Pasangan Suami Isteri, Ketahui 10 Cara Pakai Kondom Yang Salah!

Fakta Perubatan Disemak oleh | Ditulis oleh

Kemas kini Tarikh 28/01/2020

Buat pasangan suami isteri, terutamanya yang masih muda dan baru sahaja berkahwin, perancangan keluarga adalah sangat penting. Selain metode yang melecehkan seperti pengambilan pil perancang, ada satu teknik kontrasepsi yang paling mudah dan asas iaitu dengan memakai kondom. Namun, ia perlu digunakan dengan betul baru teknik ini benar-benar berkesan. Khas buat pembaca setia kami, ini dia 10 cara pakai kondom yang salah!

Apa itu kondom?

Sebelum pergi lebih lanjut, apa kata kita hurai serba sedikit mengenai kondom yang diperkatakan ini terlebih dahulu? Buat anda yang belum tahu, kondom adalah sejenis alat kontrasepsi yang digunakan oleh pasangan suami isteri untuk mencegah kehamilan luar jangkaan. Ia sangat penting dalam usaha perancangan keluarga.

Selain itu, ia juga mempunyai keupayaan dalam mencegah penyakit kelamin (STD) dari berjangkit. Dalam erti kata yang lain, alat pencegah kehamilan ini banyak gunanya dan perlu digunakan dengan betul. Sayangnya, masih ramai yang kurang mengetahui cara penggunaannya yang betul lantas meminimumkan tahap keberkesanannya.

10 cara pakai kondom yang salah

Menurut sebuah artikel terbitan jurnal Sexual Health yang berdasarkan 50 kajian tentang cara penggunaan kondom di seluruh dunia dan dikeluarkan di laman sesawang livescience.com, kesalahan cara pakai kondom tidak harus dipersalahkan kepada alat pencegah kehamilan itu semata-mata. Akan tetapi, pemakainya juga perlu lebih berhati-hati. Berikut merupakan beberapa kesalahan cara pakai kondom menurut kajian yang pasangan suami isteri perlu tahu:

#1. Tidak memakainya secara menyeluruh

Kesilapan cara pakai kondom yang pertama adalah ada segelintir pasangan yang memakai alat pencegah kehamilan ini secara separuh sahaja yakni tidak menyeluruh pada zakar. Menurut kajian, sebanyak 8.8% lelaki dan 11.2% wanita akan memulakan hubungan seks sebelum kondom benar-benar ditutupi secara total oleh kondom.

#2. Memakainya secara terbalik

Ya, jika anda tidak pernah menggunakan kondom sebelum ini, agak sukar untuk membezakan mana bahagian dalam dan mana bahagian luar. Menurut kajian, sekitar 4% hingga 30.4% individu gagal membezakannya lalu mengakibatkan mereka memakai alat kontrasepsi ini secara terbalik lantas meningkatkan risiko air mani terkeluar dari kondom.

#3. Terlalu lambat memakainya

Menurut satu kajian, kira-kira 17% hingga 51.1% individu memakai kondom terlalu lambat (memakainya ketika seks penetrasi sedang berlangsung). Menurut kajian lain pula, pemakaian kondom yang lambat berlaku pada sekitar 1.5% hingga 24.8 peratus pasangan. Ini adalah cara pakai kondom yang salah kerana air mani boleh mengalir keluar pada bila-bila masa sahaja. 

#4. Terlalu cepat mencabutnya

Ada kajian yang menyatakan bahawa sekitar 13% hingga 44.7% individu pernah mencabut kondom walaupun hubungan seks belum benar-benar berakhir. Ada juga kajian lain yang mengatakan bahawa kira-kira 1.4% hingga 26% pasangan pernah melakukan ini. Kesilapannya, ia hanya akan meningkatkan risiko air mani terkeluar di luar kondom.

cara pakai kondom

#5. Menggunakan kondom yang sama berulang kali

Siapa yang pernah buat begini? Sila berhenti ya. Ini adalah salah satu kesilapan cara pakai kondom yang sering berlaku pada pasangan. Menurut kajian yang pernah dilakukan, kira-kira 1.4% hingga 3.3% responden pernah melakukannya. Ia adalah perbuatan yang salah kerana kondom bersifat pakai buang, jadi jangka hayatnya hanya sekali sahaja selepas dipakai.

#6. Tidak menggunakan pelincir

Persoalannya, adakah kita masih memerlukan pelincir jika sudah menggunakan kondom. Jawapannya, ya. Ini kerana penggunaannya tanpa pelincir boleh mengakibatkan ia koyak. Menurut kajian, sekitar 16% hingga 25.8% pasangan pernah melakukan seks dengan kondom tanpa pelincir. Ia adalah satu kesilapan yang harus dielakkan.

#7. Menggunakan pelincir yang salah

Tidak menggunakan pelincir bukanlah satu-satunya kesilapan berkaitan kondom. Kesilapan yang seterusnya adalah menggunakan pelincir yang salah. Menurut kajian, kira-kira 3.2% hingga 4.7 peratus pasangan pernah melakukan kesilapan ini. Silapnya adalah mereka menggunakan pelincir berasaskan minyak, yang boleh merosakkan kondom.

