backup og meta

Suka Makan Pakai Tangan? Jangan Pelik, Ini Mungkin Punca Berat Badan Anda Naik!

Suka Makan Pakai Tangan? Jangan Pelik, Ini Mungkin Punca Berat Badan Anda Naik!

Jika anda suka makan pakai sudu dan garpu, anda kehilangan satu nikmat dunia kerana makan pakai tangan dapat memberikan kenikmatan yang tidak terhingga.

Namun menurut satu kajian, ia juga boleh mempengaruhi berat badan individu.

Tidak percaya? Jom baca artikel ini untuk mengetahuinya dengan lebih lanjut.

Makan menggunakan tangan lebih memuaskan

makan pakai tangan

Jika anda menganggap tabiat makan pakai tangan ini tidak mempunyai penjelasan sains di sebaliknya, anda silap. 

Menurut kajian yang dijalankan di Universiti Steven, New York, kesedapan sesuatu makanan bukan sahaja dipengaruhi oleh kawalan diet individu malah cara mereka mengambil makanan tersebut (tangan atau sudu).

Ini bermakna, mereka yang mengamalkan pemakanan sihat dan makan menggunakan tangan boleh menikmati makanan mereka lebih daripada individu lain.

Kajian tersebut mempunyai 3 fasa yang utama.

Fasa pertama melibatkan kajian berkaitan dengan keju Muenster yang diambil oleh 45 subjek.

Mereka diarahkan untuk melihat, memegang dan makan keju tersebut.

Subjek kajian tersebut dibahagikan kepada 2 kumpulan – 1 kumpulan akan makan keju tersebut menggunakan tangan dan 1 lagi akan menggunakan penyepit.

Dapatan menunjukkan bahawa mereka yang mengamalkan gaya pemakanan seimbang lebih menikmati makanan mereka berbanding subjek yang tidak menjaga tabiat pemakanan walaupun kedua-duanya makan pakai tangan.

Perkara ini menunjukkan bahawa, aspek penjagaan makanan penting bagi seseorang individu untuk lebih menikmati makanan yang dimakan.

Makan pakai sudu boleh sebabkan paras gula dalam darah tinggi

kek

Mereka yang makan pakai sudu cenderung untuk makan lebih laju berbanding dengan individu yang makan pakai tangan. 

Perkara ini boleh menyebabkan pengambilan kalori berlebihan dalam kalangan mereka yang makan pakai sudu. Lebihan kalori tersebut boleh bertukar menjadi lemak badan dan menyebabkan kenaikan berat badan.

Dalam jangka masa panjang, mereka yang menggunakan sudu berisiko untuk mendapat penyakit kencing manis.

Ketidakstabilan paras gula dalam darah bagi mereka yang makan laju boleh menyebabkan masalah kerintangan insulin.

Seperti yang pembaca sedia maklum, ini (rintang insulin) adalah antara mekanisme berlakunya masalah kencing manis. 

Dalam situasi tersebut, darah mempunyai jumlah insulin yang cukup, namun, disebabkan oleh reseptor insulin yang berada pada permukaan sel berkurangan, ia menghalang kemasukan gula ke dalam sel

Bagaimana pula dengan individu yang makan guna tangan?

Individu yang makan pakai tangan lebih sedar dengan jumlah pengambilan makanan mereka. Ia melibatkan interaksi di antara sentuhan fizikal dan deria saraf di otak.

Ini bermakna, dengan hanya menyentuh makanan, otak boleh mendapat gambaran berkaitan dengan tahap kesedapan makanan tersebut. 

Oleh sebab itu, mereka yang makan guna tangan cenderung untuk makan dengan lebih perlahan terutamanya jika makanan tersebut sedap.

Tapi kajian kata ia mungkin punca berat badan naik…

makan pakai tangan

Fasa ke 3 kajian yang dijalankan oleh Universiti Steven melibatkan 77 individu.

Setiap subjek diberikan 15 kiub keju.

Semasa mereka mengisi borang kajian, subjek dibenarkan untuk makan sebanyak mana keju yang mereka ingini. 

