
Alaaa…peluang kehamilan tipis kalau pancut luar, biasa dengar, bukan? Tetapi tahukah anda wujud risiko hamil tanpa pancut dalam yang boleh terjadi?
Bolehkah hamil tanpa pancut dalam?
Soalan yang lazim ditanya: “Adakah saya berkemungkinan hamil tanpa pancut dalam?” Jawapannya adalah ya, tetapi peluangnya adalah sangat rendah.
Cara terbaik untuk mengelak kehamilan daripada berlaku adalah dengan menggunakan perlindungan semasa melakukan hubungan kelamin.
Untuk hamil, telur perlu bersenyawa dengan sperma. Biasanya, ini terjadi apabila air mani mengalami ejakulasi dan masuk ke dalam faraj.
Umumnya, air mani yang dihasilkan lelaki mengandungi berjuta lebih sperma tetapi hanya satu daripadanya yang akan bersenyawa dengan telur semasa proses persenyawaan.
Risiko hamil tanpa pancut dalam
Terdapat beberapa mitos yang menjadi kepercayaan kebanyakan individu mengenai kebarangkalian untuk anda hamil tanpa penembusan seks. Mari lihat satu persatu.
Mitos 1: Anda boleh mengandung daripada cecair air mazi
Sebelum lelaki mendapat ejakulasi, zakarnya akan mengeluarkan cecair jernih yang dipanggil air mazi atau pra-klimaks (cecair pra-ejakulasi).
Setiap lelaki tidak ada cara untuk mengawal penghasilan cecair ini. Namun, pra-klimaks tidak mengandungi sperma hidup dan sihat.
Sebaliknya, ia mengandungi sperma mati atau tiada sperma langsung. Sudah tentu, ini bermakna anda sukar untuk mengandung jika pasangan anda hanya mengalami pra-klimaks atau mengeluarkan air mazi.
Walau bagaimanapun, anda perlu mengetahui bahawa wanita masih boleh mengandung hanya dengan air mazi. Namun peluang kehamilan adalah tipis.
Peluang kehamilan boleh berlaku semasa pengeluaran cecaira pra-klimaks apabila anda sempat menarik beberapa sperma hidup yang masih ada dalam uretra daripada ejakulasi sebelumnya.
Jadi berhati-hati atau anda mungkin menerima perkhabaran kehamilan mengejut yang tidak disangka!
Mitos 2: Anda boleh hamil daripada ‘bergoyang gerudi’
Sekali lagi, jawapannya adalah 99.9% tidak.
Rujuk kembali definisi di atas, kehamilan terjadi apabila sperma bertemu dengan telur. Ini tidak mungkin berlaku jika ia beralas. Walaupun jika anda tanpa berpakaian, peluangnya masih lagi tipis.
Untuk sperma sampai kepada telur, ia perlu melalui faraj anda, kemudian melalui serviks dan melepasi rahim. Seterusnya sperma perlu melalui tiub fallopian menuju ke ovari supaya akhirnya sampai ke telur.
Paling cepat sperma boleh sampai adalah 45 minit untuk menghabiskan perjalanan tersebut.
Apabila sperma diletakkan di luar atau dekat dengan faraj, tidak mungkin sperma boleh melengkapkan perjalanan tersebut, jadi kemungkinan untuk hamil tanpa pancut dalam tidak akan terjadi.
Akan tetapi, jika air mani berada pada labia anda, sperma boleh masuk ke terusan faraj. Ini adalah tidak mungkin tetapi juga tidak mustahil, maka peluang kehamilan tetap wujud, okay?
Mitos 3: Anda boleh hamil melalui onani.
Sudah tentu tidak jika anda adalah seorang wanita yang beronani.
Walau bagaimanapun, peluang kehamilan adalah mungkin jika anda dan pasangan melakukan onani bersama-sama di mana sperma mungkin berada pada tangan anda ataupun pasangan dan kemudian berpindah ke faraj anda melalui perlakuan onani.
Jadi masih wujud risiko untuk mengandung walaupun mungkin tipis.
Mitos 4: Anda boleh hamil daripada sperma yang ada dalam tab mandian panas atau kolam renang.
Tidak, kerana persekitaran untuk sperma bertahan adalah pada mukus alkali.
Sudah tentulah dalam bahagian alat sulit wanita kerana faraj adalah persekitaran asid tetapi dalam kitaran bulanan seseorang wanita, ia akan menghasilkan cecair yang dipanggil mukus serviks yang akan mengubah kimia semula jadi faraj. Ia adalah penting untuk sperma bertahan.
Tanpa mukus tersebut, sperma akan mati dalam beberapa jam. Oleh itu, jika seseorang lelaki berejakulasi di dalam tab mandian panas atau kolam renang, bahan kimia dan suhu panas akan membunuh sperma sebelum sempat ia sampai kepada faraj.
Jadi sudah tentu risiko hamil tanpa pancut dalam di sini tidak akan berlaku.
Masih ada kemungkinan
Mungkin peratusan untuk anda hamil tanpa pancut adalah tipis dan rendah. Namun harus diingatkan dalam keadaan tertentu perkara tersebut boleh berlaku tetapi peluangnya tersangatlah rendah.
Jadi, jika anda tidak mahu hamil, disarankan untuk menggunakan perlindungan dan pelajari mengenai seks selamat.
Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Baca juga:
- Bukan Perut Saja Membuncit, Tapi Suara Pun Berubah Masa Hamil- Tak Percaya? Adele Salah Seorangnya
- Takut Tengok Muka Sendiri Semasa Hamil? Ini 5 Perubahan Fizikal Yang Ibu Mengandung Lalui
- Wanita Ada 2 Rahim? Masih Boleh Hamil TAPI Ini Risiko Perlu Tahu
- Bahana Ibu Hamil Tidur Berdengkur, Bukan Saja Tingkat Risiko Pre-Eklampsia, Tapi Juga Bersalin C-zer
- Wow! Wanita Pinggul Besar Bukan Saja Seksi, Tapi… (Klu: Ada Kaitan Dengan Mengandung)