backup og meta

Sakit Kepala? Jom Kenal Pasti Jenisnya, Bukan Semuanya Sama!

Sakit Kepala? Jom Kenal Pasti Jenisnya, Bukan Semuanya Sama!

Sesiapa sahaja boleh mengalami masalah sakit kepala, bukan? Tetapi bukan semua adalah sama. Jom ketahui jenis sakit kepala yang mungkin anda alami.

Jenis sakit kepala

Sakit kepala sering mengganggu aktiviti harian. Ia adalah antara aduan paling biasa di klinik dan hospital. Namun, isitilah sakit kepala itu terlalu umum sedangkan terdapat banyak jenis dan puncanya.

Ada yang ringan dan ada yang berat sehingga menjejaskan kualiti hidup.

Secara umumnya, terdapat 3 jenis sakit kepala yang utama. Mari lihat apakah jenis tersebut.

Sakit kepala tegang (tension headache)

Selepas balik daripada kerja, kepala terasa seperti berdenyut-denyut. Seolah-olah kepala anda diikat dan dijerut dengan tali. Ini adalah simptom yang biasa berlaku.

Ini juga merupakan jenis paling kerap antara jenis-jenis yang lain.

Sakit yang dialami adalah disebabkan oleh otot di kepala dan leher menjadi tegang. Kedudukan dan postur yang salah boleh menjadi puncanya.

Biasanya, sakit berlaku selama beberapa minit sahaja tetapi boleh sehingga beberapa hari dan kerap berulang.

Jenis sakit kepala kluster (cluster headcahe)

Sakit kepala kluster mungkin yang paling sakit berbanding jenis lain.

Semasa serangan, ia menyebabkan rasa sangat sakit seperti terbakar di satu bahagian kepala, atau di belakang mata. Biasanya, mata dan hidung akan berair.

Ia berlaku dalam satu tempoh tertentu, contohnya sebulan. Kemudian, akan berlalu tanpa serangan. Sakit mungkin datang semula selepas itu.

Sebabnya adalah tidak jelas dan kerap berlaku dalam kalangan lelaki walaupun secara amnya, sakit kepala kluster adalah jarang. Alkohol adalah antara perangsangnya.

Migrain (migraine headache)

Ini adalah jenis yang kompleks. Ia berlaku disebabkan oleh perubahan fisiologi yang berlaku di dalam kepala. Cahaya dan bunyi adalah sangat sensitif bagi penghidap migrain.

Simptomnya termasuk sakit kepala di satu sisi kepala, sakit mata, sensitif terhadap cahaya dan bunyi serta mual dan muntah. Serangan biasanya berlaku antara beberapa minit hingga satu jam.

jenis sakit kepala

Awasi simptom bahaya

Kebanyakan sakit kepala adalah tidak berbahaya. Namun, ia mungkin tanda atau simptom kepala penyakit yang lebih serius.

Justeru, jika anda mengalami mana-mana simptom berikut, dapatkan pemeriksaan doktor:

  • Muntah
  • Muka kebas
  • Percakapan tidak jelas
  • Tangan atau kaki menjadi lemah
  • Sawan
  • Keliru

Pemeriksaan dan sejarah perubatan yang lengkap diperlukan untuk membuat diagnosis akhir.

Bagi sakit kepala biasa, rawatan kebiasaannya dalam berbentuk konvensional tanpa ubat, atau menggunakan ubat di kaunter seperti panadol, aspirin atau ibuprofen.

Dalam kes yang lebih serius, rawatan lain mungkin diperlukan termasuk rawatan psikologi.

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Sistem Saraf & Otak, sila dapatkannya di sini.

[embed-health-tool-bmi]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

What is causing this headache? – https://www.medicalnewstoday.com/articles/73936.php

All About Headache – https://www.healthline.com/health/headache

Versi Terbaru

03/11/2022

Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman

Diperbaharui oleh: [email protected]


Artikel Berkaitan

Tak Semua Sakit Kepala Itu Migrain, Ini 10 Jenis Sakit Kepala Dan Puncanya

Senang Sakit Kepala Kalau Minum Kopi? Ini Senarai Makanan Yang Boleh Buat Pening Kepala


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Ahmad Wazir Aiman

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim · Disemak pada 03/11/2022

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan