Jangan Makan 10 Makanan Ini Semasa Sarapan Pagi Kalau Tak Nak Perut Meragam!

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Update Date April 9, 2020

Apakah yang biasa menjadi menu sarapan pagi anda pada setiap hari sebagai hidangan sarapan?

Mungkin nasi goreng masakan isteri atau ibu anda? Atau sarapan ala-ala mat saleh seperti pankek dengan sirap mapel?

Kedengaran enak bukan? Tetapi adakah anda tahu, bukan semua jenis makanan sesuai diambil ketika perut kosong.

Ingin tahu apakah jenis-jenis makanan tersebut? Ikuti artikel kami di bawah ini.

#1. Makanan pedas

makanan-pedas

Makan makanan yang pedas seperti cili ketika perut kosong boleh meradangkan lapisan perut yang boleh menyebabkan reaksi berasid dan kekejangan.

Makanan seperti cili juga boleh menyebabkan ketidakhadaman dalam perut

#2. Makanan dan minuman bergula

makanan-minuman-bergula

Makanan atau minuman bergula tidak digalakkan untuk diambil pada waktu perut kosong terutamanya sebagai menu sarapan pagi.

Ini kerana gula akan meningkatkan beban tambahan pada pankreas yang baru sahaja aktif selepas berehat semasa anda tidur.

Semasa perut kosong, gula akan memberikan beban pada hati anda dan ia bertambah buruk jika anda mengambil gula yang diproses.

Oleh itu, cuba elakkan pengambilan jus buah-buahan atau pemanis mulut pada waktu pagi.

#3. Minuman bergas

minuman-bergas

Minuman bergas tidak elok diambil ketika perut kosong atau sebagai menu sarapan pagi disebabkan oleh reaksi antara campuran asid karbonat dengan asid perut.

Tindak balas antara keduanya akan menyebabkan beberapa masalah kesihatan seperti loya dan perut kembung. 

#4. Minuman sejuk

sarapan pagi

Meminum minuman sejuk ketika perut anda kosong akan merosakkan membran mukus dan menyebabkan sistem pencernaan anda bertindak agak lambat.

Oleh itu, cuba elakkan meminum minuman sejuk sebagai menu sarapan pagi anda.

#5. Buah-buahan sitrus

buah-buahan-sitrus-limau

Memakan buah-buahan sitrus seperti limau dan lemon sebagai menu sarapan pagi hanya akan meningkatkan pengeluaran asid perut.

Selain itu, kandungan serat dan fruktosa daripada jenis buah-buahan ini juga akan memperlahankan sistem pencernaan anda. 

#6. Sayuran mentah

sayuran-mental

Sayuran mentah atau salad tidak begitu elok dimakan semasa perut kosong sebagai menu sarapan pagi. Anda tahu mengapa?

Ini kerana sayuran mentah mengandungi banyak serat kasar yang memberikan beban tambahan pada perut kosong. Ia juga akan mengakibatkan kembung perut dan sakit badan.

#7. Kopi

menu sarapan pagi

Ini adalah tabiat yang biasa dilakukan oleh ramai individu. Meminum kopi ketika perut kosong boleh menyebabkan keasidan pada perut.

Ia merangsang pengeluaran asid hidroklorik dalam sistem pencernaan yang boleh menyebabkan gastritis bagi sesetengah individu.

#8. Tomato

menu sarapan pagi

Buah tomato kaya dengan vitamin dan rendah kalori. Walau bagaimanapun, memakannya ketika perut kosong boleh menyebabkan sakit perut.

Antara sebabnya, tomato mengandungi astringen larut yang boleh menyebabkan reaksi dengan asid gastrik.

#9. Bijirin

menu sarapan pagi

Pada kebiasannya, bijirin mengandungi kandungan gula yang tinggi selain karbohidrat halus yang tidak elok untuk anda.

Bijirin akan meningkatkan tahap gula darah dan akan menyebabkan anda teringinkan snek bergula lain apabila tahap gula darah anda jatuh menjunam.

#10. Buah pir

menu sarapan pagi

Seperti mana tomato, buah pir juga adalah sejenis buah yang kaya vitamin dan kalium. Walau bagaimanapun, cuba elakkan daripada mengambil buah ini sebagai menu sarapan pagi.

Ini kerana buah pir mengandungi serat mentah yang boleh merosakkan membran mukus perut yang halus.

Kesimpulan

Sekarang anda telah tahu apakah jenis makanan yang tidak boleh diambil ketika perut masih kosong sebagai menu sarapan pagi.

Sekiranya anda ingin makan nasi goreng sebagai menu sarapan pagi, elakkan daripada memasukkan cili kedalam hidangan nasi goreng tersebut.

Nasi goreng yang enak belum tentu disebabkan oleh bahan tertentu seperti cili, tetapi disebabkan oleh kaedah memasak dan resepi daripada individu tertentu seperti ibu dan isteri anda.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"
    Rujukan

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Minuman Teh Beri Manfaat Kepada Struktur Otak

    Mereka yang suka minum teh cenderung untuk mempunyai tahap kesihatan otak yang baik. Baca artikel ini untuk tahu dengan lebih lanjut.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Gaya Hidup Sihat, Pemakanan Januari 6, 2020

    Ambil Sarapan Boleh Tingkatkan Pencapaian Anak

    Kajian menunjukkan pelajar sekolah yang mengambil sarapan pagi mempunyai keputusan yang lebih cemerlang berbanding mereka yang tidak mengambil sarapan.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli

    Bukan Sekadar Dijadikan Minuman, Kopi Juga Boleh Dijadikan Skrub

    Kopi boleh dikatakan sebagai satu minuman pilihan kebanyakan individu pada waktu pagi. Tetapi adakah ia setakat dijadikan sebagai satu minuman sahaja?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Gaya Hidup Sihat, Sihat Bergaya November 25, 2019

    Anda Tahu Berapa Banyak Susu Perlu Diminum Dalam Sehari?

    Pernahkah anda tertanya-tanya, berapa kalikah anda perlu minum susu dalam sehari untuk mencukupkan pengambilan kalsium harian?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Gaya Hidup Sihat, Pemakanan Oktober 24, 2019

    Artikel lain untuk anda

    Anda Penggemar Kopi Segera? Baca Ini Dulu Sebelum Sediakan Minuman Berbuka Nanti!

    Anda Penggemar Kopi Segera? Baca Ini Dulu Sebelum Sediakan Minuman Berbuka Nanti!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada April 24, 2020
    Suka Makan Pedas Sewaktu Berbuka? Ini RISIKO Yang Akan Jadi Pada Tubuh Anda

    Suka Makan Pedas Sewaktu Berbuka? Ini RISIKO Yang Akan Jadi Pada Tubuh Anda

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada April 23, 2020
    Keliru Nak Sarapan Apa? Jom Try Menu Sarapan Pagi Yang Sihat Dan Sedap Ini

    Keliru Nak Sarapan Apa? Jom Try Menu Sarapan Pagi Yang Sihat Dan Sedap Ini

    Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada Januari 15, 2020
    Anda Tahu, Mengapa Sarapan Pagi Adalah Makanan Yang Paling Penting Setiap Hari?

    Anda Tahu, Mengapa Sarapan Pagi Adalah Makanan Yang Paling Penting Setiap Hari?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada Januari 6, 2020