Lalu apa yang terjadi jika anda mengambil banyak karbohidrat sederhana? Anda mungkin merasa cepat kenyang tetapi setelah itu anda cepat merasa lapar kembali. Hal ini disebabkan kesan karbohidrat sederhana yang berbeza daripada karbohidrat kompleks. Tenaga yang dihasilkan daripada karbohidrat sederhana terus dilepaskan kepada tubuh sehingga tidak akan bertahan lama untuk membantu anda tetap merasa kenyang sewaktu berpuasa. Contoh karbohidrat sederhana adalah gula pasir, susu dan produk tenusu, minuman berkarbonat, gula-gula, kuih-muih, dan sebagainya. Bukan bererti anda tidak boleh mengambil karbohidrat sederhana, tetapi imbangkan dengan pengambilan karbohidrat kompleks untuk membantu anda tetap cergas sepanjang berpuasa.
4. Makanan pedas
Sama seperti makanan masin, makanan pedas dapat meransang rasa haus berterusan. Selain itu, mereka yang menderita keradangan perut disarankan untuk menghindari makanan pedas kerana dapat meransang peningkatan asid perut sehingga berpotensi menyebabkan sakit pada bahagian atas perut. Dan, bagi sesetengah orang, makanan pedas menyebabkan sakit perut.
5. Makanan tinggi lemak
Makanan yang tinggi lemak bekerja dengan dua cara. Yang pertama, makanan tinggi lemak dapat menganggu dan melambatkan proses pengosongan perut sehingga memburukkan simptom sembelit. Yang kedua, makanan tinggi lemak dapat mempercepat kerja sistem pencernaan sehingga menimbulkan cirit-birit. Kesan daripada makanan tinggi lemak ini bergantung pada jenis lemak yang anda makan dan kecenderungan tindak balas badan anda terhadap makanan tinggi lemak.
Pada waktu sahur sebaiknya anda mengurangkan jenis makanan tinggi lemak agar terhindar daripada sembelit atau cirit-birit sewaktu berpuasa. Sebagai alternatif, anda boleh mengambil jenis makanan yang sama tetapi dengan cara penyediaan yang berbeza. Contohnya menggantikan menu ayam goreng menjadi ayam bakar.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen