jangan ambil mudah kondisi telinga bernanah ini ya!

    Konklusinya, tolong jangan ambil mudah tentang kondisi ini meskipun kalian tahu ia boleh sembuh dengan sendiri melalui antibiotik untuk telinga bernanah.

    Sebaiknya, segera berjumpa doktor untuk berkonsultasi sekiranya ada sesuatu yang tidak kena berlaku pada telinga sama ada ia nanah, darah atau lain-lain.

    Ada antibiotik untuk telinga bernanah!

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Muhamad Firdaus Rahim

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 22/01/2024

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan