Berjumpa kaunselor atau meminta bantuan orang yang dipercayai
Jika anda mahu tidak mahukan anak ini dengan menggugurkan kandungan atau memberikan bayi anda kepada jagaan orang lain, berjumpalah dengan kaunselor yang boleh membantu anda mengatasi masalah emosi seperti kegelisahan, stres atau depresi. Masalah-masalah ini adalah normal memandangkan kehamilan yang terjadi adalah di luar jangkaan. Walaubagaimanapun, kondisi ini mampu memberi kesan kepada kesihatan dan tumbesaran bayi.
Jika anda mahu menggugurkan kandungan, anda perlu berbincanglah dahulu dengan kaunselor terhadap kesan dan akibat melakukannya serta berdiskusilah dengan doktor anda berkaitan risiko dan komplikasi prosedurnya.
Anda juga boleh meminta bantuan daripada orang yang anda percaya dengan berbincang tentang masalah anda. Beritahu mereka situasi dan perasaan anda serta tindakan yang bakal anda lakukan. Individu ini boleh membantu anda membuat pilihan dan memberi sokongan.
Menjaga diri
Sentiasa jaga diri anda sebaiknya. Anda memerlukan badan dan minda yang sihat untuk mengandung dan menjalani prosedur ini. Mula ambil asid folik setiap hari, makan makanan yang sihat, melakukan aktiviti ringan seperti berenang atau berjoging, memastikan waktu tidur mencukupi dan minum air dalam kuantiti yang sebetulnya setiap hari. Berbincanglah dengan pakar diet untuk membantu anda.
Hentikan tabiat buruk
Sekiranya anda mahu meneruskan kandungan anda, anda perlu berhenti melakukan tabiat buruk seperti merokok, mengambil alkohol mahupun penggunaan dadah kerana perkara-perkara ini boleh merosakkan kandungan. Berbincanglah dengan doktor anda tentang bagaimana menghentikan tabiat buruk anda.
Ketahui risiko anda
Penting untuk anda ketahui apa yang perlu anda elakkan semasa sedang hamil.