home

Bagaimana kami boleh memperbaikinya?

close
chevron
Artikel ini mengandungi maklumat yang salah dan tidak tepat.
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Artikel ini tidak menyediakan info selengkapnya
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Hmm... Saya ada soalan!
chevron

Kami tidak boleh menawarkan khidmat nasihat kesihatan peribadi, tapi kami mengalu-alukan pendapat anda! Sila isi kotak di bawah.

wanring-icon
Jika anda mengalami kecemasan, sila hubungi pihak kecemasan atau lawati bilik kecemasan terdekat dengan kadar segera.

5 Punca Mulut Terasa Pahit Semasa Puasa

5 Punca Mulut Terasa Pahit Semasa Puasa

Selain lapar dan dahaga, mulut yang terasa pahit sering menjadi keluhan semasa puasa. Rasa pahit dalam mulut boleh menandakan penyakit yang serius, seperti masalah ginjal, penyakit hati, diabetes yang tidak terdiagnosis, hingga kanser tertentu. Tapi sejumlah alasan ini tidak umum, dan biasanya akan disertai dengan simptom lain. Tetapi jika ketika anda sihat, penyebab mulut terasa pahit semasa puasa biasanya tidak berbahaya — boleh jadi kecuaian adalah penyebabnya.

Apakah punca mulut terasa pahit semasa puasa?

1. Kekurangan cecair

Rasa pahit di lidah terjadi kerana pengeluaran air liur yang berkurang akibat tubuh kekurangan cecair semasa berpuasa. Kelenjar liur dalam mulut menjadi kering kerana tubuh terpaksa menumpukan pengumpulan cecair ditempat lain yang lebih memerlukannya. Kesannya, jumlah oksigen di mulut juga berkurang sehingga menyebabkan pertumbuhan bakteria anaerob (organisma yang tidak memerlukan oksigen untuk hidup). Bakteria tersebut menghasilkan sulfur yang menyebabkan bau tidak sedap dan rasa pahit di lidah.

2. Jarang gosok gigi

Mulut merupakan rongga yang hangat dan lembap, tempat ideal untuk pertumbuhan bakteria. Jika anda tidak menggosok gigi dan membersihkannya secara teratur, bakteria dan kuman boleh berkumpul di mulut. Ini menyebabkan masalah gigi dan gusi seperti gingivitis (radang pada gusi), periodontitis, dan jangkitan gigi. Ini mungkin yang menjadi penyebab mulut anda terasa pahit semasa puasa.

3. Asid perut naik

Seharian perut kosong boleh memburukkan lagi asid perut pada waktu siang semasa berpuasa. Simptom utama dari asid perut naik, dikenal sebagai Gastro Esofagus Refluks Disease (GERD) dunia perubatan, melibatkan rasa asid atau pahit di mulut. Ini disebabkan oleh aliran balik dari cecair asid perut yang naik ke kerongkong.

4. Berhenti merokok

Puasa umumnya dijadikan sebagai waktu untuk berhenti merokok bagi sebahagian besar orang. Tetapi siapa sangka bahawa niat baik mungkin menjadi penyebab di mulut pahit semasa berpuasa.

Pendedahan kepada bahan kimia daripada rokok yang diterima oleh tubuh anda pada akhirnya merosakkan sistem saraf yang ada di lidah, yang berfungsi untuk membezakan antara rasa masin, masam, manis, dan pedas dari setiap makanan yang anda makan. Rokok juga boleh merosakkan struktur papila, nodul kecil di atas permukaan lidah yang menerima rangsangan saraf dari luar.

Akhirnya, merokok akan mengurangkan kemampuan citarasa anda walaupun selepas anda menghentikan tabiat ini. Dengan erti lain, mulut yang masam dan pahit yang anda rasa semasa puasa adalah kesan tabiat merokok anda selama ini.

5. Sedang hamil

Mulut yang terasa pahit adalah salah satu simptom kehamilan umum selama trimester pertama. MAlah, deria rasa ini juga berlaku semasa makan dan berpuasa.

Psstt… tidur ternganga juga boleh menjadi penyebab mulut kering dan mulut terasa pahit semasa puasa!

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Sumber Rujukan

8 Possible Causes for That Metallic Taste in Your Mouth https://health.clevelandclinic.org/2015/04/8-possible-causes-for-that-metallic-taste-in-your-mouth/

Bitter Taste in Mouth https://www.healthgrades.com/symptoms/bitter-taste-in-mouth

Dry Mouth (Xerostomia): Causes, Diagnosis, and Treatment http://www.medicalnewstoday.com/articles/187640.php

Maryam Rad, N. (2010). Effect of Long-term Smoking on Whole-mouth Salivary Flow Rate and Oral Health. Journal of Dental Research, Dental Clinics, Dental Prospects, [online] 4(4), p.110. Available at: https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC3429961/

Gambar penulisbadge
Ditulis oleh Farah Aziz Disemak pada 28/11/2019
Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor
x