#8. Tidak meninggalkan ruang pada hujung kondom

Apa maksudnya? Untuk pengetahuan anda, kondom perlu dipakai dengan meninggalkan sedikit ruang yang agak tirus pada hujung zakar tersebut. Kegunaan ruang ini adalah untuk menampung air mani yang keluar dari zakar. Tanpanya, air mani mungkin akan terkeluar dari kondom. Sebanyak 24.3% hingga 45.7% pasangan melakukan kesilapan ini.

#9. Gagal mengeluarkan udara

Kondom perlu digunakan dengan cara vakum (tanpa udara). Maksudnya di sini adalah alat kontrasepsi ini perlu dipakai ketat dan kedap udara agar tiada air mani yang boleh terkeluar darinya. Untuk pengetahuan anda, sebanyak 41.6% hingga 48.1% pasangan pernah melakukan kesilapan ini lalu meningkatkan risiko kehamilan tanpa sengaja.

#10. Salah cara penyimpanan kondom

Apa yang lebih penting selain cara pakai kondom? Jawapannya adalah cara simpan kondom. Namun, sekitar 3.3% hingga 19.1% pasangan dalam kajian didapati salah cara penyimpanan alat pencegah kehamilan ini. Buat anda yang belum tahu, tahap keberkesanan kondom mungkin akan berkurang dari 98% menjadi lebih rendah jika ia disimpan secara salah.

Berikut adalah kesalahan penyimpanan kondom yang anda perlu tahu:

  • Menyimpan kondom bersama peralatan yang tajam seperti pisau atau gunting
  • Menyimpan kondom di tempat yang panas dan terlalu terdedah kepada cahaya matahari
  • Terlalu lama menyimpan kondom sehingga tamat tarikh luput

Jadi, apa cara pakai kondom yang betul?

Secara logiknya, cara pakai kondom yang betul adalah dengan mengelak daripada sebarang perlakuan cara pakai kondom yang salah, seperti tertulis di atas. Selain itu, anda juga perlu lebih berhati-hati dengan saiz kondom – tidak terlalu ketat atau longgar, waktu dan teknik penggunaan dan cara penyimpannya.

Dalam pada itu, jangan sesekali menggunakannya secara berlapis. Ini kerana ada pasangan yang beranggapan bahawa penggunaan 2 atau 3 kondom sekali gus akan memberikan perlindungan yang berganda. Ia adalah tidak benar. Ia hanya akan menyebabkan kondom mengalami tekanan berlebihan lalu meninggikan risiko ia terkoyak.

Jadi, sila berhati-hati ketika menggunakan kondom atau sebarang alat kontrasepsi yang lain, ya?

Konklusi

Kesimpulannya, tahap keberkesanan kondom adalah sebanyak 98 peratus. Namun, ia hanya akan termaktub sekiranya tiada sebarang kesilapan dalam cara pakai kondom. Oleh itu, pasangan suami isteri, terutamanya yang masih muda dan baru berkahwin, sila berhati-hati, ya? Jika kurang pasti dengan cara pakai kondom, sila baca arahan yang terdapat pada label kondom atau dapatkan pandangan dan pencerahan dari pakar.

Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.

Baca juga:

    1
    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Faraj Jadi Longgar Lepas Bersalin & KURANG Umph Ketika Bersama? Ini Yang Berlaku Pada Vagina Ibu

    Betul ke wanita melahirkan anak, keadaan faraj selepas bersalin akan menjadi longgar dan tidak memberikan kepuasan ketika bersetubuh?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa

    Apa Akan Terjadi Kepada Zakar Bila Usia Meningkat? Jangan Terkejut Bila Baca #5!

    Buat seorang lelaki, akan berlaku beberapa perubahan pada zakar seiring pertambahan usia. Apakah perubahan tersebut? Klik artikel untuk tahu!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid

    Bukan Saja-saja, Ini 10 Sebab Kesihatan Lelaki Perlu Kerap BELEK ZAKAR

    Lelaki perlu melakukan pemeriksaan kemaluan secara kerap bagi memastikan tahap kesihatan seksual berada pada tahap yang optimum.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli

    TERJAWAB, Rupa-rupanya Inilah 7 Sebab Mengapa Zakar Terasa Sakit Semasa Keluar Air Mani!

    Ada lelaki yang akan rasa sakit ketika ejakulasi pada zakar dan sekitar alat kemaluan. Apa puncanya? Jom kita bongkar ia dengan klik artikel ini!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Ahmad Farid

    Artikel lain untuk anda

    orgasme-wanita-normal-untuk-tidak-dialami

    Tak Pernah Rasa Klimaks Semasa Bersama Suami? Normal Ke?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 29/05/2020
    klimaks lelaki

    Jom Kita Belajar 4 Fasa Klimaks Lelaki! – Bukan Sekali Sahaja Boleh Ejakulasi?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 29/05/2020
    kesan melancap

    Kerap Ejakulasi Pun Bahaya Buat Lelaki, Lagi-lagi Jika Selalu Pancut Disebabkan Onani

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 21/05/2020
    cara membersihkan miss v

    JANGAN Basuh Vagina Dengan Sabun, Ada Cara Yang Lagi Selamat Nak Bersihkan Miss V

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 19/05/2020