Jangan Yakin Sangat Pancut Luar Itu Berkesan, 3 Benda Ini Masih BOLEH Terjadi, Hati-Hati!

Fakta Perubatan Disemak oleh | Ditulis oleh

Kemas kini Tarikh 18/06/2020 . 3 minit bacaan

Ramai pasangan yang memilih untuk mengamalkan kaedah kontrasepsi yang terbukti berkesan seperti pil perancang kehamilan dan penggunaan kondom. Namun, ada juga pasangan yang lebih suka sesuatu yang lebih mudah dan cepat seperti kaedah pancut luar.

Persoalannya, adakah kaedah pancut luar ini berkesan untuk mengelakkan kehamilan luar jangkaan? Untuk mengetahui sama ada ia adalah fakta atau auta, mari kita sama ikuti artikel ini!

Suami isteri & perancangan keluarga

Perancangan keluarga merupakan perkara yang sangat penting buat pasangan suami isteri terutamanya yang baharu berkahwin. Ini kerana mereka perlu bersedia terlebih dahulu dalam segenap aspek kehidupan berumahtangga seperti kewangan, kerjaya dan masa sebelum membuat keputusan untuk menimang cahaya mata.

Terdapat banyak kaedah yang boleh dilakukan untuk mencegah kehamilan daripada berlaku contohnya penggunaan kondom dan pengambilan pil perancang kehamilan.

Artikel berkaitanTeknik untuk Pencegahan Kehamilan yang Lebih Baik

Malahan, ada juga yang mengatakan salah satu cara untuk mengelakkan daripada cepat mengandung adalah dengan melakukan hubungan seks bukan pada waktu subur

Namun begitu, terdapat satu kaedah yang kononnya berkesan dalam mencegah kehamilan iaitu kaedah pancut luar. Berkesankah cara ini ya?

Apakah itu kaedah pancut luar?

pancut luar

Kaedah ini merupakan suatu kaedah yang memerlukan lelaki menarik zakar keluar daripada faraj sebelum ejakulasi semasa melakukan hubungan seks demi memastikan air mani tidak terpancut di dalam faraj.

Ia merupakan kaedah perancangan keluarga yang semula jadi tanpa memerlukan bantuan sebarang alat ataupun ubat. Ya, ia mungkin kedengaran seperti mudah. Namun, ia sukar untuk dilakukan jika kurang pengalaman.

Adakah kaedah pancut luar ini berkesan mencegah kehamilan?

Menurut kajian, kaedah ini mempunyai tahap keberkesanan sehingga 82% hingga 96% dan hanya 4 daripada 100 wanita yang menggunakan kaedah ini bersama pasangan mereka berjaya hamil atau mengandung.

Namun begitu, kaedah ini hanya akan berjaya sekiranya dilakukan dengan betul. Kaedah ini mempunyai risiko untuk gagal di atas beberapa faktor. Antara faktor yang diperkatakan itu adalah:

  • Pasangan lelaki mempunyai kondisi ejakulasi pramatang
  • Air mani terpancut pada vulva iaitu bahagian permukaan faraj
  • Terdapat lelehan lebihan air mani yang terkeluar daripada zakar semasa orgasme

Pro dan kontra kaedah pancut luar

pancut luar

Di sebalik tahap keberkesanannya yang tinggi, kaedah ini juga mempunyai beberapa kebaikan dan keburukannya.

Untuk pengetahuan anda, ia sangat bergantung kepada cara pasangan itu melakukan kaedah ini sama ada ia tepat atau salah. Berikut merupakan pro dan kontra kaedah pancut luar:

Pro

  • Kaedah ini adalah selamat kerana tidak mempunyai sebarang kesan sampingan
  • Kaedah ini selamat dan boleh dipercayai kerana tidak memerlukan sebarang penggunaan alat atau ubat
  • Kaedah ini membenarkan hubungan seks berlaku dengan spontan dan tanpa persediaan yang rapi
  • Kaedah ini boleh digunakan sebagai pilihan terakhir sekiranya sudah tiada lagi metode perancangan keluarga yang lain boleh dilakukan
  • Kaedah ini tidak akan mendatangkan sebarang kos
  • Jika anda dan pasangan mempunyai pengalaman, kepercayaan dan boleh mengawal diri sendiri, kaedah ini merupakan kaedah yang paling sesuai buat anda

Artikel berkaitanBuang Air Kecil Selepas Seks TAK Boleh Cegah Kehamilan, Ini 3 Langkah Paling Berkesan

Kontra

  • Kaedah ini tidak sesuai untuk pasangan lelaki yang mempunyai kondisi ejakulasi pramatang
  • Kaedah ini tidak sesuai digunakan oleh pasangan lelaki yang tidak mempunyai pengetahuan yang luas dalam melakukan hubungan seks
  • Kaedah ini tidak sesuai digunakan oleh lelaki yang tidak memahami gerak balas seksual mereka
  • Kaedah ini memerlukan pengalaman, kepercayaan serta kebolehan mengawal diri yang tinggi

Konklusi

Kesimpulannya, kaedah pancut luar adalah kaedah mencegah kehamilan yang mempunyai tahap keberkesanan yang tinggi. Namun begitu, kaedah ini hanya akan berjaya membuahkan hasil sekiranya digunakan oleh pasangan yang mempunyai pengalaman, kepercayaan dan kebolehan mengawal diri yang tinggi.

Jika anda masih ragu-ragu untuk mencuba kaedah yang mungkin boleh mendatang kesan jika ia dilakukan dengan tepat ini, teruskan menggunakan kaedah lain seperti penggunaan kondom atau pengambilan pil perancang kehamilan. Sudah tentu lebih selamat!

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

1
Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy"
Rujukan

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

Seks Ganas Lebih Menerujakan Pasangan? Sebelum Buat, Baca Ini Dulu!

Ada individu yang gemar seks ganas dan ada yang gemar seks romantik. Sila ikuti artikel ini untuk mengetahui mengenainya dengan lebih lanjut.

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Gaya Hidup Sihat 02/07/2020 . 3 minit bacaan

Pil Cegah Hamil Turunkan Nafsu Seks Anda? Ketahui Cara Atasinya

Nafsu seks merudum selepas ambil pil cegah hamil tidak boleh dipandang ringan. Ia boleh mempengaruhi hubungan dengan pasangan. Ketahui cara atasinya.

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Wanita 02/07/2020 . 3 minit bacaan

Guna Berus Gigi Untuk Beronani? AMARAN KERAS, 5 ‘Alat Melancap’ Ini Sangat Berbahaya!

Ramai yang tahu perbuatan beronani atau melancap ini adalah tidak bagus untuk kesihatan. Lebih menakutkan, jika ia dilakukan bersama 5 benda ini!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Gaya Hidup Sihat, Seks Hubungan 01/07/2020 . 3 minit bacaan

Pssttt! Rahsia Seks Kencang Ada Di Kamar Tidur, Baca Ini!

Anda mengimpikan kehidupan seks yang lebih hot bersama pasangan? Mahu melakukan sesuatu yang berbeza? Boleh! Hanya pastikan anda cukup tidur!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Gaya Hidup Sihat, Seks Hubungan 30/06/2020 . 3 minit bacaan

Artikel lain untuk anda

perkembangan bayi

Jangkitan Kuman, Serebral Palsi; Ada Lagi 13 Komplikasi Jika Bayi Lahir Pramatang

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
Diterbitkan pada 03/07/2020 . 3 minit bacaan
kesan onani

Beronani Sebelum Beraksi Di Ranjang – Adakah Ia Membantu ‘Persembahan’ Anda?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Diterbitkan pada 03/07/2020 . 3 minit bacaan
sakit ketika seks

Rasa Nak Muntah Selepas Melakukan Hubungan Seksual? Ini Bukan Tanda Hamil Tapi Penyakit!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Fatin Zahra
Diterbitkan pada 02/07/2020 . 3 minit bacaan
cara makan pil perancang

5 Perkara Punca Pil Perancang Tidak Berkesan, #4 Mungkin Anda Tidak Percaya!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Diterbitkan pada 02/07/2020 . 3 minit bacaan