backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan

3

Tanya Doktor
Simpan

4 Golongan Wanita Dalam Situasi Ini Kena Ambil Pil Perancang, Tak Risau Bila Suami Pancut Dalam!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Nana Muhammad · Disemak pada 31/01/2024

    4 Golongan Wanita Dalam Situasi Ini Kena Ambil Pil Perancang, Tak Risau Bila Suami Pancut Dalam!

    Pil kontrasepsi darurat mungkin boleh menjadi penyelamat anda jika terbabas atau terlupa untuk merancang sebelum membuat hubungan seksual dengan pasangan, usah takut lagi!

    Kadangkala, para isteri tidak berapa suka mengambil pil perancang kerana kesan sampingannya.

    Para suami pula lebih suka bersenggama tanpa kondom lalu pasti ada yang risau risiko jika hamil.

    Walaupun pil kecemasan ini boleh membantu, tapi masih ramai wanita di luar sana tidak faham akan cara pengambilan, fungsi dan kesan sebenar di sebalik pil ini. Jom baca artikel.

    Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Kesihatan Seksual, anda boleh klik di sini.

    Apa itu pil kontrasepsi darurat?

    Pil kontrasepsi kecemasan atau morning-after pill adalah sejenis pil perancang yang selalunya diambil oleh wanita selepas membuat hubungan seksual dengan pasangan.

    Pil ini boleh didapati dalam 2 komposisi ubat :

    1. Levonorgestrel.
    2. Ulipristal acetate.

    Levonorgestrel kerap digunakan berbanding dengan ulipristal acetate.

    cara elak mengandung
    Pil perancang.

    Pasti ada tertanya-tanya pil kontrasepsi darurat beli dimana bukan?

    Pil cegah hamil selepas bersetubuh ini mudah didapati di mana-mana kaunter farmasi tanpa perlu preskripsi, dan harganya berpatutan juga.

    Ulipristal acetate agak jarang sekali direkomenkan kerana harganya jauh lebih mahal berbanding levonorgestrel, malahan tidak semua farmasi membekalkannya.

    Kadangkala, sesetengah farmasi memerlukan preskripsi daripada doktor untuk ubat ini.

    Pengambilan pil ini amat disarankan sebanyak sekali sahaja untuk setiap kitaran haid dalam usaha mengurangkan kesan sampingan.

    Bila anda perlu guna pil kontrasepsi darurat?

    Pil cegah hamil selepas bersetubuh ini seharusnya diambil oleh para wanita apabila:

    1. Isteri terlupa untuk makan pil perancang yang diberikan dengan betul.
    2. Suami enggan memakai kondom.
    3. Kondom tercabut atau koyak ketika bersenggama.
    4. Isteri salah mengira tarikh yang selamat untuk bersenggama tanpa perlindungan.

    Tahap keberkesanan pil kontrasepsi kecemasan

    Tahap keberkesanannya bergantung kepada tempoh anda mengambil pil selepas bersenggama.

    Pil levonorgestrel seharusnya diambil dalam tempoh 72 jam selepas bersenggama tetapi lebih berkesan dalam tempoh 12 jam yang pertama.

    Semakin lama tempoh anda menunggu selepas bersenggama, semakin tinggilah risiko untuk hamil.

    Kajian mendedahkan pil levonorgestrel boleh mencegah kehamilan sebanyak:

    • 95% jika diambil dalam 24 jam
    • 85% jika diambil dalam 48 jam
    • 58% jika diambil dalam 72 jam

    Bagaimana cara pil ini akan berfungsi?

    Levonorgestrel ialah sejenis pil kontrasepsi darurat dalam kelas progestin.

    Ia mengandungi kandungan hormon yang tinggi, membolehkan perubahan berlaku kepada sistem reproduktif wanita untuk mencegah kehamilan.

    Ia berfungsi dengan mengelakkan proses ovulasi daripada berlaku, iaitu perlepasan ovum (telur) daripada ovari anda.

    Selain itu, ia boleh mencegah persenyawaan ovum dan sperma dengan melambatkan pergerakan ovum atau sperma.

    Levonorgestrel juga berupaya untuk mengubah struktur lapisan dinding rahim supaya proses implantasi tidak dapat dijalankan oleh telur yang sudah disenyawakan.

    Walaupun pil ini berupaya untuk membantu anda mencegah kehamilan, tetapi ia tidak akan menghalang penyebaran penyakit kelamin (STI) dan human immunodeficiency virus (HIV).

    Mengapa pula pil ini tidak berfungsi?

    pil kontrasepsi darurat
    Punca pil perancang tidak berkesan.

    Pil kontrasepsi anda tidak akan berkesan sekiranya :

    1. Diambil selepas tempoh 72 jam yang disyorkan.
    2. Mengambil ubat-ubatan lain yang boleh berinteraksi dengan fungsi pil kontrasepsi.
    3. Muntah selepas mengambil pil kurang daripada 3 jam.

    Risiko pengambilan pil kontrasepsi darurat

    Selalunya, pil levonorgestrel tidak mendatangkan risiko yang berat bagi wanita yang memakannya.

    Sila berbincang dengan doktor atau ahli farmasi anda terlebih dahulu jika anda mempunyai alergi ubat, atau sedang mengambil herba tradisional.

    Namun, seeloknya anda mengetahui risiko atau kesan sampingan pil ini sebelum mengambilnya. Contohnya:

    • Muntah
    • Pening kepala
    • Sakit perut
    • Sembelit
    • Cirit-birit
    • Payudara berasa tegang dan sakit

    Kitaran haid anda yang seterusnya sepatutnya seperti biasa.

    Kadang-kadang, anda akan mengalami spotting (bintik-bintik darah daripada faraj) sebelum haid yang seterusnya.

    jenis pil perancang
    Kesan pengambilan pil perancang.

    Haid anda boleh menjadi lebih banyak atau kurang daripada biasa.

    Selalunya, perubahan kitaran haid ini hanya sementara sahaja.

    Seandainya kitaran haid anda lambat lebih daripada 5 hari, sila berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan rawatan lanjut.

    Peringatan khas untuk anda!

    Pil kontrasepsi darurat hanya berkesan untuk hubungan seks tanpa perlindungan yang berlaku sekali sahaja.

    Ingatlah bahawa ia merupakan pil untuk mencegah kehamilan dalam tempoh masa yang sekejap sahaja.

    Jika anda kerap bersenggama tanpa menggunakan apa-apa perlindungan bersama pasangan, sila berjumpa dengan doktor bagi membincangkan cara kontrasepsi lain yang lebih sesuai untuk anda.

    Perlu diingat, kontrasepsi darurat juga tidak dapat membantu anda untuk mengelakkan jangkitan penyakit kelamin (STI) dan HIV/AIDS.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Gabriel Tang Pei Yung

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Nana Muhammad · Disemak pada 31/01/2024

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan