Mak Buyung Gemar Bermekap? AWAS! Ada Kandungan BAHAYA Dalam Alat Solek PATUT Dihindari

Fakta Perubatan Disemak oleh | Ditulis oleh

Kemas kini Tarikh 12/08/2020 . 3 minit bacaan

Sesetengah wanita hamil akan menggunakan alat solek bagi menutupi wajah yang kusam. Tapi bukan semua mekap sesuai digunakan ibu mengandung. 

Penggunaan alat solek

Sepanjang tempoh kehamilan, pastinya anda akan cuba melakukan sebaik mungkin aspek penjagaan diri, seperti menjaga pemakanan.

Pun begitu, tanpa disedari, mekap yang anda gunakan juga sebenarnya berisiko mendatangkan bahaya kepada anda dan kandungan.

Ini kerana kulit anda akan menyerap hampir 60% daripada apa yang anda gunakan dan pakai.

Jadi, pernah tak anda semak bahan yang terdapat dalam alat solek anda? Adakah ia selamat untuk digunakan oleh wanita hamil?

Bahan dalam alat solek harus dielakkan wanita hamil

Berikut antara bahan yang perlu anda elakkan untuk tempoh 9 bulan akan datang bagi menghindari sebarang risiko.

Jika menyusu badan, anda juga dinasihatkan untuk mengelakkan bahan ini dalam mekap yang digunakan.

Foundation, Concealer and Exfoliator

Kulit kusam adalah masalah biasa dialami wanita hamil. Dan penggunaan mekap untuk menyamarkan kulit pastinya idea yang baik. 

Namun, ada bahan berbahaya terutamanya jika anda mempunyai kulit sensitif.

Paraben

Turut dikenali sebagai:

  • Propylparaben
  • Butylparaben
  • Isopropylparaben
  • Methylparaben

Merupakan agen pengawet yang digunakan untuk menghindari pengumpulan bakteria pada alat solek.

Bahan yang boleh tersebar melalui janin ini dikaitkan dengan gangguan pada perkembangan, pembiakan, neurologi dan pertahanan bayi.

Retinol

Merupakan bentuk vitamin A yang turut dikenali sebagai:

  • Retinyl palmitate
  • Retinyl acetate
  • Retinoic acid 
  • Tretinoin 

Biasanya terdapat dalam bedak asas dan lipstik, khususnya yang dilabel “antipenuaan”. Jumlah vitamin A yang banyak dikaitkan dengan kecacatan janin, keguguran awal.

Wangian

Sesetengah bahan berbahaya diletakkan di bawah nama ‘wangian’. Beberapa contoh kimia bahaya yang mungkin tidak dapat dikesan pada alat solek adalah:

  • Phthalate – dikaitkan dengan kecacatan sistem pembiakan bayi lelaki
  • Octoxynol – menjejaskan hormon
  • Citral, eugenol, coumarin dan geraniol – bahan kimia cenderung menyebabkan alergi dan dermatitis kontak

alat solek

Lipstik & pemerah pipi

Penggunaan lipstik dan pemerah pipi atau blush pasti akan dapat membantu menaikkan seri pada wajah ibu mengandung. 

Tetapi waspada! Ada bahan yang boleh menyebabkan masalah pada kulit.

Pengawet

Sesetengah agen penstabil mungkin tidak mendatangkan mudarat pada bayi mahupun sistem pembiakan anda. Namun ia boleh menjejaskan kulit anda yang sudah tersedia sensitif.

Antara contoh bahan pengawet seperti:

  • Phenoxyethanol
  • Benzyl benzoate

Pewarna tiruan

Terdapat sesetengah jenama lipstik mengandungi sejumlah plumbum. 

Walaupun kandungan bahan tambahan pada alat solek ini mungkin kecil, tetapi mengakibatkan ketoksikan saraf (neurotoxicity), masalah kesuburan dan perubahan hormon.

Bahan lain yang turut terdapat pada lipstik dan blush adalah retinol, paraben dan wangian.

Krim pelindung matahari

Pemakaian krim pelindung matahari membantu melindungi kulit daripada sinar UVA dan UVB. Dengan SPF yang tinggi ia dapat mengelakkan bintik-bintik hitam.

Wanita hamil berisiko untuk mengalami melasma, turut dikenali sebagai “topeng kehamilan”. Merupakan keadaan yang disebabkan oleh kenaikan hormon yang meningkatkan pigmentasi kulit.

Oxybenzone

Bahan pelindung matahari popular ini dapat menyerap sinar UV. 

Tetapi malangnya penyerapan bahan ini oleh kulit anda juga adalah pada kadar yang lebih banyak berbanding bahan pelindung matahari lain. 

Walaupun kajian tidak menunjukkan gangguan endokrin ketara pada manusia yang menggunakan oxybenzone, namun ibu hamil disaran menghindari bahan ini. 

Avobenzone

Dalam kajian yang dilakukan di Netherlands menunjukkan ramuan ini boleh meniru hormon progesteron wanita dan mungkin mengganggu fungsi sperma.

Maskara dan pembayang mata

Alat solek untuk mata tidak digunakan pada jumlah yang banyak. Walaupun begitu, masih ada bahan yang perlu dielakkan.

Ini kerana terdapat wanita hamil yang mengalami kerengsaan dan kegatalan pada mata. Jadi mungkin anda mahu menggunakan produk semula jadi, hypoallergenic.

Serbuk aluminium

Ia mungkin menjadikan solekan mata anda berkilau. Tetapi awas! Bahan ini boleh diserap oleh kulit dan berisiko menyebabkan ketoksikan saraf dan masalah pernafasan.

Talkum

Fungsi bahan ini untuk mencegah mekap daripada bercapuk dan caking. Selalunya ia tidak berbahaya.

Pun begitu, terdapat sejumlah kecil asbestos, dikenali sebagai karsinogen, boleh mencemarkan deposit talkum.

Diazolidinyl urea

Bahan pengawet antimikroba ini terdapat dalam maskara dan mengeluarkan formaldehid. 

Formaldehid boleh menyebabkan kerengsaan pada mata, hidung dan tekak walaupun pada kadar yang rendah dan tempoh masa sekejap.

ibu mengandung pakai alat solek

Pengilat kuku

Rawatan kuku tangan dan kaki serta penggunaan pengilat kuku oleh wanita hamil adalah tidak berbahaya. 

Tetapi anda harus mengelakkan 3 bahan beracun dalam pengilat yang ingin digunakan.

Dibutyl phthalate (DBP)

Phthalate adalah bahan yang boleh menjejaskan hormon. 

Pendedahan dalam jumlah yang tinggi boleh mengganggu pengeluaran hormon pada bayi yang sedang berkembang. 

Formaldehid

Bahan yang boleh menyebabkan kanser.

Toluene

Neurotoksin ini boleh memberi kesan buruk pada sistem saraf.

Bahan ini juga dikaitkan dengan masalah pening kepala, kerengsaan pada badan termasuk isu berhubung pembiakan. 

Semak alat solek…

Ia 1 tugas sukar untuk sentiasa menyemak label pada produk alat solek yang digunakan setiap hari. 

Namun, tindakan anda ini pastinya dapat membantu mengelakkan sebarang masalah berkaitan kesihatan khususnya bagi wanita hamil dan kandungan. 

Jika wujud kebimbangan, dapatkan rundingan doktor untuk lebih kepastian.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

1
Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy"

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

Bayi Menendang Dalam Perut Bukan Saja-saja! Ini 9 Fakta Menarik Si Manja Di Alam Rahim

Pergerakan bayi dalam kandungan merupakan satu parameter penting yang perlu dipantau oleh ibu hamil. Ketahui 9 fakta menarik mengenainya.

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
Kehamilan, Penjagaan Ibu hamil 24/07/2020 . 3 minit bacaan

Cyst Ketika Hamil Bahaya? Jika Mak Buyung Mendapat Cyst Ovari, Ambil Tahu Fakta Ini!

Cyst ketika hamil merupakan sesuatu yang kerap berlaku. Sakit perut dan sakit pada bahagian pelvis merupakan antara tanda cyst ketika mengandung.

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Fatin Zahra
Kehamilan, Penjagaan Ibu hamil 23/07/2020 . 3 minit bacaan

Mama, Usah Risau Kalau Posisi Bayi Songsang, Ada Cara Nak Tukar Ke Kedudukan Normal!

Kelahiran bayi songsang berlaku dalam kalangan 3-4% ibu hamil. Jika tidak diuruskan dengan betul, komplikasi serius boleh berlaku.

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
Kehamilan, Penjagaan Ibu hamil 22/07/2020 . 3 minit bacaan

PANCUT DALAM Masa Hamil Bukan Saja Baik Untuk Suami Isteri, Tapi Juga Baby Dalam Perut

Hubungan kelamin ketika hamil dikatakan bermanfaat. Tetapi adakah anda tahu kebaikan kesan air mani pada kandungan? Ikuti penjelasannya

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Kehamilan, Penjagaan Ibu hamil 20/07/2020 . 3 minit bacaan

Artikel lain untuk anda

ibu mengandung

Nak Tahu Keadaan Janin, Kena Pantau Degupan Jantung Bayi Dalam Perut, Tapi Selamat Ke?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Diterbitkan pada 11/08/2020 . 3 minit bacaan
suntikan depo

Darah Haid Banyak Lepas Guna Suntikan Elak Hamil? Ini 15 Kesan Sampingan Jika Suntik Depo

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
Diterbitkan pada 07/08/2020 . 3 minit bacaan
kacip fatimah

Khasiat Kacip Fatimah Diperakui, Tapi Wanita Hamil Dan Ibu Menyusu Boleh Makan Ke?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Diterbitkan pada 04/08/2020 . 3 minit bacaan
scan bayi

Teruja Nak Scan Bayi, Tapi Tak Nampak Apa-apa? Ini Mungkin Petanda 3 Masalah Hamil

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Diterbitkan pada 27/07/2020 . 3 minit bacaan