Sebelum Cuba Sebarang Pelincir Vagina (Lubricant), Ambil Tahu 6 Perkara Ini Dahulu!

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 17/04/2020

Pelincir vagina atau lube berfungsi sebagai bahan bantuan untuk hubungan kelamin yang selesa dan lancar, terutamanya kepada wanita yang mempunyai vagina yang kering atau tidak cukup lembap secara semula jadi apabila terangsang.

Selain itu, jika anda menggunakan kondom untuk mengelakkan penyakit kelamin, lube boleh menjadikan hubungan kelamin lebih mudah dan lebih menyenangkan.

Bagaimana pelincir vagina berfungsi?

Pelincir datang dalam bentuk gel atau cecair dan digunakan pada vagina dan vulva, atau pada zakar, sebelum bersetubuh.

Selepas disapukan, pelincir diserap ke dalam kulit. Terdapat tiga jenis pelincir sama ada berasaskan air, minyak dan silikon.

Pelincir berasaskan silikon sesuai untuk kebanyakan keadaan sementara jenis berasaskan minyak mungkin tidak berkesan apabila menggunakan kondom.

Apakah terdapat alternatif untuk pelincir?

Kadangkala, ada yang menggunakan alternatif lain apabila tidak mempunyai pelincir. Minyak urut, minyak bayi atau minyak semula jadi (zaitun atau kelapa) adalah produk alternatif yang biasa digunakan.

Walau bagaimanapun, pelincir tidak boleh digantikan dengan produk ini. Alternatif tersebut boleh merosakkan kondom yang longgar.

Selain itu, produk alternatif yang tidak sesuai boleh menyebabkan risiko jangkitan vagina.

Walau bagaimanapun, dalam beberapa kes, vitamin E atau gel lidah buaya boleh digunakan jika sesuai dengan kondom lateks.

Adakah pelincir komersial menyebabkan kerengsaan atau alahan?

Pelincir komersial kebiasaanya mengandungi benzocaine, anestetik, capsaicin dan mentol. Bahan-bahan ini boleh menyebabkan kerengsaan atau alahan kepada pengguna.

Selain itu, pelincir yang wangi atau berperisa boleh menyebabkan tindak balas alahan kepada pengguna dengan kulit sensitif.

Komponen paraben (disenaraikan sebagai metil, butil, etil, dan propyl-paraben) juga boleh menyebabkan keradangan.

Apakah itu pelincir semula jadi?

Pelincir semula jadi disyorkan bagi mereka yang mempunyai alahan dengan bahan kimia dalam pelincir komersial.

Produk semula jadi mengandungi vitamin E atau lidah buaya dan mampu bertahan semasa hubungan kelamin.

Di antara semua pelincir semula jadi, lidah buaya paling disarankan kerana ia jarang menyebabkan sebarang reaksi alahan.

Di samping itu, apabila menggunakan produk semula jadi, pengguna harus membaca maklumat produk untuk memastikan ia boleh digunakan dengan kondom lateks.

Apakah risiko penggunaan pelincir dengan spermisid?

Untuk mengelakkan kehamilan yang tidak dirancang, pelincir dalam versi yang mengandungi spermisid (bahan mematikan sperma) merupakan pilihan terbaik.

Walau bagaimanapun, spermisid diperbuat daripada nonoxynol-9, yang boleh menyebabkan kerengsaan dan ketidakselesaan.

Selain itu, spermisid boleh meningkatkan risiko penyakit kelamin dengan menyebabkan kerengsaan dan luka pada kulit.

Oleh itu, kondom dan pelincir biasa adalah pilihan terbaik untuk mengelakkan kehamilan yang tidak dirancang dan penyakit kelamin.

Apakah itu pelincir berperisa?

Sama seperti kondom berperisa, pelincir berperisa disarankan oleh ramai orang untuk menjadikan seks oral lebih menyeronokkan.

Sesetengah wanita takut menghadapi seks oral kerana rasa malu pada bau vagina mereka. Dalam keadaan ini, pelincir berperisa dapat membantu.

Walau bagaimanapun, cuba dahulu rasa pelincir tersebut untuk mengelakkan rasa yang pelik seperti perasa durian. Selain itu, mereka yang mengalami diabetes perlu berhati-hati dengan pelincir dengan formulasi yang mengandungi gula.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca Juga:

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"
    Rujukan

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    ALAMAK… Seks Oral Pun Boleh Jadi Punca Kanser? Sebelum Buat, Baca Ini Dulu!

    Seks oral berisiko tinggi menyebarkan HPV. Untuk pengetahuan anda, ia adalah sejenis virus yang boleh jadi punca beberapa jenis kanser berkaitan oral!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid

    Pakar Kata Tak Mustahil Boleh Mengandung Tanpa Penetrasi, Bagaimana Tu?

    Ada kepercayaan yang mengatakan kehamilan masih boleh berlaku tanpa kemasukan zakar ke dalam faraj semasa hubungan suami isteri. Benarkah?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid

    7 Cara Bagaimana Seks Membantu Legakan Tekanan Perasaan, #5 Memang Power!

    Terdapat pelbagai cara mengatasi tekanan perasaan yang boleh anda cuba. Antaranya adalah melakukan seks bersama pasangan. Klik untuk tahu lebih lanjut!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid

    Sudah Lama Tak Sentuh Pasangan? Ini 11 PUNCA UTAMA Buat Anda Hilang Minat Bersetubuh Dengan Si Dia

    Anda tidak tahu mengapa anda tidak lagi minat melakukan hubungan seks bersama pasangan? Ini 11 sebab mengapa keadaan suami isteri romantik itu telah pudar.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz

    Artikel lain untuk anda

    hubungan seks

    Hubungan Intim Bakar Banyak Kalori Suami Isteri, Sebab Tu Asyik Lapar Lepas Bersama: Benarkah?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 01/06/2020
    cara-pakai-kondom-wanita

    Nak Tahu Cara Guna Kondom Wanita? Kena Baca Ini Supaya Tiada Kes TERSEKAT Dalam Faraj

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 01/06/2020
    orgasme-wanita-normal-untuk-tidak-dialami

    Tak Pernah Rasa Klimaks Semasa Bersama Suami? Normal Ke?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 29/05/2020
    klimaks lelaki

    Jom Kita Belajar 4 Fasa Klimaks Lelaki! – Bukan Sekali Sahaja Boleh Ejakulasi?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 29/05/2020