Tip merapatkan miss V atau faraj itu sangat penting untuk wanita selepas mereka telah selamat melahirkan anak.
Sebenarnya, vagina anda sebenarnya akan rapat kembali sewaktu masa pemulihan selepas melahirkan walaupun tidak seperti dahulu.
Anda cuma perlu menambah sedikit usaha untuk mendapatkan kesan yang lebih baik. Ingin tahu cara merapatkan miss V anda seperti dulu? Terus baca artikel!
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Wanita, sila dapatkannya di sini.
Tip merapatkan miss V wanita mesti cuba!
#1. Senaman kegel
Senaman kegel ini merupakan salah satu daripada tip merapatkan miss V paling utama.
Senaman kegel juga akan membuatkan otot-otot pelvik menjadi lebih kuat.
Senaman ini boleh dilakukan di rumah atau di mana sahaja tanpa memerlukan sebarang alat bantuan.
Terdapat juga bantuan atau alat mainan seks yang boleh membantu senaman kegel seperti vaginal cone atau jiggle balls.
Namun, senaman kegel secara sendiri lebih berkesan melainkan anda disarankan oleh doktor untuk menggunakan vaginal cone untuk masalah inkotinens urinari atau ketidakupayaan mengawal kencing.
Vaginal cone berbeza ukuran dan jenisnya, serta memiliki tekstur gel silikon dan berbentuk kon.
Alat ini dimasukkan ke dalam vagina dan ditahan sekitar beberapa saat.
Lakukan gerakan ini dalam jangka waktu selama 15 minit selama 2 hari sekali.
Tip merapatkan miss V #2. Diet sihat
Makanan yang tidak sihat tidak dapat memberikan zat fitoestrogen (zat pembentuk hormon seks utama wanita) yang cukup daripada makanan yang kita makan.
Sebaliknya, pengambilan makanan sihat akan memberikan kesan positif terhadap kesihatan vagina anda.
Amalan pemakanan sihat, digabungkan dengan aktiviti kecergasan yang fokus kepada gerakan otot tubuh bahagian bawah akan membantu mengetat vagina secara semula jadi.
Dengan demikian, kadar elastik vagina akan terjaga dan anda akan dapat mengembalikan ketegangan vagina anda yang kendur setelah melahirkan.
#3. Senaman squats
Gerakan dan latihan squats boleh menjadi senaman yang baik untuk kembali merapatkan vagina yang kendur.
Caranya mudah, dengan berdiri dan pastikan kaki anda sedikit keluar sejajar dengan tulang pinggul anda.
Kedudukan tangan bebas sama ada sambil menggenggam kedua tangan atau anda tempatkan di pinggang.
Lalu gerakkan pinggul anda seolah-olah anda sedang ingin duduk, tetapi tahan jangan sampai menyentuh lantai.
Setelah sampai separuh tubuh, angkat badan anda ke atas lagi, dan lakukan kedudukan ingin duduk tadi berulang kali.
Ramai orang memiliki pandangan salah tentang squats, dengan menganggap squats boleh mencederakan lutut.
Sedangkan senaman squats malah akan meningkatkan kekuatan lutut dan yang paling penting adalah otot-otot vagina anda kembali tegang dan rapat.
#4. Senaman yoga
Jika anda melakukan senaman yoga secara teratur, anda akan mendapatkan manfaat besar untuk seluruh tubuh.
Termasuk dengan latihan yang berkait dengan kontraksi otot pinggul, yang boleh jadi cara merapatkan miss V anda secara tidak langsung.
Selain itu, hampir semua gerakan yoga akan membantu otot-otot pinggul menjadi lebih kuat sekali gus menjadi salah satu petua merapatkan faraj yang berkesan selepas bersalin!
[embed-health-tool-ovulation]