backup og meta

Kemaluan Berbau Hanyir, Walaupun Sebelum Haid? Ini Mungkin Puncanya Anda WAJIB Tahu

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan · Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli · Disemak pada 11/02/2023

    Kemaluan Berbau Hanyir, Walaupun Sebelum Haid? Ini Mungkin Puncanya Anda WAJIB Tahu

    Jika pasangan anda mempunyai kemaluan berbau hanyir, itu bermakna mereka telah dijangkiti bakteria. Ikuti artikel ini untuk mengetahui dengan lebih lanjut.

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Wanita, sila dapatkannya di sini.

    Vaginosis bakterialis dan populasi mikrobiota sebabkan kemaluan berbau hanyir

    Dalam mengekalkan persekitaran mikro yang sihat, vagina dipenuhi oleh mikrobiota khususnya bakteria daripada spesis Lactobacillus.

    Populasi bakteria ini bertanggungjawab untuk mengeluarkan asid laktik bagi mengekalkan persekitaran mikro yang baik menerusi pengekalan pH berasid.

    Namun, jika bakteria daripada spesis Gardnerella dan spesis bakteria anaerobic (bakteria yang tidak memerlukan oksigen untuk hidup) yang lain berjaya mewujudkan koloni pada permukaan vagina, ia akan mengganggu keseimbangan komposisi kimia.

    Perkara ini seterusnya boleh menyebabkan berlakunya masalah jangkitan yang dipanggil sebagai vaginosis bakterialis (BV).  

    BV adalah satu penyakit yang kerap berlaku kepada wanita. Menurut pakar, 1 daripada 3 wanita akan menghadapi masalah berkaitan dengan BV.

    Rawatan menggunakan antibiotik boleh menyebabkan penyakit ini bertambah teruk.

    Ini kerana, selain daripada membunuh bakteria yang berkait rapat dengan masalah BV, antibiotik juga bertindak ke atas perkembangan populasi mikrobiota pada permukaan vagina.

    kemaluan berbau hanyir

    Perkara ini akan memudahkan populasi bakteria jahat untuk bertindak dan mewujudkan koloni bakteria perintang antibiotik (antibiotic resistant). 

    BV adalah merupakan satu penyakit yang serius. Ia boleh menyebabkan pesakit menghadapi masalah berkaitan dengan perhubungan sosial dan dapat memberikan kesan negatif terhadap keyakinan diri.

    Bayangkan anda mengeluarkan lendiran keputihan berbau hanyir (seperti bau ikan) daripada vagina anda sebelum melakukan hubungan seks.

    Mereka yang mempunyai masalah ini kebiasaannya tidak menunjukkan sebarang simptom maka buat sesetengah individu, masalah BV ini sukar untuk dikesan lebih awal.

    kemaluan berbau hanyir

    Gunakan cecair vagina wanita lain bantu atasi kemaluan berbau hanyir?

    Penggunaan cecair vagina wanita yang sihat bukanlah kaedah yang sering diguna pakai dalam merawat penyakit BV tetapi ia merupakan kaedah yang telah terbukti berkesan melalui kajian oleh Pusat Perubatan Universiti Hadassah-Hebrew baru-baru ini.

    Walau bagaimanapun, saya ingin tekankan di sini bahawa kajian ini perlu diuji dengan menggunakan jumlah sampel (subjek kajian) yang lebih besar bagi memastikan keberkesanan kaedah rawatan buat majoriti populasi wanita yang menghidap BV.

    Kajian ini melibatkan 5 orang wanita yang berusia di antara 27 ke 47 tahun. BV telah memberikan impak negatif terhadap kehidupan mereka dalam aspek hubungan sosial dan tahap keyakinan diri maka penting bagi mereka untuk mendapatkan rawatan definitif. 

    3 orang wanita penderma cecair vagina yang tidak pernah mengalami masalah kemaluan berbau hanyir dalam tempoh 5 tahun sebelum kajian ini bermula juga telah direkrut.

    Cecair vagina penderma kemudiannya diletakkan di atas permukaan serviks pesakit tersebut melalui prosedur yang mengambil masa kurang daripada satu jam.

    kemaluan berbau hanyir

    Mereka perlu menghadiri temu janji bersama dengan pengkaji setiap minggu. 

    Jadi bagaimanakah caranya pengkaji menentukan sama ada kaedah rawatan ini berjaya atau tidak? Berikut merupakan kriteria bagi rawatan yang berjaya:

    • Populasi mikroorganisma majoriti adalah mikrobiota Lactobacillus
    • Simptom BV hilang selepas rawatan
    • Sistem pemarkahan Amsel yang rendah. Terdapat 4 kriteria dalam menentukan nilai pemarkahan Amsel iaitu pengeluaran cecair kelabu, nilai pH vagina melebihi 4.5, bau hanyir selepas penambahan bahan kimia hydroxide dan wujudnya clue cell apabila tisu vagina diperiksa di bawah mikroskop. Jika 3 daripada 4 kriteria adalah positif, maka pesakit mempunyai jangkitan BV

    Dalam kalangan 5 wanita tersebut, 4 berjaya mencapai kesembuhan total dalam tempoh jangka masa panjang manakala 1 wanita lagi hanya mencapai separa kesembuhan.

    Setakat ini, tiada kesan sampingan akibat daripada rawatan tersebut.

    Baca juga:

    Konklusi

    Walaupun ia bukan merupakan rawatan yang biasa diberikan buat pesakit yang alami masalah kemaluan berbau hanyir, kaedah ini dapat merawat mereka yang tidak mencapai kesembuhan melalui rawatan antibiotik.

    Kajian ini akan diteruskan oleh Universiti John Hopkins bagi menguji tahap keberkesanan rawatan terhadap jumlah subjek yang lebih besar.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Joseph Tan

    Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli · Disemak pada 11/02/2023

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan