backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan

2

Tanya Doktor
Simpan

Selalu Guna Air Liur Sebagai Pelincir Seks? Hati-Hati Ia Boleh JEJASKAN Sperma Suami!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan · Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 03/05/2023

    Selalu Guna Air Liur Sebagai Pelincir Seks? Hati-Hati Ia Boleh JEJASKAN Sperma Suami!

    Buka sahaja media sosial atau akhbar atas talian, sudah pasti banyak iklan mengenai promosi pelbagai jenis pelincir seks, bukan? Ada minyak lintah, minyak belacak dan macam-macam lagi. Namun, ada segelintir pasangan suami isteri yang lebih gemar cara old fashioned seperti guna air liur sebagai pelincir seks.

    Persoalannya, adakah perbuatan ini normal dan selamat? Jom sama-sama kita ikuti artikel ini untuk tahu dengan lebih lanjut! 

    Adakah guna air liur sebagai pelincir seks itu normal?

    Untuk pengetahuan anda, guna air liur sebagai pelincir semasa melakukan hubungan seks adalah sesuatu yang sangat normal. Kenapa?

    Seperti yang kebanyakan kita sudah tahu, alat kemaluan yang kering yakni zakar atau faraj sudah pasti akan menjejaskan kenikmatan hubungan intim.

    Jika dibiarkan tanpa sebarang inisiatif, ia boleh jadi punca kulit alat kemaluan melecet dan mendatangkan kesakitan.

    Untuk mengelakkan kejadian seperti ini, kebanyakan pasangan akan guna air liur sebagai pelincir seks semula jadi.

    Kebiasaannya, air liur akan digunakan semasa suami isteri melakukan adegan foreplay seperti blowjob, handjob, footjob atau titsjob.

    Jadi, sudah terang lagi bersuluh, perbuatan ini adalah normal dilakukan oleh suami isteri. Pun begitu, adakah ia selamat?

    Ya, ia mungkin normal, tapi adakah ia selamat?

    Hakikatnya, perlakuan ini mungkin tidak begitu selamat seperti mana tanggapan kebanyakan pasangan suami isteri.

    Ini kerana air liur sebenarnya adalah sejenis air yang tidak licin dan cepat kering. Jadi, penggunaannya hanya akan bertahan dan berkesan dalam masa yang sekejap sahaja.

    Dalam pada itu, air liur juga mungkin akan mendatangkan mudarat kepada alat kemaluan anda meskipun ia berasal dari tubuh badan sendiri.

    Risiko guna air liur sebagai pelincir seks

    guna air liur sebagai pelincir

    Adakah anda tahu perbuatan ini sebenarnya boleh mendatangkan risiko terhadap tubuh badan kita? Jika tidak, sila baca penerangan ini:

    #1. Ia akan jejaskan sperma

    Menurut pelbagai kajian, penggunaan air liur sebagai pelincir yang terlalu banyak semasa melakukan hubungan seks mampu menjejaskan kebolehan dan keupayaan sperma untuk berenang memasuki ovari.

    Jadi, ia secara tidak langsung menjejaskan sperma terutamanya bagi lelaki yang sudah sedia mengalami kondisi kekurangan atau kecacatan sperma.

    Oleh itu, jika anda dan pasangan sudah mencuba bertahun-tahun untuk mengandung namun masih belum berjaya, cuba elak melakukan perbuatan ini dan lihat kesannya. 

    #2. Ia boleh jadi punca jangkitan pada alat sulit

    Buat anda yang belum tahu, guna air liur sebagai pelincir boleh jadi punca jangkitan pada alat sulit terutamanya faraj. Ini kerana bakteria yang ada pada air liur dan bakteria yang wujud pada faraj adalah berbeza.

    Di dalam air liur, terdapat enzim pencernaan yang berfungsi menguraikan makanan manakala di faraj pula terdapat mikrobioma. Bakteria pada faraj ini mungkin akan mati sekiranya ia bertembung dengan bakteria pada air liur. 

    Kesannya, ia akan menyebabkan ekosistem pada faraj terganggu lantas mengakibatkan jangkitan pada alat sulit wanita ini!

    #3. Ia berisiko menyebarkan STD

    Apa itu STD? Untuk pengetahuan anda, STD atau sexually transmitted diseases adalah penyakit jangkitan kelamin seperti sifilis, gonorrhea, chlamydia, trichomoniasis dan HPV. Berita buruknya, ia boleh tersebar melalui air liur. 

    Disebabkan itu, perbuatan guna air liur sebagai pelincir seks ini adalah berisiko. Meskipun anda tidak melakukan seks oral, seks penetrasi yang menggunakannya sudah mampu dapat menyebarkan penyakit kelamin ini.

    Jadi, adalah sangat penting untuk anda melakukan pemeriksaan STD terlebih dahulu sebelum anda membuat keputusan untuk berkahwin dengan seseorang itu.

    Untuk lebih selamat, elakkan daripada guna air liur sebagai pelincir ketika bersetubuh dengan pasangan. Sebaliknya, gunakan pelincir yang telah diperakui oleh doktor.

    Air liur bukan pelincir terbaik!

    guna air liur sebagai pelincir

    Dalam erti kata yang lain, air liur bukan sahaja mungkin mengakibatkan beberapa risiko di atas, malahan juga ia tentu sekali bukan pelincir seks yang terbaik!

    Menurut seorang Pakar Seks, Dr Felice Gersh yang juga merupakan Penulis buku PCOS SOS: A Gynecologist’s Lifeline to Naturally Restore Your Rhythms, Hormones, and Happiness, air liur langsung tidak mempunyai kualiti sebagai pelincir seks yang bagus.

    “Ini kerana ia langsung tidak mempunyai konsistensi dalam melincinkan alat kemaluan malah akan menyejat dan mengering dengan cepat. Selain itu, ia juga berisiko merengsakan alat sulit lelaki dan wanita,” jelas beliau lagi.

    Jadi, beliau menyarankan agar pasangan suami isteri menggunakan pelincir seks yang direka khas untuk mencipta sensasi yang licin agar kemasukan zakar akan menjadi lebih lancar dan nyaman tanpa sebarang rasa nyeri.

    Konklusi

    Kesimpulannya, hampir majoriti pasangan suami isteri di dunia ini pernah dan masih lagi menggunakan air liur sebagai pelincir seks. Namun, anda berdua perlu tahu bahawa ia bukanlah satu pilihan yang terbaik!

    Jadi, pertimbangkan untuk menggunakan pelincir seks yang telah diperakui oleh doktor seperti pelincir berasaskan air atau silikon. Namun, jangan pula anda membabi buta membeli produk pelincir kerana terpedaya dengan iklan di internet ya?

    Akhir kata, betulkan yang biasa dan biasakan yang betul.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Joseph Tan

    Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


    Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 03/05/2023

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan