Hati-Hati Gaya Seks Bebas, Ini 5 Perkara Tentang Penyakit Kelamin Yang Anda WAJIB Tahu!

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 14/01/2021 . 3 minit bacaan
Share now

Pernahkah anda mendengar mengenai penyakit kelamin atau STD? Jika anda seorang individu yang mengamalkan seks bebas, ada 5 perkara tentang jangkitan STD ini yang perlu anda tahu.

Jangkitan STD

Penyakit kelamin atau STD merupakan antara jangkitan yang mungkin tidak mempunyai sebarang simptom atau tanda yang boleh diperhatikan sebagai amaran.

Jika anda aktif secara seksual, anda perlu mendapatkan maklumat tentang penyakit kelamin dan mengetahui cara terbaik yang dapat melindungi anda daripada jangkitan.

Mungkin beberapa fakta mengenai penyakit kelamin ini harus anda ketahui.

5 perkara mengenai penyakit kelamin

Mitos 1: Wujud simptom pada pasangan anda

Antara isu utama mengenai penyakit kelamin, kebanyakan jangkitan STD ini tidak mempunyai sebarang simptom atau hanya simptom ringan, terutamanya kepada individu wanita.

Sesetengah simptom STD boleh pergi dan kembali selepas beberapa tempoh.

Jangkitan kelamin ini boleh menjejaskan fungsi badan anda, dan ia boleh tersebar kepada pasangan anda, walaupun anda tidak mempunyai sebarang simptom.

Mitos 2: STD boleh menjangkiti dari sebarang objek yang digunakan pesakit

STD hanya merebak melalui faraj, dubur, atau seks oral. Sesetengah jangkitan ini mungkin tersebar kepada bayi ketika proses kehamilan, kelahiran atau menyusu badan.

Herpes boleh tersebar melalui ciuman, jika lepuh (blister) herpes berada dalam mulut atau sekitar bibir. Hepatitis B, sifilis, dan HIV – virus AIDS, boleh merebak melalui perkongsian jarum atau sebarang objek yang tercemar melalui darah, dan juga hubungan seksual.

Jangkitan STD tidak akan merebak melalui bersalaman, pelukan, tempat duduk mangkuk tandas, tuala, hidangan makanan, telefon atau gigitan serangga.

Mitos 3: Simptom STD mungkin menyebabkan gangguan tetapi tiada kesan serius

Penyakit kelamin yang tidak dirawat boleh menyebabkan masalah yang lebih kronik. Ia boleh menyebabkan kemandulan, masalah pada saluran kencing, kanser vulva, serviks, faraj, zakar dan dubur.

Sesetengah penyakit kelamin, termasuk sifilis dan AIDS boleh mengakibatkan kematian. Tiada penyakit kelamin yang tidak berbahaya.

jangkitan STD

Mitos 4: Tunggu sehingga muncul simptom

Menunggu sehingga munculnya simptom adalah satu perbuatan sia-sia yang mungkin mendatangkan bahaya memandangkan penyakit kelamin mungkin tidak menunjukkan sebarang simptom.

Sebaiknya, jika anda mengesyaki atau merasakan anda mungkin berisiko kepada jangkitan ini, sila berjumpa doktor secepat mungkin dan pemeriksaan makmal boleh menentukan sama ada anda dijangkiti atau tidak.

Pasangan anda juga berisiko untuk dijangkiti, maka pemeriksaan juga perlu dilakukan. Setiap penyakit kelamin memerlukan rawatan perubatan profesional.

Mitos 5: Hanya sekali jangkitan

Apa yang perlu anda tahu tentang jangkitan STD, badan anda tidak membina sebarang imunisasi kepada sebarang penyakit kelamin.

Jika pasangan anda dijangkiti, anda berdua mungkin akan menyebarkan jangkitan ini sesama sendiri, melainkan anda dan pasangan mendapatkan rawatan dan merawat segala masalah kesihatan sebelum kembali melakukan seks.

Malah, jika anda pernah terkena jangkitan STD, anda berkemungkinan besar akan dijangkiti sekali lagi.

Apakah simptom penyakit kelamin?

