Kisah penghidap “tree men syndrome”
Abul Bajandar, seorang pemuda berusia 28 tahun dari Bangladesh telah digelar sebagai “tree men” pada tahun 2016 akibat keadaan EV yang dihidapinya. Pada tahun 2016, dia telah menjalani sebanyak 16 operasi pembedahan hanya untuk membuang ketuat yang menjalar pada kaki dan tangannya. Secara keseluruhan, ketuat yang berjaya disingkirkan daripada tubuhnya itu mempunyai berat sekitar 5 kilogram. Untuk pengetahuan anda, disebabkan oleh keadaan EV yang dialaminya itu, dia dan keluarganya telah tinggal di hospital selama satu tahun. Sebelum beliau mendapatkan rawatan bagi membuang ketumbuhan yang dimilikinya, Abul Bajandar tidak berkemampuan untuk memegang tangan anak perempuannya disebabkan oleh keadaan tangannya itu.
Penghidap EV ini ternyata mempunyai kesukaran untuk menjalani kehidupan seharian mereka sehingga memerlukan rawatan bagi membuang segala ketumbuhan yang dimiliki. Kisah manusia pokok ini menunjukkan kepada kita bahawa sesetengah penyakit yang berlaku mungkin tidak kelihatan membahayakan diri anda secara keseluruhan, tetapi menyukarkan hidup anda selain perlu berhadapan dengan tanggapan atau persepsi orang ramai. Apa yang paling penting, setelah anda mengetahui mengenai hal ini, anda akan lebih memahami perasaan individu lain yang mempunyai sedikit perbezaan daripada aspek fizikal tubuh mereka.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen