Ada Piza Boba Di Taiwan? Ini Sebab Mengapa Anda Tidak Patut Mengikut Trend Makan Boba Ini!

Oleh Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, kepopularitian boba umpama tidak pernah padam. Bebola kanji yang terbuat daripada tepung ubi tersebut mula diperkenalkan di Taiwan pada tahun 1988, dan terus menjadi kegilaan ramai di seluruh pelusuk dunia.

Jika pada awal kemunculannya, boba hanya didapati dalam secawan air teh bersusu yang dipanggil sebagai teh boba. Kini, anda boleh menjumpai pelbagai hidangan dengan campuran tapioca pearl sebagai bintangnya. Aiskrim boba, kek boba dan yang terbaharu, piza boba yang dilancarkan oleh Domino’s di Taiwan. Persoalannya, disebalik segala populariti yang diraih boba, adakah tapioca pearl ini benar-benar selamat untuk dimakan dan tidak memberikan kesan terhadap kesihatan anda?

Bahaya boba yang mungkin anda perlu ambil tahu

#1. Tinggi kandungan gula

Umum mengetahui bagaimana tapioca pearl dihasilkan. Ia biasanya direbus dan kemudiannya ‘digoreng’ dengan kandungan gula perang sehingga ia menjadi kenyal dan likat. Sebiji tapioca pearl mengandungi kandungan gula setinggi 50 gram. Untuk pengetahuan anda, kandungan gula yang terdapat dalam satu cawan tapioca pearl adalah 3 kali ganda lebih tinggi berbanding satu tin minuman berkarbonat.

#2. Tinggi kalori

Kalori adalah tenaga yang anda peroleh daripada sumber makanan. Setiap kalori yang anda ambil, perlulah dibakar untuk menghasilkan tenaga bagi tubuh. Jika anda mengambil kalori dengan banyak tanpa sebarang atau sedikit pembakaran, disitulah bermulanya kenaikan berat badan anda. 

Untuk pengetahuan anda, setiap biji tapioca pearl yang anda telan mengandungi antara 5 hingga 14 kalori. Ini bermakna, dengan hanya ¼ cawan tapioca pearl yang biasa dimasukkan kedalam gelas milk tea anda, anda telah menambahkan lebih daripada 100 kalori. Ini tidak termasuk kalori yang anda peroleh daripada milk tea itu sendiri. Anggaran kalori bagi setiap cawan boba milk tea adalah antara 300 hingga 400 kalori.

#3. Kurang bernutrisi

Mengapa kami katakan tapioca pearl tidak bernutrisi atau kurang berkhasiat? Kerana sebahagian besar tapioca pearl hanya terdiri daripada kandungan karbohidrat semata-mata. Ia kekurangan kandungan mineral dan vitamin selain tidak mengandungi sebarang serat. 

#4. Sukar untuk dihadam

Tapioca pearl dihasilkan daripada tepung kanji yang diperbuat daripada ubi. Kanji yang kenyal seperti tapioca pearl akan sukar untuk dihadam oleh perut. Ia akan menyebabkan ketidakhadaman terutamanya bagi warga emas yang mempunyai sistem pencernaan yang perlahan. Ia agak sukar untuk dihadam disebabkan sifatnya yang kenyal. 

Pernahkah anda terfikir, apakah faktor yang mencetuskan populariti tapioca pearl atau boba milk tea? Pada pandangan penulis, faktor utama adalah mungkin disebabkan cara persembahan atau pembungkusan setiap cawan milk tea itu sendiri. Ia adalah sesuatu yang ‘Instagram-worthy’ bak kata orang putih. Kelompok sasaran jualan boba milk tea juga adalah terdiri daripada golongan remaja-remaja hipster yang gilakan perhatian dan penampilan. Mungkin dalam 20 tahun akan datang, generasi bubble tea ini tidak lagi mempunyai penampilan yang boleh dibanggakan akibat pemakanan yang tidak dijaga dan tidak terkawal. 

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Rujukan
Anda mungkin berminat dengan artikel berikut