Ini 5 Waktu Sesuai Minum Teh Hijau, Baru BERKESAN!

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 13/04/2020 . 3 mins read

Teh hijau dianggap sebagai teh diet, kerana dikatakan dapat membantu menguruskan badan. Jika anda gemar meminumnya, ketahui waktu sesuai minum teh hijau.

Waktu sesuai minum teh hijau

Teh hijau merupakan minuman yang dapat membantu mengurangkan berat badan dan memberikan manfaat kepada kesihatan badan.  Ia juga dianggap sebagai teh diet.

Teh hijau mengandungi antioksidan, enzim, asid amino dan fitokimia seperti polifenol. Jika anda seorang pengemar minuman teh diet ini, anda harus mengetahui waktu sesuai minum teh hijau bagi mendapatkan sepenuh manfaat yang ditawarkan teh hijau untuk kesihatan anda.

  1. Elakkan meminumnya di awal pagi

Mengambil makanan yang berkhasiat pada awal pagi adalah perkara yang baik memandangkan badan kita bersedia untuk menerima makanan selepas kelaparan ketika tidur.

Tetapi memilih untuk meminum teh hijau pada awal pagi ketika perut kosong boleh menyebabkan kesan buruk kepada hati kerana kandungan tinggi catechin di dalam teh hijau. Catechin – sejenis kompaun polifenol – yang berada dalam teh hijau perlu dikawal.

Kandungan kompaun ini dalam kuantiti yang tinggi boleh mengakibatkan kerosakan hati. Malah mengambil teh hijau ketika perut kosong boleh mengakibatkan dehidrasi.

Waktu sesuai minum teh hijau mengambil minuman ini adalah selepas bersarapan. Seeloknya minum minuman ini pada sekitar pukul 10 hingga 11 pagi.

teh diet

  1. Minum sebelum makan

Anda boleh mengambil minuman yang kaya dengan mineral dan fungsi antioksidan ini sebelum anda mengambil hidangan makanan. Sebagai contoh, waktu sesuai minum teh hijau adalah jam sebelum atau selepas hidangan makanan. Ia untuk memaksimumkan pengambilan nutrien dan penyerapan iron.

Sekiranyaanda menghidapi atau menderita dengan masalah anemia, sebaiknya anda elakkan pengambilan meminum teh diet ini ketika makan.

  1. Sebelum bersenam

Teh diet boleh membantu membakar lebih lemak kerana ia mengandungi kafein. Ia boleh meningkatkan tenaga supaya anda dapat bersenam dengan lebih lama dan dalam masa yang sama membantu mengurangkan berat dan membakar lemak.

Sebaiknya waktu sesuai minum teh hijau ini adalah 30 minit sebelum anda bersenam.

  1. 2 jam sebelum tidur

Teh hijau bukanlah sejenis minuman yang sesuai diminum sebelum tidur. Ini kerana kafein yang terkandung di dalamnya boleh menjejaskan tidur anda.

Ia mengandungi asid amino L-theanine yang akan membuatkan anda lebih sedar dan menjadikan anda lebih fokus. Waktu yang terbaik untuk meminumnya adalah dua jam sebelum waktu tidur kerana pada tempoh ini, metabolisme berada pada tahap rendah dan teh hijau boleh membantu meningkatkannya.

Jika anda mengambil teh hijau untuk mengurangkan berat badan, waktu ini adalah waktu yang terbaik. Meminum teh hijau sebelum tidur dapat membantu membakar lemak ketika anda sedang tidur.

  1. Sepanjang hari

Jika anda ingin membersihkan badan atau mendetoks badan menggunakan teh hijau, anda harus dan perlu meminumnya sedikit demi sedikit sepanjang hari.

Fungsi detoks yang terkandung dalam teh hijau berfungsi secara perlahan dan anda perlu melakukannya secara sedikit demi sedikit untuk memperolehi semua manfaatnya.

Jika anda mengambil minuman ini secara sekali gus, fungsi detoks tidak akan berjaya dan ia hanya akan mengalir keluar dari badan anda sebagai air kencing.

5-waktu-sesuai-minum-teh-hijau

Hanya 2 – 3 cawan

Oleh kerana teh hijau kaya dengan antioksidan dan kompaun semula jadi berasaskan tumbuhan seperti tanin dan flavanoid, sejenis antioksidan yang melindungi penyakit jantung – mengambilnya secara berlebihan boleh mendatangkan masalah kesihatan kepada hati.

Jadi dinasihatkan untuk mengambilnya hanya antara dua ke tiga cawan  sahaja sehari dan pastikan anda tahu waktu sesuai minum teh hijau, okay?

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"
    Rujukan

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Manfaat Teh Hijau Untuk Kesihatan

    Anda pasti pernah minum minuman teh hijau atau pernah makan ais krim berperisa teh hijau. Tetapi adakah anda mengetahui manfaat teh hijau kepada tahap kesihatan? Teh hijau merupakan antara minuman yang sihat. Ia ...

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Gaya Hidup Sihat, Sihat Bergaya, Pemakanan 18/03/2019 . 2 mins read

    Herba yang Biasa Digunakan untuk Rawatan Kanser

    Herba boleh menjadi berkuasa. Sejak dahulu lagi, herba telah digunakan bagi merawat pelbagai jenis keadaan perubatan. Walaupun kajian penyelidikan mengenai keberkesanan herba masih lagi terbatas, terdapat bukti ...

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Farah Aziz
    Gaya Hidup Sihat, Pemakanan 12/03/2019 . 2 mins read

    Kebaikan Teh Hijau Kepada Kesuburan

    Kebaikan teh hijau terkenal dengan kesannya terhadap kesihatan kita termasuk kehilangan lemak, risiko kanser rendah atau anti-penuaan.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Nurul Nazrah
    Kehamilan, Rancang Kehamilan 22/11/2018 . 8 mins read

    Khasiat Teh Hijau: Jenis yang Pelbagai dengan Khasiat yang Pelbagai

    Khasiat teh hijau sememangnya sering diperkatakan samada dalam kalangan generasi yang lebih berusia mahupun generasi muda.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim
    Gaya Hidup Sihat, Pemakanan 04/05/2018 . 9 mins read

    Artikel lain untuk anda

    minuman teh hijau

    Teh Hijau Rendahkan Risiko Strok Dan Sakit Jantung, Kajian

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 28/01/2020 . 4 mins read
    teh

    Minuman Teh Beri Manfaat Kepada Struktur Otak

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 06/01/2020 . 4 mins read

    Bukan Susah Nak Bersihkan Paru-Paru, Cuba Anda Buat 5 Benda Ini – Bagus Untuk PEROKOK!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 10/10/2019 . 2 mins read
    cara untuk kurus

    Lawan Lemak, Melawan Kanser Payudara

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Farah Aziz
    Diterbitkan pada 15/04/2019 . 2 mins read