Dapatan kajian tersebut menunjukkan bahawa individu yang makan menggunakan tangan dan mengamalkan diet yang sihat makan lebih banyak keju (purata 7 keju) berbanding dengan mereka yang menggunakan garpu (purata 4 keju).

Mereka yang tidak mengamalkan diet seimbang juga diuji dan mereka yang makan pakai sudu mengambil lebih banyak keju (purata 6 keju) berbanding dengan mereka yang makan menggunakan tangan (purata 4 keju).

Perkara ini menunjukkan dapatan yang berbeza dengan kajian-kajian yang pernah dijalankan sebelum ini.

Walaupun makan menggunakan tangan boleh membuatkan anda lebih peka dengan rasa makanan, ia juga boleh menyebabkan pengambilan lebihan kalori terutamanya jika makanan itu sedap.

Menurut Profesor Adriana Madzharov, salah seorang daripada pengkaji, sentuhan makanan individu yang mengamalkan gaya pemakanan sihat lebih sensitif berbanding dengan mereka yang tidak mengamalkan diet yang sihat.

makan pakai tangan

Ini bermakna, makanan tersebut lebih sedap dimakan oleh mereka.

Peningkatan pada jumlah pengambilan kalori tersebut boleh menyebabkan masalah kenaikan berat badan

Namun, jika pengamalan diet sihat sebelum ini melibatkan disiplin yang ketat, individu tersebut cenderung untuk mengawal pengambilan jumlah kalori harian. 

Dengan kata lain, sama ada seseorang itu akan makan berlebihan, bergantung kepada disiplin mereka terhadap tabiat pemakanan.

Walau bagaimanapun, kajian lanjutan perlu dilakukan bagi mengetahui kesan makan pakai tangan terhadap kenaikan berat badan. 

Akhir kata, masih belum dapat dibuktikan bahawa makan menggunakan tangan dapat membuat seseorang itu naik berat badan kerana ia lebih kepada makanan yang kita ambil.

Pun begitu, wajarlah untuk kita lebih berwaspada dengan mengamalkan pemakanan seimbang menggunakan prinsip suku-suku-separuh agar tubuh badan lebih sihat.

[embed-health-tool-bmi]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Eating food with your HANDS makes it taste better – but it could also lead to weight gain because it makes you eat more. (https://www.dailymail.co.uk/health/article-7975041/Eating-food-HANDS-makes-taste-better-lead-weight-gain.html). Diakses pada 11 Februari 2020.
  2. Traditional Indian way of eating – an overview (https://www.researchgate.net/publication/323145970_Traditional_Indian_way_of_eating-_an_overview). Accessed June 7, 2022. 
  3. Eating with hands vs forks and knives | The science and benefits. https://www.artofliving.org/in-en/lifestyle/best-way-to-eat-your-food. Accessed June 7, 2022. 
  4. Malaysian Culture: Eating with your hands! https://intl.upm.edu.my/article/malaysian_culture_eating_with_your_hands-44821#:~:text=When%20you%20eat%20with%20your,releases%20digestive%20juices%20and%20enzymes. Accessed June 7, 2022. 
  5. Why you should stop eating with your hands. https://gh.opera.news/gh/en/health/302e3b5c420c86b0c6ffaddebb1f08f2. Accessed June 7, 2022. 
  6. 10 Dangerous Food Safety Mistakes. https://www.cdc.gov/foodsafety/ten-dangerous-mistakes.html. Accessed June 7, 2022. 

Versi Terbaru

09/12/2022

Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli

Disemak secara perubatan oleh Dr. Muhamad Firdaus Rahim

Diperbaharui oleh: Nurul Halifah


Artikel Berkaitan

Adakah Gemuk Bermaksud Sihat?

Tubuh Kuat Bermula Dari Usus Yang Baik! Ini 6 Manfaat Minuman Probiotik, Selain Untuk Usus!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Muhamad Firdaus Rahim

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli · Disemak pada 09/12/2022

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan