backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan

1

Tanya Doktor
Simpan

Keluar Cecair Semasa Faraj Terangsang? Ini 2 Jenis Air Mani Wanita!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan · Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Nisreen Nadiah · Disemak pada 4 minggu lalu

    Keluar Cecair Semasa Faraj Terangsang? Ini 2 Jenis Air Mani Wanita!

    Air mani wanita? Kedengaran aneh bukan? Ia lebih sinonim dengan kaum Adam, jadi adakah golongan Hawa juga mengeluarkan ‘air’ ini?

    Untuk makluman, air mani adalah sejenis cecair likat yang mengandungi sperma dan ia tidak dihasilkan oleh wanita.

    Pun begitu, kedua-dua jantina baik perempuan dan lelaki boleh menghasilkan lendiran daripada kemaluan, yang turut disebut sebagai air mazi.

    Justeru, air mani wanita seperti apa? Cecair yang keluar daripada faraj ini boleh dianggap sebagai ejakulasi wanita, yang terjadi ketika uretra mengeluarkan cecair saat bersenggama.

    Ia boleh berlaku apabila seseorang wanita terangsang secara seksual, tetapi ia tidak semestinya berkaitan dengan orgasma.

    Ingin tahu tentang air mani wanita dan ciri-ciri air mani wanita keluar dengan lebih lanjut? Jom baca!

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Wanita, sila dapatkan di sini.    

    ‘Air mani wanita’ seperti apa?

    Tolak tepi apa yang pernah anda dengar berkaitan ejakulasi. Tahukah anda, kalian sebenarnya tidak memerlukan zakar untuk berejakulasi? Ya, benar!

    Malah, anda hanya memerlukan uretra! Uretra adalah tiub yang membolehkan air kencing keluar daripada badan.

    Ejakulasi berlaku apabila cecair- tidak semestinya air kencing dikeluarkan daripada bukaan uretra semasa rangsangan seksual atau orgasma.

    Perlu anda tahu, ia berbeza dengan cairan serviks yang bertindak untuk melincirkan faraj semasa terangsang.

    2 Jenis ciri-ciri air mani wanita keluar

    • Cecair squirting: Cecair ini biasanya tidak berwarna dan tidak berbau, dan ia berlaku dalam jumlah yang banyak.
    • Cecair ejakulasi: Jenis ini lebih menyerupai air mani lelaki. Ia biasanya bertekstur tebal dan kelihatan seperti susu.

    Analisis telah menunjukkan, ciri-ciri air mani wanita keluar tersebut mengandungi prostatic acid phosphatase (PSA).

    PSA adalah enzim yang terdapat dalam air mani lelaki yang membantu pergerakan sperma.

    Selain itu, ejakulasi wanita biasanya mengandungi fruktosa, merupakan sejenis bentuk gula.

    Fruktosa juga terdapat pada air mani lelaki di mana ia berfungsi sebagai sumber tenaga sperma.

    Pakar percaya bahawa PSA dan fruktosa yang terdapat di dalam cecair berasal dari kelenjar Skene.

    Nama lain untuk kelenjar ini termasuk kelenjar paraurethral, ​​saluran Garter, dan prostat wanita.

    Kelenjar Skene terletak di bahagian depan, di dalam dinding faraj berhampiran G-spot.

    Para penyelidik juga percaya bahawa rangsangan menyebabkan kelenjar ini menghasilkan PSA dan fruktosa, yang kemudiannya akan keluar melalui uretra.

    cara bersenggama
    Cara menggunakan alatan seks yang betul.

    Ejakulasi wanita, biasa ke berlaku?

    Ternyata ia kerap berlaku! Walaupun jumlah yang tepat masih sukar ditentukan, namun kajian dan tinjauan kecil telah membantu para penyelidik memahami akan kepelbagaian ejakulasi wanita.

    Dalam sampel sukarelawan yang lebih berusia iaitu seramai 233 peserta, kira-kira 126 orang (54%) mengatakan bahawa mereka mengalami ejakulasi sekurang-kurangnya sekali.

    Kira-kira 33 orang pula (14%) menyatakan, mereka mengalami ejakulasi dengan kesemua atau kebanyakan orgasma.

    Kajian rentas terbaharu mengenai ejakulasi perempuan mengikuti pengalaman wanita berusia 18 ke 39 tahun dari tahun 2012 hingga 2016.

    Para penyelidik membuat kesimpulan bahawa 69.23% peserta mengalami ejakulasi semasa orgasma!

    Persoalan seterusnya yang mungkin terlintas di fikiran anda, apa rasanya?

    Pengalaman dan sensasi ejakulasi wanita adalah berbeza bagi setiap wanita…

    Bagi sesetengah orang, rasanya tidak begitu berbeza daripada orgasma yang berlaku tanpa ejakulasi.

    Yang lain pula menggambarkan peningkatan sensasi kehangatan dan getaran di antara paha mereka.

    Ya, walaupun ejakulasi dikatakan kerap berlaku dengan orgasma, sesetengah penyelidik percaya ia boleh berlaku di luar orgasma melalui rangsangan G-spot.

    Tahap ghairah anda dan kedudukan atau teknik juga boleh memainkan peranan dengan kadar intensitinya.

    Wujudkah sebarang manfaat kesihatan?

    warna air mani
    Ejakulasi wanita.

    Benarkah manfaat air mani wanita untuk wajah?

    Tiada bukti yang menunjukkan ejakulasi wanita atau air mani wanita mempunyai manfaat kesihatan.

     Walau bagaimanapun, penyelidikan mendapati aktiviti seks itu sendiri menawarkan beberapa faedah.

    Semasa orgasma, tubuh melepaskan hormon penghilang rasa sakit yang dapat membantu dengan masalah sakit belakang, kaki, kepala, dan bahkan, kekejangan haid!

    Sejurus selepas klimaks, tubuh melepaskan pula hormon yang dapat membantu anda tidur dengan nyenyak. Hormon ini merangkumi prolaktin dan oksitosin.

    Antara manfaat kesihatan lain air mani wanita adalah:

    Kaitan ejakulasi dengan kitaran haid & kehamilan 

    tempoh kitaran haid
    Kitaran haid yang normal.

    Untuk kitaran, masih tidak jelas apa kaitannya dengan ejakulasi wanita.

    Sebilangan wanita mengatakan, mereka lebih cenderung mengalami ejakulasi setelah ovulasi dan sebelum haid, manakala yang lain pula tidak mempunyai kaitan sebegitu.

    Justeru, lebih banyak kajian diperlukan untuk mengesahkan atau membantah perkaitan ini.

    Di samping itu, beberapa saintis turut percaya bahawa ejakulasi wanita memainkan peranan dalam kehamilan.

    Mereka menganggap cecair yang mengandungi PSA dan fruktosa ini membantu perjalanan sperma ke arah telur yang tidak disenyawakan.

    Namun, terdapat pihak lain mempertikaikan teori ini. Mereka berpendapat bahawa ejakulasi atau air mani wanita warna coklat sering kali mengandungi air kencing, yang dapat membunuh sperma.

    Kesimpulan

    Kini, anda telah mengetahui beberapa ciri-ciri air mani wanita keluar. Air mani wanita adalah normal, bahkan ia turut disokong oleh kajian sains!

    Walaupun para saintis masih tidak dapat memahami sepenuhnya tujuan biologi ejakulasi wanita atau bagaimana ia berfungsi, namun kehadiran air mani wanita mampu membawa kepuasan dalam kehidupan seksual anda!

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Joseph Tan

    Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


    Ditulis oleh Nisreen Nadiah · Disemak pada 4 minggu lalu

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan