backup og meta

Nak Cegah Hamil Guna IUD Memang Boleh, Tapi Alert! Ada Risiko Mengandung Luar Rahim

Disemak secara perubatan oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli · Disemak pada 07/06/2023

    Nak Cegah Hamil Guna IUD Memang Boleh, Tapi Alert! Ada Risiko Mengandung Luar Rahim

    Alat kontraseptif dalam rahim (IUD) merupakan salah satu kaedah kontrasepsi yang sering digunakan oleh wanita untuk alat cegah kehamilan. 

    Walaupun alat tersebut berkesan untuk mencegah kehamilan, ia bukan 100% efektif.

    Berbanding dengan kaedah kontrasepsi yang lain, alat kontraseptif dalam rahim mempunyai tahap keberkesanan yang sangat tinggi.

    Dalam tempoh 1 tahun penggunaan, nisbah kegagalan wanita yang menggunakan kaedah kontrasepsi ini adalah 1:100.

    Ini bermakna, dalam kalangan 100 wanita yang menggunakannya, pemakaian oleh 1 individu gagal untuk cegah kehamilan.

    Secara teorinya, alat kontraseptif dalam rahim mempunyai keberkesanan pada kadar 99%.

    Persoalannya di sini, apakah faktor yang menyebabkan kegagalan fungsi alat kontraseptif dalam rahim?

    Teruskan membaca untuk mengetahuinya dengan lebih lanjut.

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Seksual, sila dapatkannya di sini.

    Bukan semua wanita berjaya cegah kehamilan menggunakan IUD

    alat cegah kehamilan

    Jika ingin dibandingkan dengan kaedah alat cegah kehamilan lain, IUD merupakan satu alternatif yang mudah.

    Secara idealnya, tiada kesilapan daripada pihak pengguna memandangkan ia bukanlah seperti pil yang perlu diambil setiap hari.

    Bergantung kepada model IUD, pengguna berupaya untuk mencegah kehamilan selama 5 tahun sebelum tamat tarikh luputnya.

    IUD merupakan salah satu daripada cara cegah kehamilan sementara yang banyak disarankan kepada wanita yang ingin merancang kehamilan.

    Walau bagaimanapun, menurut Pusat Kawalan Penyakit Berjangkit, model IUD yang berbeza mempunyai kadar kegagalan yang berlainan. 

    IUD yang diperbuat daripada tembaga mempunyai kadar kegagalan setinggi 0.8% manakala IUD hormon, levonorgestrel mempunyai kadar kegagalan di antara 0.1% hingga 0.4%.

    Mereka yang menggunakan kaedah ini berisiko untuk gagal cegah kehamilan terutamanya jika hubungan seksual dilakukan dalam tempoh 7 hari selepas pemasangan.

    Baca juga:

    IUD yang dipasang boleh beralih daripada kedudukan yang sepatutnya menyebabkan fungsinya terganggu.

    Walaupun keadaan tersebut dianggap jarang berlaku, namun menurut the American College of Obstetricians and Gynecologists (ACOG), risiko untuk alat kontraseptif dalam rahim itu beralih adalah di antara 2 hingga 10% dalam tempoh 1 tahun.

    Mereka yang menyusu badan atau baru lepas bersalin mempunyai risiko yang tinggi untuk alat kontraseptif dalam rahim mereka beralih.

    Ini meningkatkan kadar kegagalan langkah kontrasepsi untuk cegah kehamilan.

    Antara gejala dan simptom yang boleh dialami oleh wanita yang mempunyai masalah ini adalah seperti berikut:

    • Benang IUD yang keluar dari faraj kelihatan pendek daripada biasa
    • Pendarahan yang banyak
    • Kekejangan perut luar biasa
    • Lendiran faraj yang banyak

    Alat cegah kehamilan IUD punca kehamilan biasa @ luar rahim

    alat cegah kehamilan

    Bagi wanita yang mengalami kegagalan fungsi alat cegah kehamilan IUD, mereka berisiko untuk mendapat komplikasi kehamilan luar rahim.

    Keadaan ini berlaku apabila embrio yang sepatutnya ditanam pada dinding rahim berada di kawasan luar rahim seperti:

    Menurut ACOG, komplikasi akibat kegagalan alat kontraseptif dalam rahim untuk cegah kehamilan boleh menyebabkan simptom seperti berikut:

    Jika mereka yang mengalami keadaan ini tidak dirawat dengan kadar segera, simptom yang lebih serius boleh timbul.

    Antaranya adalah:

    Jika anda atau pasangan mempunyai simptom seperti yang dinyatakan, rawatan perlu diberikan dengan kadar segera.

    Mereka yang mengalami kehamilan luar rahim berisiko untuk mati akibat pendarahan dalaman.

    Alat cegah kehamilan: Pilihan lain

    alat cegah kehamilan

    Jika anda mengalami simptom kehamilan, anda perlu membuat ujian kehamilan atau hadir ke klinik terdekat untuk menjalani pemeriksaan kesihatan.

    Antara simptom yang menunjukkan anda gagal untuk cegah kehamilan:

    Lebih penting lagi jika anda mengalami gejala yang menunjukkan anda mungkin hamil di luar rahim. Jika ragu, pergi ke fasiliti kesihatan terdekat untuk mendapatkan pengesahan.

    Jika anda mengalami komplikasi hamil luar rahim, prosedur pembedahan laparoskopik akan dilakukan bagi mengeluarkan janin pada kawasan bukan rahim.

    mengandung

    Bagaimana pula jika kegagalan untuk cegah kehamilan menyebabkan wanita tersebut hamil biasa?

    Pilihan yang akan diberikan kepada pasangan suami isteri bergantung kepada beberapa faktor. Antaranya adalah:

    • Usia kandungan
    • Kedudukan alat cegah kehamilan IUD
    • Akses kepada benang IUD
    • Permintaan daripada wanita itu sendiri

    Sekiranya wanita tersebut membuat keputusan untuk meneruskan kehamilan, pemeriksaan akan dibuat.

    Jika benang IUD tidak kelihatan di luar faraj, doktor akan menggunakan mesin ultrasound bagi menentukan kedudukannya.

    • Jika IUD tidak kelihatan, ujian x-ray akan dibuat bagi mengesan kedudukan alat tersebut
    • Sekiranya IUD berada pada serviks, doktor akan menarik keluar IUD tersebut
    • Jika IUD berada di atas serviks, doktor akan menasihatkan perihal komplikasi dan risiko yang boleh dialami sekiranya kehamilan ingin diteruskan.

    Konklusi

    Penggunaan IUD sebagai alat cegah kehamilan digalakkan terutamanya kepada ibu yang baru sahaja lepas bersalin.

    Perkara ini penting bagi memastikan si ibu mempunyai ruang masa untuk menjaga bayi yang baru lahir sebelum cuba untuk hamil sekali lagi.

    Jika anda ingin menggunakan IUD atau menghadapi masalah berkaitan dengan penggunaannya, hadirkan diri anda ke pusat kesihatan terdek

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Gabriel Tang Pei Yung

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli · Disemak pada 07/06/2023

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan