backup og meta

Jangan Tak Tahu Tentang Khasiat Petai, Ia Boleh Mencegah Anemia & Menstabilkan Tekanan Darah

Disemak secara perubatan oleh Dr. Muhamad Firdaus Rahim · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 04/07/2022

    Jangan Tak Tahu Tentang Khasiat Petai, Ia Boleh Mencegah Anemia & Menstabilkan Tekanan Darah

    “Busuk dan menggelikan”. Ini adalah tanggapan kebanyakan orang setiap kali berbicara mengenai sejenis buah yang dinamakan petai. Pun begitu, tahukah anda sebenarnya terdapat banyak khasiat makan petai terhadap kesihatan kita?

    Ingin tahu lebih lanjut? Mari kita sama-sama ikuti artikel ini!

    Untuk mendapatkan lebih banyak info berkenaan pemakanan, anda boleh klik di sini.

    Seorang pelakon makan petai untuk elak kemurungan

    Baru-baru ini, seorang pelakon wanita jelita iaitu Sharifah Sakinah telah memberi satu tip kesihatan dari perspektif yang agak unik menerusi laman sosial Instagram rasmi miliknya.

    Adik kepada Sharifah Shahirah ini mengamalkan petua tersendiri untuk mengelakkan masalah kemurungan iaitu dengan memakan petai.

    “Petai mengandungi tryptophan, sejenis protein yang akan bertukar kepada serotonin ketika berada dalam tubuh badan sekali gus menjadikan orang lebih relaks, gembira dan emosi lebih stabil“, jelasnya dengan berpandukan kepada sumber yang diperolehi dari enjin carian Google.

    Sehingga kini, video pelakon utama drama Girlfriend Aku Dari Neraka yang memperkatakan tentang hal ini telah ditonton oleh kira-kira 95 ribu orang.

    Berikut merupakan video terbabit:

    https://www.instagram.com/p/B9bzbZmBfXb/

    Persoalannya, adakah petai memang benar-benar boleh mengelakkan kemurungan?

    Kaitan petai dengan kemurungan

    Menurut sebuah kajian yang dijalankan oleh pusat kebajikan kesihatan MIND terhadap beberapa orang pesakit kemurungan, rata-rata mereka mengatakan akan berasa lebih baik selepas makan buah ini.

    Ini disebabkan oleh kandungan petai mengandungi tryptophan, sejenis protein yang akan bertukar kepada serotonin ketika berada dalam tubuh badan sekali gus menjadikan orang lebih relaks, gembira dan emosi lebih stabil.

    Jadi, ternyatalah bahawa tip kesihatan yang diberikan Sharifah Sakinah ini adalah benar dan bukan hanya plasebo semata-mata.

    Pun begitu, tahukah anda bahawa terdapat banyak lagi khasiat makan petai yang lain?

    Khasiat makan petai terhadap kesihatan individu

    khasiat makan petai

    Hakikatnya, buah yang dinamakan sebagai Parkia speciosa dalam bahasa saintifiknya ini bukan sahaja mampu berfungsi merawat kemurungan.

    Malah terdapat banyak lagi khasiatnya terhadap kesihatan, termasuklah:

    #1. Membantu merawat PMS

    Buat anda yang tertanya-tanya, premenstrual syndrome (PMS) adalah kondisi yang akan menjejaskan fizikal, mental dan kelakuan wanita ketika kitaran menstrualnya.

    Dikatakan dengan memakan buah yang kaya dengan vitamin B6 ini, ia mampu membantu mengawal kandungan gula dalam darah individu sekali gus memberi kesan positif kepada mood anda.

    #2. Membantu mencegah anemia

    Anemia adalah sejenis kondisi yang mengakibatkan kekurangan sel darah merah dalam tubuh badan. Kesannya ia akan membangkitkan simptom-simptom seperti berikut:

    • Lemah dan penat
    • Pening kepala
    • Mual-mual
    • Muntah-muntah
    • Mudah dijangkiti penyakit

    khasiat makan petai

    Sekiranya anda mengalami simptom-simptom seperti ini, mungkin anda boleh cuba makan petai sebagai salah satu langkah alternatif selain daripada ubat?

    #3. Membantu menstabilkan tekanan darah

    Untuk pengetahuan anda, buah ini sangat tinggi dengan kandungan potasium namun rendah garam.

    Ini menjadikan petai adalah makanan yang sangat bagus untuk membantu menstabilkan tekanan darah.

    Kepercayaan ini telah dibuktikan oleh US Food and Drug Administration yang mengesahkan petai memang benar boleh membantu menstabilkan tekanan darah serta mengurangkan risiko strok.

    #4. Khasiat makan petai: membantu meningkatkan kebolehan kognitif

    Menurut kajian yang dilakukan di sebuah sekolah di UK, pelajar yang makan petai pada waktu sarapan dan makan tengah hari, didapati boleh menyelesaikan masalah berkaitan pembelajaran dengan lebih mudah.

    Persoalannya, bagaimanakah buah ini boleh memberi kesan kepada kebolehan kognitif individu?

    Jawapannya adalah pada kandungan potasium yang sangat tinggi.

    Antara kebolehan kognitif yang dikatakan boleh ditingkatkan ini adalah kebolehupayaan untuk memahami serta belajar sesuatu yang baharu.

    #5. Membantu melegakan bekas gigitan nyamuk

    Bukan sahaja buahnya yang bernutrisi malahan kulitnya juga bermanfaat terhadap kesihatan individu!

    Salah satu daripada kebaikan kulit petai adalah ia dikatakan mampu melegakan bekas gigitan nyamuk yang sudah pasti akan menimbulkan rasa gatal dan sakit yang tidak menyenangkan.

    Caranya, hanya ambil kulitnya lalu sapukan ia pada bahagian kulit yang terkena gigitan.

    Namun, sila hentikan perbuatan anda ini sekiranya ia mendatangkan kerengsaan pada kulit.

    #6. Khasiat makan petai: membantu menyelesaikan masalah kegemukan

    Menurut sebuah kajian yang dijalankan oleh Institute of Psychology di Austria, didapati bahawa individu yang stres dengan pekerjaan akan mengambil makanan ringan seperti coklat, keropok dan kerepek lebih banyak.

    Menerusi penelitian yang dibuat terhadap 5,000 orang di sebuah hospital, saintis mendapati bahawa orang yang obesiti adalah terdiri dari golongan pekerja yang banyak menerima tekanan di tempat kerja.

    Jadi, adalah dicadangkan supaya individu yang kerap stres makan makanan tinggi karbohidrat seperti petai setiap 2 jam sekali untuk membantu menyelesaikan masalah kegemukan.

    Petai mungkin berbahaya jika ambil terlalu banyak

    khasiat makan petai

    Ya, memang terdapat banyak khasiat makan petai termasuklah membantu mengelak kemurungan. Pun begitu, sila hati-hati dan jangan ambil terlalu banyak ya?

    Menurut Dr Rafidah Abdullah, petai mengandungi kalium yang terlalu tinggi  dan mungkin boleh memberi kesan kepada degupan jantung yang luar biasa serta berisiko membuat ia terhenti secara tiba-tiba sahaja!

    Kesimpulannya, tiada masalah untuk kita mengambilnya. Cuma, sila lebih berhati-hati dengan kadar pengambilannya bagi mengelakkan kesan negatif kepada tubuh badan anda ya. Kini anda telah tahu khasiat makan petai.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Muhamad Firdaus Rahim

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 04/07/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan