backup og meta

Ini Antara 1001 Kelebihan Buah Kelapa Yang Mungkin Tidak Anda Ketahui, Baik Untuk Kesihatan Juga!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Muhamad Firdaus Rahim · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Farah Aziz · Disemak pada 30/11/2021

    Ini Antara 1001 Kelebihan Buah Kelapa Yang Mungkin Tidak Anda Ketahui, Baik Untuk Kesihatan Juga!

    Anda pasti pernah melihat buah kelapa, bukan? Tetapi adakah anda mengetahui rahsia dan kelebihan buah tersebut? Hello Doktor akan kongsikan mengenai kebaikannya yang mungkin tidak anda ketahui.

    Kelebihan buah kelapa: Airnya

    Air kelapa adalah rendah kalori dan secara semula jadinya bebas daripada lemak dan kolesterol.

    Ia mempunyai kandungan karbohidrat dalam bentuk gula dan elektrolit yang mudah dicerna. Ia mempunyai kalori yang rendah, kurang kandungan garam, dan kaya dengan kandungan kalium yang ternyata lebih tinggi berbanding daripada minuman sukan. 

    Manfaat buah kelapa: Isinya

    Boleh meningkatkan kesihatan jantung

    Isi kelapa mengandungi minyak kelapa, yang boleh meningkatkan kolesterol HDL (baik) dan mengurangkan kolesterol LDL (buruk). Penambahbaikan dalam hal ini boleh mengurangkan risiko penyakit jantung anda.

    Boleh menyokong penurunan berat badan

    Kajian menunjukkan bahawa trigliserida rantaian sederhana (MCT) dalam buah ini boleh menggalakkan perasaan kenyang, pembakaran kalori, dan pembakaran lemak, yang semuanya menyokong penurunan berat badan.

    Selain itu, kandungan isi buahnya yang tinggi dengan serat dapat memberikan perasaan kenyang, yang boleh membantu mencegah pemakanan secara berlebihan.

    buah kelapa

    Isi buah kelapa bantu kesihatan penghadaman

    Kelapa tinggi dengan kandungan serat, yang membantu meningkatkan jumlah najis dan menyokong fungsi usus, yang menjadikan sistem pencernaan anda kekal sihat.

    Oleh kerana buah ini juga tinggi dengan kandungan lemak, ia dapat membantu tubuh anda menyerap nutrien yang larut lemak, termasuklah vitamin A, D, E, dan K.

    Faedah lain isi kelapa

    • Boleh menstabilkan gula darah. Buah ini boleh menurunkan gula darah dan mengubah bakteria usus anda untuk membantu mengawal gula darah.
    • Boleh meningkatkan imuniti. Mangan dan antioksidan dalam kelapa boleh membantu meningkatkan sistem imun anda dan mengurangkan keradangan. MCT buah ini mungkin juga mempunyai antivirus, antikulat, dan sifat-sifat penekan tumor.
    • Boleh memberi manfaat kepada otak anda. MCT dalam minyak kelapa memberikan sumber bahan bakar alternatif kepada glukosa, yang dapat membantu individu yang mengalami gangguan otak atau fungsi otak, seperti penyakit Alzheimer.

    Kelebihan buah kelapa: Minyaknya

    Minyak kelapa telahpun wujud beratus-ratus tahun yang lalu dan sekarang ia masih salah satu ubat semulajadi yang paling banyak digunakan seluruh dunia.

    Berikut adalah 11 kelebihan yang boleh anda dapati daripada minyak kelapa:

    • Menanggalkan solekan

    Minyak kelapa adalah baik untuk kulit, fungsinya sebagai penghilang solekan sebenarnya membantu lebih daripada apa yang anda fikir.

    Hanya dengan satu sudu teh minyak kelapa atau mungkin kurang akan membersihkan solekan anda dengan mudah. Minyak buah ini tidak menyebabkan kerengsaan mata, oleh itu adalah lebih senang untuk membersihkan solekan mata anda.

    • Pelembap bibir

    Bibir kering cukup tidak selesa. 

    Minyak kelapa boleh digunakan sebagai salap bibir untuk kesan penyembuhan. Ia juga selamat untuk digunakan disebabkan oleh sifat semula jadi.

    kelapa

    • Penjagaan kulit

    Minyak buah ini merupakan alternatif yang baik untuk penjagaan kulit.

    Dengan berat molekul yang rendah, minyak buah ini boleh diserap dengan mudah sekali gus membantu meningkatkan tahap sel kulit. Asid dalam minyak buah ini baik untuk mengurangkan keradangan dan dehidrasi.

    Anda boleh mencuba produk penjagaan kulit mengikut cara anda, daripada pencuci muka, pencuci tangan atau sabun mandian berasaskan minyak kelapa. 

    • Penjagaan rambut

    Kesan biasa menggunakan minyak kelapa adalah dapat mengurangkan kelemumur – iaitu keadaan kulit yang menjadikan kulit kepala anda menanggalkan kepingan putih ke seluruh bahu anda lebih cepat daripada biasanya.

    Manfaat lain minyak buah kelapa ini ialah ia berfungsi sebagai perapi. Ia membantu rambut yang rosak dan menjadikannya kelihatan berkilat kembali.

    • Penyakit jantung

    Dengan kandungan 50% asid laurik, minyak buah ini memperbaiki keadaan jantung dengan menghalang kolesterol tinggi dan tekanan darah tinggi. Ia juga melindungi arteri daripada kecederaan kecil.

    Walau bagaimanapun, penggunaan yang kerap tidak disyorkan oleh doktor. Oleh itu, satu atau setengah sudu teh minyak buah ini setiap hari adalah mencukupi.

    • Penurunan berat badan

    Individu yang menggunakan minyak kelapa setiap hari mempunyai selera makan yang lebih baik; oleh itu,mereka tidak merasa perlu mengidamkan makanan atau makan secara berlebihan.

    Minyak buah ini juga memudahkan tubuh untuk mencerna makanan dan meningkatkan kadar metabolisme badan.

    • Imuniti

    Dengan pelbagai asid dan bahan-bahan lain yang berguna, minyak kelapa boleh berfungsi sebagai penggalak imuniti.

    Ia berkaitan dengan bakteria yang menyebabkan herpes, influenza dan cytomegalovirus.

    kelebihan kelapa

    • Penghadaman

    Ia membantu memperbaiki sistem penghadaman, melindungi perut daripada pelbagai kulat, parasit dan bakteria berbahaya, dan meningkatkan penyerapan vitamin, mineral dan nutrien lain.

    • Penyembuhan dan jangkitan

    Individu yang cedera mungkin ingin menyapu minyak kelapa di kawasan yang cedera disebabkan oleh kesan perlindungannya yang luar biasa.

    Minyak buah ini membentuk penghalang yang menyebabkan bakteria, debu atau entiti berbahaya yang lain memasuki badan. Ia juga mempercepat proses penyembuhan kulit yang rosak.

    • Membantu tidur dengan lebih mudah

    Mengurut dengan minyak kelapa membantu mengurangkan keresahan dan oleh itu, anda boleh mendapatkan tidur yang cukup selesa dan baik.

    Buah kelapa: Gunakan secara berpada-pada

    Kelapa merupakan bahan makanan dan juga buah bernutrisi yang murah bagi anda mendapatkan sumber vitamin dan kalium.

    Kelapa rendah dengan kandungan kalori tetapi masih tinggi dengan kandungan vitamin terutamanya kalium. Kalium yang diperolehi daripada buah kelapa adalah lebih tinggi berbanding buah pisang.

    Tetapi perlu diingatkan bahawa anda perlu mengawal pengambilan buah ini samada air buahnya atau isi buah ini untuk mengelakkan pengambilan secara keterlaluan yang mungkin boleh menyebabkan masalah kesihatan yang lain.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Muhamad Firdaus Rahim

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Farah Aziz · Disemak pada 30/11/2021

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan