Faraj Kering Punca Seks Menyakitkan Bagi Segelintir Wanita, Kajian

Oleh Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan

“Doktor, kenapa faraj saya selalu sakit setiap kali bersama suami ya”?, tanya Suraya kepada doktor ketika mengunjungi klinik pakar sakit puan untuk mengadu masalahnya. Jika anda juga mengalami masalah sama seperti Suraya, jom ikuti artikel ini!

Kajian terbaharu di UK

Menurut tinjauan yang dijalankan oleh Durex terhadap 1200 wanita di UK, 73% daripada jumlah ini mengatakan bahawa seks adalah menyakitkan. Satu pertiga wanita juga menyatakan kesakitan ini akan menjejaskan libido mereka sementara 1 daripada 10 wanita menegaskan ia akan menjejaskan hubungan mereka bersama pasangan.

Tinjauan itu turut menjelaskan puncanya adalah disebabkan oleh faraj yang kering semasa melakukan hubungan intim. Untuk pengetahuan anda, kira-kira 20 hingga 40% wanita yang berusia lingkungan 17 hingga 50 tahun akan mengalami masalah ini. Statistik ini menunjukkan bahawa bukan wanita lanjut usia sahaja yang akan mengalaminya. Mengejutkan, bukan? 

Apa punca faraj kering?

Faraj kering adalah punca kepada masalah ini. Ia mungkin disebabkan oleh kegelisahan, kurang rangsangan sebelum melakukan seks, pernah mengalami seks yang menyakitkan pada masa dulu atau trauma lampau seperti gangguan atau serangan seksual. Kesemua ini boleh menjadi punca miss V kering tanpa mengira usia anda.

Selain itu, ia juga mungkin disebabkan oleh kondisi Vaginismus. Kondisi ini boleh dikesan ketika wanita melakukan 3 perkara berikut:

  • Wanita melakukan penetrasi bersama pasangan
  • Wanita memasukkan tampon ke dalam miss V
  • Wanita disentuh pada kawasan sekitar miss V 

Apa itu Vaginismus dan punca ia berlaku? Bagi yang belum tahu, Ia adalah kondisi faraj menjadi ketat pada bahagian luar miss V yang membuat penetrasi sukar atau tidak boleh dilakukan. Ini kerana otot yang menyokong faraj, pundi kencing dan rektum tidak relaks.

Selain itu, ia juga mungkin disebabkan oleh jangkitan yis, cystitis, endometriosis, fibroid atau STI (sexually transmitted infection). Kesemua ini adalah punca iritasi pada miss V. Ia sekali gus akan menyebabkan faraj kering dan hubungan seks yang menyakitkan.

Ia juga dikaitkan dengan faktor emosi. Untuk mengetahuinya, anda perlu lakukan diagnosis. Doktor akan meminta anda untuk melakukan ujian fizikal dan bertanya sejarah kesihatan dan kehidupan seksual anda. 

Apa wanita perlu lakukan?

Berita baiknya, ia boleh diatasi. Berikut merupakan caranya:

  • Gunakan minyak pelincir sebelum penetrasi
  • Gandakan masa anda semasa adegan ‘ringan-ringan’
  • Jangan memaksa, biarkan proses berlaku dengan tenang
  • Kawal pernafasan anda dan fokus
  • Ambil oestrogen jika anda sudah atau hampir menopaus
  • Berjumpa doktor untuk mendapatkan rawatan

Konklusi

Kesimpulannya, kondisi faraj kering ini mungkin tidak dapat dielakkan bagi sesetengah wanita. Akan tetapi, banyak teknik atau metode yang boleh anda lakukan untuk mengatasi keadaan ini. Jadi jika anda mengalami masalah yang sama seperti Suraya, jangan risau ya? Sebaiknya, dapatkan rawatan di klinik pakar sakit puan yang berdekatan.

Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.

Rujukan
Anda mungkin berminat dengan artikel berikut