Tuala wanita, seluar dalam haid, menstrual cup dan pakai tampon masa period adalah antara pilihan yang boleh digunakan pada alat kelamin wanita.
Cara penggunaannya juga berbeza mengikut jenis.
Tampon dan menstrual cup dimasukkan ke dalam faraj, tuala wanita dipakaikan pada panties, dan seluar dalam haid baik untuk mereka yang sering mengalami pendarahan banyak.
Tetapi bagaimana jika tampon tersangkut? Teruskan membaca untuk mengetahui cara mengatasinya.
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Wanita, sila dapatkannya di sini.
Pakai tampon masa period
Tampon dimasukkan ke dalam faraj untuk menyerap aliran haid ketika seseorang individu wanita berada dalam tempoh menstrual.
Ianya berbentuk silinder dan dibuat daripada kapas, rayon, atau merupakan campuran kedua-duanya.
Tampon direka untuk dimasukkan menggunakan aplikator plastik, kadbod atau dimasukkan secara langsung, tanpa menggunakan sebarang bantuan oleh aplikator.
Cara untuk memcabutnya pula cukup mudah, dengan hanya menarik keluar tali tampon daripada saluran faraj.
Bagaimana jika tampon anda tersangkut di dalam faraj?
Pakar mengatakan seseorang individu cenderung untuk terlupa bahawa mereka sedang pakai tampon masa period lalu memasukkan tampon yang baharu ke dalam alat kelamin mereka.
Namun begitu, jangan risau!
Ini kerana tampon tidak akan pergi jauh ke dalam kerana saiz faraj hanyalah sekitar 3 hingga ke 4 inci dan bukaan serviks anda adalah terlalu kecil bagi tampon melaluinya.
[embed-health-tool-ovulation]
Apabila sesuatu benda tersekat di dalam faraj pasti menjadi perkara yang membimbangkan, tetapi ia tidaklah begitu berbahaya.
Ini bermaksud bahawa tampon anda tidak akan hilang di kawasan lain pada badan anda, walaupun anda tidak lagi dapat merasakan tali itu.
Tetapi ada kemungkinan tampon berkenaan bergerak cukup jauh di dalam faraj anda.
Apabila ini berlaku, anda mungkin tidak akan dapat merasakan keberadaan tampon haid tersebut.
Tampon kemudian boleh membelok ke dalam faraj dan menjadi mampat di bahagian atas vagina, berhampiran serviks.
Tali yang biasanya berada di luar badan sukar untuk ditarik, sehingga menyulitkan anda untuk mengeluarkan tampon.
Pakai tampon masa period: Tanda tersangkut dalam faraj
- Keputihan berwarna kekuningan, kehijauan, coklat, merah jambu, atau kelabu
- Faraj mempunyai bau busuk
- Faraj terasa gatal
- Pembengkakan faraj
- Ruam pada faraj
- Kemerahan kulit di kawasan alat kelamin wanita
- Demam
- Ketidakselesaan atau kesakitan ketika membuang air kecil
- Sakit pada bahagian perut atau pelvis
Sekiranya gejala-gejala ini berlaku kepada anda ketika sedang memakai tampon, tindakan segera harus diambil bagi mengeluarkan tampon yang tersangkut.
Ini kerana membiarkan tampon terlalu lama melebihi 8 jam di dalam badan akan mengakibatkan sindrom kejutan toksik (toxic shock syndrome).
Baca juga: