Tekanan Perasaan Dan Gangguan Usus

Oleh Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Pernahkah anda terfikir bahawa tekanan perasaan dan gangguan emosi boleh mendatangkan kesan kepada tahap kesihatan dan kesejahteraan anda? Malah tekanan yang terlalu banyak boleh menyebabkan masalah terhadap mental dan fizikal anda, ini termasuk masalah pada usus dan pencernaan anda.

Kesan tekanan pada usus anda bergantung pada tempoh masa tekanan yang anda hadapi:

  • Tekanan jangka pendek – boleh menyebabkan kehilangan selera makan, melambatkan proses penghadaman.
  • Tekanan jangka panjang – cetuskan masalah gastrousus (GI) seperti sembelit, cirit-birit, masalah pencernaan, gangguan dalam perut.
  • Tekanan kronik tempoh masa panjang – masalah lebih serius seperti sindrom kerengsaan usus dan gangguan GI lain.

Salah satu cara untuk mendapatkan sistem pencernaan yang baik adalah dengan menguruskan tekanan sebaiknya. Mengurangkan tekanan boleh merendahkan kerengsaan pada usus, mengurangan tekanan GI dan memelihara kesihatan anda kerana badan anda dapat menumpukan kepada penyerapan nutrien yang diperlukan.

Jika anda merasakan tahap tekanan anda mempengaruhi sistem pencernaan anda, di bawah terdapat tips untuk membantu memperbaiki pencernaan anda.

Yoga

Untuk meningkatkan dan menyokong sistem pencernaan anda, pastikan anda melakukan aktiviti fizikal secara konsisten seperti berjalan dan berlari.

Senaman yoga Hatha atau Iyengar, yang memfokuskan kepada penyelarasan dan postur badan boleh mengurangkan simptom gastrointestinal dan mengurangkan tekanan.

Meditasi

Penyelidikan saintifik mencadangkan amalan meditasi dapat meningkatkan kesedaran tentang kehidupan anda. Meditasi dengan teknik pernafasan mendalam boleh menurunkan tahap keradangan dan kerengsaan dalam badan.

Prebiotik, probiotik

tekanan dan usus

Perbanyakkan makan makanan yang menggalakkan perkembangan bakteria usus seperti prebiotik dan probiotik untuk menyokong pencernaan. Buahan dan sayuran dengan inulin, seperti asparagus, pisang, bawang putih, dan bawang mengandungi prebiotik. Makanan ditapai seperti kimchi, tempe dan yogurt, mengandungi probiotik.

Merokok

Jika anda memilih rokok setiap kali berdepan tekanan, sudah tiba masanya anda membuang tabiat ini. Tabiat merokok juga boleh mempengaruhi sistem pencernaan, malah ia juga meningkatkan risiko ulser peptik (peptic ulcers) serta kanser yang berkaitan. Seandainya anda merokok, pertimbangkan untuk mengurangkan atau berhenti merokok sepenuhnya demi kebaikan sistem pencernaan anda.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Rujukan
Anda mungkin berminat dengan artikel berikut