Makanan dan minuman yang kita ambil seharian boleh menjadi faktor penyebab migrain. Namun, ia adalah tidak sama mengikut individu kerana faktor daya tahan badan yang berbeza.
Disemak secara perubatan oleh Dr. Amy Kor · Dokter Umum · Hello Health Group
Makanan dan minuman yang kita ambil seharian boleh menjadi faktor penyebab migrain. Namun, ia adalah tidak sama mengikut individu kerana faktor daya tahan badan yang berbeza.
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Masalah Neurologikal sila dapatkannya di sini.
Kafein memiliki keburukan dan kebaikan. Tetapi, dengan pengambilan kafein yang terlalu banyak atau tidak mencukupi boleh menyebabkan migrain.
Namun mengikut kajian, kafein sebenarnya boleh membantu menghilangkan migrain. Malah, ia juga boleh melegakan sakit kepala dengan pengambilan secara tidak berlebihan.
Sebab itu, jika anda mempunyai tabiat minum kafein setiap hari, anda mungkin akan mendapat migrain jika tidak mengambilnya.
Makanan lain yang mengandungi kafein seperti:
Walaupun ia sering dianggap sebagai pencetus kepada migrain, namun terdapat beberapa kajian mengatakan bahawa coklat tidak boleh menyebabkan migrain malah mungkin membantu mencegahnya.
Tetapi, memandangkan coklat mengandungi kafein dan beta-phenylethylamine, ia mungkin menyebabkan sakit kepala pada sesetengah individu.
Kebanyakan makanan yang diproses mengandungi pemanis tiruan. Ia digunakan sebagai alternatif gula untuk mereka yang menghidapi diabetes tetapi dalam masa yang sama, ia juga boleh menyebabkan migrain.
Alkohol boleh menyebabkan dehidrasi yang boleh menyumbang kepada sakit kepala bagi sesetengah individu.
MSG atau turut dikenali sebagai umami adalah satu bahan penambah perisa yang dianggap selamat untuk dimakan tetapi terdapat kajian yang menyatakan bahawa ia antara penyebab migrain.
Malah bagi sesetengah individu ia boleh mengakibatkan serangan migrain yang teruk.
Ini termasuk daging yang diproses seperti nugget, sosej dan burger kerana ia mengandungi pengawet makanan yang dipanggil nitrat. Di mana ia berfungsi untuk mengekalkan warna dan rasa serta tinggi dengan tyramine.
Keju ringan seperti mozzarella atau ricotta tidak akan menjadi masalah.
Namun keju lama, yang agak berusia mengandungi paras tyramine tinggi yang terhasil apabila proses pecahan protein berlaku. Antara keju yang mengandungi paras tyramine tinggi seperti feta, parmesan dan keju biru.
Sama seperti keju, makanan jeruk dan ditapai boleh mengandungi jumlah tyramine yang tinggi. Antaranya seperti timun jeruk dan kimchi.
Mengambil makanan beku dan minuman sejuk seperti ais krim atau slushies boleh menjadi penyebab migrain dan mencetuskan sakit kepala yang teruk.
Ada kemungkinan ia pencetus kepada migrain jika anda makan makanan sejuk dengan cepat dan ketika suhu badan masih tinggi selepas bersenam.
Makanan masin seperti yang diproses mungkin mengandungi bahan pengawet berbahaya dan boleh menyebabkan migrain kepada sesetengah individu.
Apatah lagi, pengambilan paras natrium yang tinggi boleh meningkatkan tekanan darah.
Justeru, anda dinasihatkan untuk memilih dan mengambil makanan yang sihat, segar dan tidak diproses. Ia sekali gus dapat membantu menyingkirkan bahan kimia yang mungkin menjadi pencetus kepada migrain.
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen