Memahami Piramid Makanan

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 05/12/2019
Share now

Piramid makanan merupakan satu panduan pemakanan umum bagi orang ramai. Ia menggariskan jenis dan jumlah makanan yang harus diambil secara harian.

Idea piramid makanan ini telah bermula sejak lewat tahun 70-an dan mula popular pada awal tahun 90-an. Ia dikeluarkan oleh US Department of Agriculture (USDA). Dari semasa ke semasa, ia mengalami beberapa perubahan tetapi secara umumnya, tiada perubahan besar yang berlaku pada piramid makanan ini.

Mengapa anda memerlukan piramid makanan?

Pemakanan adalah aspek yang sangat penting dalam penjagaan kesihatan. Piramid makanan memberikan panduan umum tentang pemakanan seimbang yang merangkumi kombinasi pelbagai jenis makanan untuk memberikan zat serta nutrisi yang cukup kepada badan.

Disebabkan tiada satu pun jenis makanan yang membekalkan semua jenis zat, gabungan makanan yang betul diperlukan.

Malaysia syurga makanan

Negara ini memang terkenal dengan pelbagai jenis makanan yang enak dan lazat. Ramai pelancong daripada dalam dan luar negara yang menyifatkan Malaysia sebagai syurga makanan.

Dengan kepelbagaian kaum dan budaya, tidak hairanlah kepelbagaian tersebut tercermin pada jenis makanan di Malaysia.

Namun, di sebalik itu, pengambilan makanan secara berlebihan dan tidak seimbang boleh mendatangkan banyak masalah kesihatan. Seperti kata Hippocrates, “Semua penyakit bermula daripada usus.”

Piramid Makanan Malaysia

Pada tahun 2010, Kementerian Kesihatan Malaysia telah mengeluarkan Piramid Makanan Malaysia sebagai rujukan rakyat di negara ini.

Secara amnya piramid ini terdiri daripada 5 kumpulan makanan yang diletakkan pada 4 aras. Ia menetapkan jenis serta jumlah makanan yang harus diambil. Bentuk piramid yang besar di bawah dan kecil di atas menunjukkan jumlah makanan di aras bawah yang perlu diambil lebih berbanding makanan di aras atas.

Piramid Makanan Malaysia

Aras 4 (puncak)

Lemak, minyak, gula dan garam.

Makanan di aras ini perlu diambil dalam kuantiti yang sedikit sahaja. Pengambilan berlebihan boleh meningkatkan risiko penyakit seperti sakit jantung, obesiti dan kencing manis.

Aras 3

1. Ikan, ayam, daging dan kekacang.

Ini adalah sumber protein yang penting untuk badan. Lebihkan pengambilan ikan. Pilih daging dan ayam yang kurang kolesterol seperti membuang kulit ayam.

Jumlah sajian yang disyorkan:

  • ½ – 2 sajian ayam, daging dan telur sehari.
  • 1 sajian ikan sehari.
  • ½ – 1 sajian kacang sehari.

Contoh satu sajian ayam, daging dan telur:

  • 1 ekor ikan kembung saiz sederhana.
  • 2 ketul daging tanpa lemak.
  • 1 ketul peha ayam.
  • ⅔ sudu makan ikan bilis tanpa kepala.
  • 2 biji telur.
  • 2 keping tempeh.

2. Susu dan produk tenusu.

Makanan ini merupakan sumber protein, kalsium dan pelbagai jenis vitamin penting termasuk vitamin A dan B12.

1-3 sajian sehari susu dan produk tenusu adalah disyorkan sehari.

Contoh satu sajian:

  • 1 gelas susu (250 ml).
  • 1 keping keju.
  • 1 cawan yogurt.
  • 4 sudu makan susu tepung.

Aras 2

Sayuran-sayuran dan buah-buahan.

Membekalkan serat, vitamin, mineral dan fitokimia yang membantu menguatkan ketahanan (imuniti) badan. Ia juga boleh mencegah penyakit kronik serta termasuk dalam makanan anti-kanser. Utamakan buah-buahan yang segar.

Jumlah sajian yang disyorkan:

  • Sayur-sayuran – 3 sajian sehari.
  • Buah-buahan – 2 sajian sehari.

Contoh satu sajian sayur-sayuran:

  • ½ cawan sayur berdaun hijau dimasak.
  • ½ cawan sayuran buah atau berakar dimasak.
  • 1 cawan ulam mentah.

Contoh satu sajian buah-buahan:

  • 1 biji sederhana epal / pear / lai / mangga.
  • 1 potong betik, nenas atau tembikai.
  • 2 biji pisang emas / 1 biji pisang berangan.
  • 8 biji kecil anggur.

Aras 1 (dasar piramid)

Nasi, mee, roti dan sumber biji-bijirin dan ubi-ubian.

Sumber utama karbohidrat yang membantu membekalkan tenaga, iaitu sebanyak 50-55% daripada jumlah tenaga harian. Ia juga membekalkan serat, vitamin dan mineral.

4-8 sajian sehari adalah diysorkan.

Contoh satu sajian:

  • 1 cawan (2 senduk) nasi sederhana.
  • 1 cawan mee kuning.
  • 1 ½ cawan bihun atau laksa.
  • 1 cawan bijirin sarapan.
  • 6 keping biskut krim kraker.
  • 2 keping roti.
  • 2 cawan bubur nasi kosong.
  • 2 biji ubi kentang sederhana.

Jumlah keperluan kalori harian

Selain daripada jumlah dan jenis makanan, jumlah kalori harian juga perlu diambil kira dalam merancang pemakanan. Setiap orang mempunyai keperluan kalori yang berbeza mengikut jantina dan gaya hidup.

Bilangan sajian makanan mengikut keperluan kalori harian. Jadual ihsan daripada portal MyHEALTH

Makanan adalah komponen utama dalam kehidupan manusia. Di Malaysia khususnya, setiap pertemuan dan mesyuarat mesti disertai dengan jamuan makan. Oleh itu, kawalan dan perhatian haruskan diberikan agar anda dapat menikmati makanan dalam keadaan yang sihat.

Makan untuk hidup, bukannya hidup untuk makan!

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    Rujukan

    Jamilah Ahmad, Surainee Wahab, Azlinda Hamid, Munawara Pardi (7 September 2012). Piramid Makanan Malaysia. Dimuat turun daripada http://www.myhealth.gov.my/piramid-makanan-malaysia/.

    Adam Dachis (10 November 2010). Understanding The Food Group Pyramid and How To Use It For Better Eating. Dimuat turun daripada https://lifehacker.com/5660495/[object%20Object].

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Apa Yang Terjadi Bila Doktor Cakap Masih Hidup Tapi Mati Otak? Ia Bukan Koma, Tahu!

    Jangan terkeliru dengan mati otak dan koma, kedua-duanya berbeza. Namun, persamaannya ialah pesakit berada dalam keadaan tidak sedarkan diri!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nurul Nazrah

    Jika Tidak Dirawat, Katarak Boleh Menyebabkan Buta! Buat 6 Langkah Ini Untuk Elak

    Penyakit katarak pada mata adalah berbahaya dan boleh menyebabkan buta jika tidak dirawat. Jadi, sila buat 6 langkah ini untuk elak ia berlaku!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid

    Hormon Testosteron Rendah Punca Sperma Kurang? Ini Rawatan Kaum Adam Boleh Cuba!

    Ramai yang percaya bahawa hormon testosteron rendah adalah punca sperma kurang dan ketidaksuburan. Adakah ia benar? Klik untuk tahu jawapannya!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid

    Bersedia Pejuang Kanser, Ini 5 Kesan Selepas Rawatan Kanser Yang Perlu Diketahui, Anda Kuat!

    Kita tahu tentang rawatan barah, tapi jarang untuk kita bercakap mengenai kesan kesihatan selepas rawatan. Jom kita ambil tahu mengenainya...

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa