Minggu 32

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 02/12/2019 . 3 minit bacaan

Perkembangan bayi

Perkembangan bayi dalam kandungan  

Bayi anda kini bersaiz seperti kentang, mengambil ruang yang banyak dalam uterus dengan berat sekitar 1.7 kg dan kepanjangan lebih kurang 42.5 cm daripada kepala ke tumit. Bayi anda boleh selamat di luar rahim jika anda bersalin pada waktu ini.

Sentuhan terakhir sedang diberikan kepada tubuh bayi anda. Bulu kening, bulu mata dan rambut pada bayi anda sudah mula muncul. Bulu lanugo yang meliputi bayi anda sejak permulaan bulan ke-6 mula gugur, tetapi mungkin ada yang masih wujud pada bahu dan belakang badan.

Perubahan hidup & tubuh badan

Bagaimanakah perubahan badan saya?

Untuk mencukupkan keperluan anda dan bayi, isi padu darah anda telah meningkat 40 hingga 50 peratus berbanding dengan awal kehamilan. Dengan uterus yang kian menolak diafragm dan kesesakan pada abdomen, anda mungkin mengalami kesesakan nafas dan pedih hulu hati. Untuk meredakan rasa tidak selesa, cuba untuk tidur dibantu dengan bantal dan makan makanan dengan sedikit tapi lebih kerap.

Anda mungkin mengalami sakit pinggang dengan perkembangan kehamilan. Jika ya, maklumkan pada doktor terutamanya jika anda tidak pernah mengalaminya sebelum ini, kerana ini mungkin merupakan tanda bersalin pramasa.

Jika bukan kerana tanda bersalin pramasa, ia mungkin disebabkan tumbesaran uterus dan perubahan hormon. Uterus anda yang berkembang mengubah pusat graviti dan menarik dan melemahkan otot abdomen anda, mengubah postur dan membebankan belakang badan anda. Perubahan hormon dalam kehamilan melonggarkan sendi dan ligamen yang menyambungkan tulang pelvis anda dengan tulang belakang menyebabkan sakit belakang sewaktu berjalan, berdiri, duduk pada waktu yang lama, berguling atas katil, keluar daripada tab mandi atau bangun daripada kerusi yang rendah mahupun mengangkat berat.

Apakah yang perlu saya beri perhatian?

Risiko bersalin pramasa mungkin berlaku pada waktu ini. Antara tanda dan simptom termasuklah:

  • Kontraksi yang tidak menyakitkan tetapi menyebabkan rasa tegang pada perut.
  • Kontraksi bersama dengan sakit belakang atau rasa tekanan pada pelvik atau peha.
  • Perubahan dalam lendiran faraj: titis darah atau pendarahan, lendiran, air keluar daripada vagina yang likat atau dicemari darah.

Jika anda mengalami lebih daripada 6 kontraksi dalam masa satu jam dan setiap satunya berlangsung selama sekurang-kurangnya 45 saat, hubungi doktor anda atau pergi ke hospital apabila kontraksi tidak menyakitkan lebih-lebih lagi jika anda mengalami pendarahan vagina atau kekejangan abdomen.

Pertemuan dengan doktor

Apa yang harus saya maklumkan pada doktor?

Tanya doktor, jiran, rakan sekerja atau mereka yang mempunyai bayi tentang pakar kanak-kanak yang ingin anda temui. Anda perlu bertindak seperti ibu bapa sebelum kelahiran. Beri perhatian kepada simptom seperti sesak nafas yang mungkin menunjukkan simptom zat besi rendah, jadi temui doktor anda untuk diperiksa.

Apakah ujian yang perlu saya tahu?

Selepas minggu ke-32, doktor perlu mengawasi anda dua minggu sekali. Anda mungkin perlu menjalani pelbagai ujian bergantung kepada keperluan anda dan kehendak doktor, ini termasuklah:

  • Timbang berat (penambahan berat badan akan berhenti atau berkurang pada waktu ini);
  • Tekanan darah (mungkin lebih tinggi berbanding timester kedua);
  • Ujian air kencing untuk memeriksa tahap gula dan protein;
  • Vena varikos pada kaki, bengkak pada tangan dan kaki;
  • Ujian glukosa
  • Ujian darah untuk anemia
  • Inokulasi difteria
  • Pemeriksaan degupan jantung janin;
  • Ukuran saiz rahim melalui pemeriksaan luar untuk dibandingkan dengan waktu kelahiran;
  • Ketinggian fundus (bahagian atas rahim);
  • Simptom atau tanda yang tidak normal;
  • Sediakan senarai soalan atau isu yang anda mahu bincangkan dengan doktor anda.

