Ops! Suami Terpancut Dalam Tapi Anda Tak MAHU Hamil? Morning After Pill Adalah Jawapannya

Ditulis oleh

Kemas kini Tarikh 19/05/2020 . 2 minit bacaan

Bagi kebanyakan wanita, pil kecemasan adalah solusi terbaik yang memberikan mereka peluang terakhir untuk mencegah kehamilan selepas melakukan hubungan intim tanpa perlindungan. Sesetengah wanita juga mengambil pil kecemasan sebagai satu bentuk biasa kontrasepsi.

Walau bagaimanapun, bukan semua wanita tahu bagaimana untuk menggunakan pil ini dengan betul dan kesan pengambilan pil ini kepada keseluruhan kesihatan mereka.

Apakah pil kecemasan?

Pil kecemasan atau morning-after pill ialah sejenis pil kecemasan untuk mencegah kehamilan. Pil ini mengandungi hormon wanita khusus yang dipanggil levonorgestrel.

Ubat ini berfungsi dengan mempengaruhi aktiviti biasa mukus serviks dan lapisan uterus anda, dengan menghalang sperma daripada sampai ke uterus dan mencegah bersenyawa dengan telur serta menempel pada dinding uterus.

Secara amnya, wanita mengambil pil kecemasan untuk mencegah kehamilan selepas melakukan hubungan intim tanpa perlindungan atau kegagalan menggunakan bentuk lain pencegahan kehamilan (seperti kondom, atau pil pencegah kehamilan).

Adakah terdapat sebarang risiko jika mengambil pil kecemasan dengan kerap? 

Walaupun tidak terdapat data yang mencukupi tentang kesan berbahaya penggunaan pil kecemasan untuk jangka panjang, namun masih ada banyak sebab mengapa anda perlu mengelak daripada menggunakan terlalu banyak pil kecemasan.

Pertama, mengambil pil kecemasan terlalu kerap boleh menyebabkan haid anda yang seterusnya menjadi lebih banyak atau kurang daripada biasa. Malahan, haid anda juga mungkin akan datang lebih awal ataupun lebih lambat daripada biasa.

Selain itu, pil kecemasan juga bukan bertujuan digunakan sebagai bentuk rutin untuk mencegah kehamilan, kerana terdapat bukti saintifik mengenai risiko levonorgestrel.

Kesan sampingan peningkatan menggunakan pil kecemasan adalah termasuk:

  • Kenaikan berat badan
  • Bulimia
  • Anorexia
  • Kemurungan klinikal
  • Loya, cirit-birit, sakit perut
  • Pening, keletihan
  • Sakit payudara

Jika membandingkan dari segi keberkesanannya, pil kecemasan tidak boleh melawan pil kontraseptif ataupun kondom.

Dengan melakukan hubungan seks tanpa perlindungan dan kemudian mengambil pil kontraseptif kecemasan adalah lebih berisiko daripada menggunakan pencegahan kehamilan. Seperti yang kita tahu, seks tanpa perlindungan boleh meletakkan anda pada risiko penyakit jangkitan kelamin (STD) termasuklah HIV/ AIDS.

Satu-satunya cara untuk melindungi anda daripada STD adalah dengan menggunakan kondom.

Juga, jika anda mengambil pil kecemasan dengan cara yang tidak betul, peluang kehamilan anda juga akan meningkat.

Bagi keberkesanan yang maksimum, pil kecemasan perlu diambil sebaik sahaja anda melakukan hubungan seks tanpa perlindungan, dan dalam masa 72 jam. Anda juga boleh mengambil pil kecemasan pada bila-bila masa semasa kitaran menstrual anda.

Jika anda mengambil pil kecemasan terlalu kerap, ia boleh menunjukkan bahawa anda belum menemui satu kaedah pencegah kehamilan yang efektif dan tetap.

Dalam kes ini, anda perlu mendapatkan nasihat doktor anda supaya anda dapat menemui penyelesaian yang lebih efektif dan kurang berisiko.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"
    Rujukan

    DARI PAKAR Dian Sonnerstedt

    Jenis-jenis Yoga

    Katakanlah sekarang ini anda sedang cuba berlatih yoga buat pertama kali, atau kali kedua, dan anda masih belum menemukan jenis yoga yang paling sesuai dengan diri anda. Artikel ini boleh membantu anda untuk memutuskan ...

    Ditulis oleh Dian Sonnerstedt
    jenis yoga

    Urutan Kehamilan: Adakah Idea yang Baik?

    Urutan kehamilan, manfaatnya dan risiko telah menjadi topik kontroversi sejak sekian lama. Walaupun terdapat penyelidikan kecil mengenainya, dan tidak ada persetujuan kukuh dalam kalangan saintis, penyelidikan perubatan ...

    Ditulis oleh Dian Sonnerstedt
    pregnancy massage

    Rahsia Proses Bersalin Normal

    Bagi setiap wanita, menanti kehadiran cahaya mata atau kelahiran anak adalah satu peristiwa luar biasa yang akan diingati sepanjang hayatnya. Setiap kelahiran adalah satu pengalaman unik untuk setiap ibu dan anak ...

    Ditulis oleh Dian Sonnerstedt
    proses bersalin normal

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Nampak Sama Tapi Sebenarnya Lain! Ini Perbezaan Antara Limfoma Dan Leukemia!

    Leukemia dan limfoma kedua-duanya merupakan sejenis kanser darah. Namun, penyebab dan faktor risiko leukemia dan limfoma amat berbeza.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Kesihatan A-Z, Kesihatan A-Z 07/08/2020 . 3 minit bacaan

    Nak Periksa Kanser Testis Di Rumah? Kaum Adam Boleh Check Guna Kit Ujian Kehamilan, Tapi…

    Mungkin ramai tak tahu bahawa lelaki boleh mendapat keputusan positif ujian kehamilan jika ada kanser testis (telur zakar). Namun, adakah ia tepat?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Lelaki 07/08/2020 . 3 minit bacaan

    Darah Haid Banyak Lepas Guna Suntikan Elak Hamil? Ini 15 Kesan Sampingan Jika Suntik Depo

    Suntikan depo provera lazim digunakan bagi mengelakkan kehamilan daripada berlaku. Seperti ubat lain, ia turut mempunyai kesan sampingan seperti...

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Wanita 07/08/2020 . 3 minit bacaan

    Ibu Kalau Sayang Anak Jangan Suka Bandingkan, Boleh ‘Koyak’ Mental Si Kecil!

    Kita biasa bandingkan anak dengan kanak-kanak lain, kan? Tapi perbuatan itu sebenarnya boleh mengganggu emosi anak. Apakah peranan ibu bapa untuk atasinya?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Keibubapaan, Tips Keibubapaan 07/08/2020 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    cara menghilangkan sawan

    Bimbang Anak Tiba-Tiba Kena Sawan Demam, Ketahui Tindakan Yang Boleh Anda Buat

    Ditulis oleh Dr. Wazir Aiman
    Diterbitkan pada 07/08/2020 . 3 minit bacaan
    ujian sperma

    Cik Abang Ada Masalah Sperma? Teknik Pembedahan Ini Mungkin Solusi Yang Anda Cari!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 07/08/2020 . 3 minit bacaan
    penyakit endometriosis

    Risau Kakak Masih Belum Hamil Sebab Endometriosis, Ibu Pun Pernah Alaminya, Ini Penyakit KETURUNAN?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 07/08/2020 . 3 minit bacaan
    hepatitis b adalah

    “Saya Positif Hepatitis B, Bolehkah Berkahwin?” Sebelum Teruskan, Baca Ini Dulu!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 07/08/2020 . 3 minit bacaan