Mulut berbau sewaktu berpuasa adalah antara masalah yang sering dialami kebanyakan individu. Keadaan tersebut boleh membuatkan anda berasa tidak selesa dan mengganggu aktiviti harian.
Tetapi apakah sebenarnya punca yang menyebabkan bau mulut ketika berpuasa dan adakah cara untuk mengatasinya?
Dapatkan maklumat lanjut tentang Kesihatan Mulut di sini.
Kenapa mulut berbau ketika berpuasa?
Semasa berpuasa, badan anda menggunakan lemak sebagai sumber tenaga utama kerana simpanan glikogen di dalam hati dan otot yang kebiasaannya menjadi sumber tenaga sudah habis digunakan.
Apabila lemak digunakan, tubuh akan menghasilkan sebatian yang dipanggil keton. Sebatian ini mempunyai bau khas yang dapat dihidu melalui nafas anda.
Selain itu, sewaktu berpuasa kita tidak dibenarkan minum air.
Air liur berfungsi untuk meneutralkan asid yang dihasilkan daripada plak. Air liur juga berperanan untuk menghilangkan sel-sel mati yang terkumpul pada lidah, gusi, dan pipi.
Jika sel-sel mati ini dibiarkan, ia boleh menyebabkan mulut berbau.
Makanan dan minuman yang anda ambil sewaktu sahur dan berbuka juga boleh mempengaruhi bau mulut.

Makanan yang sudah dicerna akan diedarkan ke seluruh tubuh melalui darah, termasuk ke paru-paru.
Jika anda mengambil makanan atau minuman yang mempunyai aroma menyengat maka nafas anda mungkin berbau kurang enak.
Kurang memberus gigi juga boleh menjadi penyebab bau mulut ketika berpuasa.
Untuk membersihkan mulut, memberus gigi sahaja ternyata tidak mencukupi. Anda juga harus menggunakan benang gigi, membersihkan bahagian gusi, hingga membersihkan lidah.
Cara menghilangkan bau mulut untuk selamanya sepanjang berpuasa
1. Bersihkan mulut secara menyeluruh
- Mulakan dengan memberus gigi menggunakan ubat gigi yang mengandungi florida. Ia berfungsi menghilangkan plak dan sisa makanan. Gosok gigi anda sekurang-kurangnya selama 2 minit.
- Jangan lupa juga untuk membersihkan lidah. Anda boleh menggunakan alat yang direka khas untuk membersihkan lidah atau kebiasaannya di bahagian belakang berus gigi anda ada disediakan pembersihan lidah.
- Selepas itu, gunakan benang gigi untuk membersihkan celah-celah gigi. Bahagian ini sering sukar dibersihkan hanya menggunakan berus gigi sehingga boleh mencetuskan pembentukan plak dan menyebabkan bau mulut.
- Kemudian, anda boleh menggunakan ubat kumur anti bakteria.

Lakukan kesemua langkah tersebut selepas makan sahur dan sebelum tidur malam, jangan hanya memberus gigi sahaja kerana memberus gigi hanya mampu membersihkan 60% bahagian mulut anda.
Rujuk doktor gigi anda untuk memilih jenis ubat gigi, berus gigi, dan ubat kumur yang sesuai untuk anda.
2. Kenapa mulut berbau? Merokok ketika sahur
Jika anda terbiasa merokok selepas makan sahur, anda harus mula membiasakan diri supaya menghentikan tabiat tersebut kerana tembakau boleh menyebabkan bau mulut.
Selain itu merokok juga meningkatkan risiko anda mengalami masalah pada gusi yamenyebng boleh menyebabkan bau mulut yang tidak menyenangkan.
3. Minum banyak air putih, bantu hilangkan mulut berbau sewaktu berpuasa
Sewaktu sahur, banyakkan pengambilan air dengan minum air putih. Seperti yang dijelaskan sebelum ini, keadaan mulut yang kering boleh menyebabkan bau mulut.
Jadi pastikan pengambilan air harian anda mencukupi walaupun ketika berpuasa.

4. Perhatikan apa yang dimakan
Elakkan mengambil makanan yang berbau menyengat terutama sewaktu sahur.
Ini kerana selepas makanan selesai dicerna, ia akan diedarkan oleh darah ke seluruh tubuh termasuk ke paru-paru dan akhirnya boleh menyebabkan nafas anda berbau kurang enak.
[embed-health-tool-bmi]



