Terdapat beberapa perkara yang menyebabkan nafas berbau. Mempunyai nafas berbau membuatkan kita berasa kurang yakin. Berikut adalah beberapa tips mudah yang boleh gunakan untuk memperbaik nafas anda.
Kerap menggosok dan flos gigi
Plak dan bakteria di dalam mulut anda adalah punca utama yang menyebabkan nafas berbau. Sebahagian besar daripada kita menggosok gigi dua kali sehari, selepas bangun daripada tidur dan sebelum tidur. Walau bagaimanapun, jika anda bimbang tentang nafas anda, berus gigi anda lebih kerap. Sebagai contoh selepas makan makanan yang berbau kuat seperti keju biru, bawang putih, bawang merah atau ikan. Selain itu, anda juga perlu flos gigi anda sekurang-kurangnya sekali sehari. Kerana ada tempat di dalam mulut yang berus gigi yang tidak boleh mencapainya, menggunakan flos membantu mengeluarkan makanan yang terperangkap di antara gigi.