backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan

1

Tanya Doktor
Simpan

6 Sebab Air Mani Jadi Berketul, Cuba 'Check' Pemakanan Anda!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 13 jam lalu

    6 Sebab Air Mani Jadi Berketul, Cuba 'Check' Pemakanan Anda!

    Anda mengalami masalah air mani berketul? Air mani berbau atau air mani berdarah? Usah khuatir, kami ada jawapan mengenai punca dan rawatan untuknya. Ingin tahu lebih lanjut? Jom sama-sama kita ikuti artikel ini!

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Lelaki, sila dapatkannya di sini.

    6 punca air mani keluar berketul

    #1. Pembekuan protein

    Air mani sebenarnya terdiri daripada pelbagai jenis bahan dan salah satunya adalah protein.

    Buat anda yang belum tahu, protein turut terlibat dalam proses pemekatan dan pencairan air mani.

    Jadi, ketidakseimbangan pada zat protein dalam air mani akan memberi kesan pada bentuk fizikalnya.

    Sekiranya proses pemekatan atau pembekuan protein berlaku pada sistem reproduktif lelaki akibat kurang ejakulasi, ia mungkin akan menyebabkan masalah air mani berketul.

    Namun, anda tidak perlu risau kerana masalah ini amat mudah diselesaikan.

    Caranya, lelaki hanya perlu tingkatkan kekerapan ejakulasi anda dengan lebih kerap melakukan seks bersama pasangan.

    #2. Dehidrasi

    Selain protein, air mani turut mengandungi air.

    Sekiranya anda mengalami dehidrasi, tubuh badan anda akan mula mengalihkan cecair dari tempat yang dianggap kurang penting ke tempat yang memerlukan.

    Ini termasuklah dari kantung air mani lelaki. Disebabkan itu, kurang minum air dan dehidrasi juga boleh jadi punca air mani berketul.

    Penyelesaian bagi masalah ini adalah agak mudah, anda hanya perlu minum lebih banyak air bagi mengelakkan anda mengalami dehidrasi.

    air mani berketul
    Ilustrasi sperma.

    #3. Diet tidak seimbang

    Secara fisiologi, manusia perlu makanan dan minuman untuk kelangsungan hidup. Tanpa disedari, segala nutrien yang diambil akan memberi kesan kepada tubuh badan anda.

    Begitulah juga dengan produktiviti air mani. Ia sebenarnya sangat bergantung kepada diet lelaki.

    Jika anda mengamalkan diet yang tidak seimbang, maka air mani anda juga akan terjejas.

    Diet yang tidak seimbang akan mengakibatkan air mani lelaki terjejas dari aspek kepekatan, warna dan bau.

    Jadi, sila ubah diet pemakanan anda ya untuk elak air mani berbau. 

    #4. Tahap testosteron rendah

    Kondisi yang dikenali sebagai hypogonadism ini juga mungkin merupakan punca lelaki mengalami masalah air mani ketul.

    Selain itu, ia juga akan mengakibatkan gejala lain seperti kerap keletihan, kurang libido, sukar mengekalkan ereksi, keguguran rambut serta kehilangan jisim otot.

    Jadi, ia adalah kondisi yang perlu dirawat dalam kadar segera. Untuk mengubahnya, anda perlu ubah gaya hidup anda.

    Antara perubahan yang boleh dilakukan adalah dengan melakukan lebih banyak senaman terutamanya senaman kardiovaskular bagi membantu meningkatkan tahap hormon ini.

    Selain itu, anda juga perlu beri lebih perhatian terhadap pengawalan berat badan anda, okay?

    air mani berketul
    Gambaran sperma menuju telur.

    #5. Air mani berketul akibat infeksi

    Kadangkala, kondisi ini  juga mungkin disebabkan oleh infeksi seperti:

    • radang epididimis
    • epididymitis

    Ia bukan sahaja akan menyebabkan masalah ketul air mani, malah turut mengakibatkan kesakitan sewaktu ejakulasi.

    Punca radang epididimis ini berlaku bagi kalangan lelaki muda adalah akibat jangkitan pelbagai penyakit kelamin.

    Bagi lelaki yang lebih berusia pula, ia mungkin disebabkan oleh pembesaran atau pembengkakan prostat.

    Untuk merawatnya, anda perlu rujuk dengan pakar bagi mendapatkan ubat antibiotik yang berupaya merawat infeksi yang dinyatakan.

    #6. Aglutinasi sperma

    Pernah dengar tentang kondisi ini?

    Untuk pengetahuan anda, aglutinasi sperma adalah punca air mani berketul yang sangat jarang berlaku kepada lelaki.

    Ia akan berlaku apabila tubuh badan anda melakukan kesilapan dalam mengenalpasti sel sperma sebagai bahan asing di dalam badan.

    Akibatnya, sperma akan bergumpal lalu menjadikannya berketul.

    Tiada sebarang senaman atau rawatan di rumah yang boleh anda lakukan. Sebaiknya, rujuk doktor untuk mendapatkan rawatan lanjutan yang bersesuaian.

    Air mani berketul akan mengganggu kesuburan?

    Persoalan paling penting, adakah kondisi ketulan air mani ini akan menyebabkan ketidaksuburan dalam kalangan lelaki? Jawapannya, tidak.

    air mani berketul
    Maksud air mani.

    Ia sama sekali tidak akan mengganggu kuantiti atau kualiti sperma lelaki. Jadi, tiada apa yang perlu lelaki risaukan jika anda mengalaminya.

    Fakta

    Air mani yang sedikit pekat akan menyebabkan ia kurang risiko terkeluar dari faraj lantas meninggikan lagi potensi pasangan untuk hamil.

    Namun jika anda masih mempunyai kegusaran terhadapnya, segera berhubung dengan doktor anda!

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Gabriel Tang Pei Yung

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 13 jam lalu

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan