Untungnya Ada Indoor Plant Dalam Rumah, Ia Bantu Memperbaiki Emosi & Buat Anda Rasa Lebih Tenang!

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 23/07/2020 . 2 minit bacaan

Sekarang ini kalau masuk mall, boleh nampak banyak kiosk yang menjual pokok atau tumbuhan yang kecil dan sesuai untuk diletakkan dalam rumah. Tapi elok ke ada tanaman rumah ini?

Adakah indoor plants berfungsi sebagai terapi hijau?

Tanaman rumah sebagai terapi hijau

Jika dahulu tumbuhan biasanya dilihat di kawasan luar rumah, namun kini semakin ramai yang menjadikan indoor plants sebagai salah satu perkara wajib ada di dalam rumah. Apakah kelebihannya?

Perangsang emosi

Meletakkan tumbuhan yang mempunyai bau seperti peppermint dikatakan dapat meningkatkan memori dan tahap kewaspadaan. Aroma sitrus pula boleh memperbaiki emosi dan meningkatkan kadar norepinephrine, kimia dalam otak yang dikaitkan dengan emosi dan tingkah laku.

Jadi letakkanlah tanaman rumah dalam kediaman untuk membantu meningkatkan produktiviti anda.

Penghapus tekanan

Tanpa mengira jenis tumbuhan atau indoor plants yang diletakkan sama ada di ruang pejabat mahupun di rumah, semestinya ia dapat mengurangkan tekanan yang dialami.

Dalam kajian yang dilakukan oleh Department of Horticulture and Landscape di Washington State University mendapati pekerja yang melakukan tugas melibatkan komputer akan mengalami penurunan dalam tekanan darah sistolik apabila terdapat tumbuhan yang ditambah dalam kawasan persekitaran.

Keadaan ini sekali gus dapat meningkatkan tumpuan dan tahap pemerhatian.

pokok-dalam-rumah

Air-purifying

Tanpa kita sedar, terdapat toksin yang dilepaskan oleh produk atau barangan yang terdapat dalam rumah. Formaldehyde boleh dijumpai pada permaidani, gam, cat dan pelbagai barangan lain.

Trichloroethylene pula biasanya berada pada bahan penghilang cat, produk pembersih permaidani dan pelekat. Manakala benzene pula terdapat pada barangan seperti plastik, serat sintetik, pelincir, getah dan racun serangga.

Terdapat beberapa pokok terapeutik yang boleh membantu membersihkan udara yang anda sedut daripada bahan kimia ini antara spesis tumbuhan yang popular adalah seperti:

  • Philodendron
  • Peace Lily
  • Aloe Vera
  • Snake Plant (aka Lidah Mak Mertua)
  • Spider Plant
  • Boston Fern
  • Chrysanthemums
  • Weeping Fig
  • English Ivy
  • Gerbera Daisy
  • Bamboo Palm
  • Asparagus Fern
  • Rubber Plant
  • Lucky Bamboo

Trend semasa

Meletakkan tanaman rumah boleh dilihat sebagai satu trend semasa yang sedang mendapat permintaan tinggi.

Selain berfungsi sebagai terapi stres, ia juga bertujuan sebagai hiasan untuk menambahkan seri persekitaran dalam rumah.

Jadi bila dalam keadaan tertekan, tengok tumbuhan hijau dalam rumah, dapatlah redakan hati ‘tu’. Rumah berseri, hati pun tak sakit.

Kebaikan lain yang boleh diperolehi dengan meletakkan pokok dalam rumah adalah:

terapi hijau

Bergantung kepada kesesuaian

Jika anda berminat untuk meletakkan tanaman rumah, perkara yang paling utama adalah untuk memastikan kesesuaian sesuatu jenis tumbuhan itu.

Dalam masa yang sama, jangan pula meletakkan terlalu banyak tumbuhan sehingga menyesakkan keadaan di dalam rumah. Tambah stres ‘pulak’ nanti. Seeloknya dalam lima hingga enam jenis tanaman hiasan.

Pastikan anda tidak mengabaikan aspek penjagaan dan penyelenggaraannya. Jangan ingat letak dalam rumah, tanaman tersebut ‘tak’ perlukan air pulak. 

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Anda mungkin berminat untuk membaca artikel:

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Nak Letak Indoor Houseplant, Tapi Pokok Apa Yang Sesuai Ek?

    Tengok jiran ada indoor houseplant, kita pun teringin nak letak. Boleh main letak atau ada certain tumbuhan hiasan aje yang sesuai diletakkan dalam rumah?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Tips Kesihatan, Gaya Hidup Sihat, Fakta Menarik 05/11/2019 . 2 minit bacaan

    Jagung : Adakah ‘Popcorn’ Boleh Menyebabkan Kanser?

    Jagung sangat enak untuk dimakan. Pun begitu, ada beberapa risiko yang diperkatakan mengenainya. Sila ikuti artikel ini untuk mengetahuinya.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Gaya Hidup Sihat, Pemakanan 27/08/2019 . 8 minit bacaan

    Buttercup

    KegunaanApakah kegunaan Buttercup? Buttercup adalah sejenis tumbuhan. Bahagian-bahagian tumbuhan ini yang tumbuh di atas tanah dikeringkan dan digunakan sebagai ubat. Buttercup digunakan untuk merawat: Artritis Kesakitan ...

    Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
    Ditulis oleh Farizah Mohd Ikbal
    Ubat/Herba A-Z, Herba A-Z 15/04/2018 . 2 minit bacaan

    California Poppy

    KegunaanApakah kegunaan California Poppy? California poppy adalah sejenis tumbuhan. Ia adalah bunga negeri California. Orang menggunakan bahagian-bahagian tumbuhan ini yang tumbuh di atas tanah untuk tujuan perubatan ...

    Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
    Ditulis oleh Farizah Mohd Ikbal
    Ubat/Herba A-Z, Herba A-Z 15/04/2018 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    pokok lidah jin

    ALAMAK! Pusat Racun Negara Dedahkan Pokok Lidah Jin @ Lidah Mentua Beracun?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 17/06/2020 . 3 minit bacaan

    Ini Sebab Mengapa Anda Perlu Letak Pokok Berhijau Di Meja Kerja, Barulah Terasa Ringan OTAK!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 14/01/2020 . 4 minit bacaan
    alam-semula-jadi-bawa-manfaat-kesihatan

    Alam Semula Jadi Bawa Manfaat Kesihatan Kepada Manusia

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 27/12/2019 . 4 minit bacaan
    tanaman hiasan dalam rumah

    Tanaman Dalam Rumah TIDAK TAPIS Udara Seperti Yang Kita Sangka! – Kajian

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 12/11/2019 . 2 minit bacaan