Kesihatan & keselamatan

Apakah yang perlu saya tahu untuk kesihatan dan keselamatan semasa hamil?

Yoga

Jika anda ingin melakukan yoga sewaktu kehamilan, anda perlu mengambil langkah berjaga-jaga. Yoga membantu anda bernafas dengan dalam dan bertenang, yang sangat membantu menghadapi tekanan fizikal sewaktu proses kelahiran dan alam keibuan. Yoga menenangkan badan dan jiwa, mengelakkan tekanan fizikal dan emosi sewaktu kehamilan. Menghadiri kelas yoga juga cara yang baik untuk bertemu wanita hamil yang lain dan menyokong satu sama lain.

Rawatan fungus kuku

Jika anda mengalami fungus kuku kaki, anda boleh menggunakan krim antifungal topikal. Ia selamat untuk digunakan sepanjang tempoh kehamilan, disebabkan ia tidak masuk ke dalam saluran darah.

Bagaimanakah pertumbuhan bayi anda minggu hadapan?

Hello Health Group tidak memberikan sebarang khidmat nasihat, diagnosis atau rawatan perubatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"
    Rujukan

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Perut Berangin Sering Buat Mak Buyung Rasa Tidak Selesa? Ini Ada 5 Cara Mudah Nak Atasinya!

    Masalah perut berangin semasa mengandung lazim dialami oleh ibu hamil. Bagi mengelakkan perkara tersebut daripada berlaku, 5 langkah ini boleh diambil.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Kehamilan, Penjagaan Ibu hamil 06/08/2020 . 3 minit bacaan

    Ganja Bukan Saja Buat Ketagih, Tapi Juga Boleh Buat Lelaki & Wanita Mandul, Benar Ke?

    Dadah seperti ganja sering diambil oleh orang ramai untuk relaks terutamanya jika mereka sedang stress dan ingin melarikan diri daripada realiti.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Kehamilan, Rancang Kehamilan 28/07/2020 . 3 minit bacaan

    Bayi Menendang Dalam Perut Bukan Saja-saja! Ini 9 Fakta Menarik Si Manja Di Alam Rahim

    Pergerakan bayi dalam kandungan merupakan satu parameter penting yang perlu dipantau oleh ibu hamil. Ketahui 9 fakta menarik mengenainya.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Kehamilan, Penjagaan Ibu hamil 24/07/2020 . 3 minit bacaan

    Mama, Usah Risau Kalau Posisi Bayi Songsang, Ada Cara Nak Tukar Ke Kedudukan Normal!

    Kelahiran bayi songsang berlaku dalam kalangan 3-4% ibu hamil. Jika tidak diuruskan dengan betul, komplikasi serius boleh berlaku.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Kehamilan, Penjagaan Ibu hamil 22/07/2020 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    bayi dalam kandungan

    Baby Sudah Pandai Menangis Sejak Dalam Rahim? Ini Sebab Mengapa Tangisan Si Manja Terjadi

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 12/08/2020 . 3 minit bacaan
    air ketuban sedikit

    AWAS Masalah Air Ketuban Sedikit Petanda Bahaya Pada Janin! Nak Atasinya? Ikut 5 Tip Ini

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 11/08/2020 . 3 minit bacaan
    penyakit endometriosis

    Risau Kakak Masih Belum Hamil Sebab Endometriosis, Ibu Pun Pernah Alaminya, Ini Penyakit KETURUNAN?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 07/08/2020 . 3 minit bacaan
    suntikan depo

    Darah Haid Banyak Lepas Guna Suntikan Elak Hamil? Ini 15 Kesan Sampingan Jika Suntik Depo

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 07/08/2020 . 3 minit bacaan