Seperti yang dijelaskan awal tadi, kadangkala tidak wujud sebarang simptom kepada jangkitan ini. Antara simptom berkaitan STD yang mungkin dialami, seperti:

  • Benjolan, luka atau ketuat berhampiran mulut, dubur, zakar atau faraj.
  • Bengkak atau kemerahan berhampiran zakar atau faraj.
  • Ruam.
  • Kesakitan ketika kencing.
  • Kehilangan berat, kurang membuang air besar, berpeluh pada waktu malam.
  • Sakit badan, demam dan menggigil.
  • Penyakit kuning (jaundice).
  • Keluar cecair dari faraj atau zakar. Cecair dari faraj mungkin mengeluarkan bau.
  • Pendarahan pada faraj, selain dari tempoh haid.
  • Kesakitan ketika hubungan seksual.
  • Kegatalan yang kronik pada bahagian zakar atau faraj.

Merawat penyakit kelamin

Kebanyakan penyakit kelamin boleh dirawat dengan antibiotik. Jika anda diberikan antibiotik, penting untuk anda mengambilnya sehingga habis walaupun simptom anda sudah tiada.

Jangan pernah mengambil ubatan kepunyaan individu lain untuk merawat penyakit anda. Ini kerana ia menyebabkan kesukaran untuk didiagnosis dan merawat jangkitan.

Mengelakkan penyebaran penyakit kelamin

5-perkara-mengenai-penyakit-kelamin

  • Jika anda mempunyai jangkitan STD, berhenti melakukan sebarang perhubungan seksual sehingga anda berjumpa doktor dan mendapatkan rawatan.
  • Ikuti arahan doktor untuk rawatan.
  • Gunakan kondom apabila ingin melakukan hubungan seks, terutama dengan pasangan baru.
  • Jangan melakukan hubungan seks melainkan doktor mengatakan anda boleh melakukannya.
  • Kembali mendapatkan pemeriksaan doktor untuk pemeriksaan semula.
  • Pastikan pasangan anda turut mendapatkan rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

Pakai IUD Untuk Cegah Hamil? Fahami Dulu Risikonya, Boleh Sebabkan Jangkitan & Mandul!

Pemakaian alat perancang keluarga IUD adalah salah satu cara yang amat berkesan dalam mencegah kehamilan. Namun, ia juga boleh menyebabkan jangkitan!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Kesihatan Seksual, Kontraseptif 22/12/2020 . 3 minit bacaan

Rasa Pedih Ketika Kencing Selepas Seks? Mungkin Anda Terkena Jangkitan Saluran Kencing

Mengalami jangkitan saluran kencing (UTI) selepas seks adalah keadaan biasa yang berlaku pada wanita. Fahami mengapa masalah ini terjadi.

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Jangkitan Saluran Kencing, Urologi 16/12/2020 . 3 minit bacaan

HIV Tersebar Melalui Seks Bebas, Tapi Benarkah Gigitan Nyamuk Juga Boleh Sebarkan Virus Ini?

Ramai yang percaya bahawa nyamuk boleh jadi cara bagaimana HIV merebak! Benarkah? Jom klik artikel ini untuk tahu jawapannya dengan lebih lanjut.

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
HIV/AIDS, Kesihatan Seksual 30/11/2020 . 3 minit bacaan

Bayi Baru Lahir Sakit Mata? Ini Mungkin Petanda Dijangkiti Bakteria Sakit Kelamin!

Sakit mata bayi ini disebut sebagai konjunktivitis bayi yang disebabkan oleh beberapa faktor seperti bakteria gonorea. Bagaimana hal ini boleh berlaku?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
Kesihatan Seksual, STI & STD Lain 27/11/2020 . 3 minit bacaan

Artikel lain untuk anda

sifilis wanita

Selalu Dengar Sifilis Dihidapi Oleh Lelaki, Adakah Wanita Boleh Terselamat?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Diterbitkan pada 08/02/2021 . 3 minit bacaan
risiko seks anal

Pasangan Gemar Lakukan Seks Dubur? Ini Petanda STD Pada Punggung Jika Suka ‘Main Belakang’

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Diterbitkan pada 14/01/2021 . 3 minit bacaan
penyakit chlamydia

Info Lengkap Tentang Chlamydia Yang Perlu Anda Tahu

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Fatin Zahra
Diterbitkan pada 31/12/2020 . 3 minit bacaan
penyakit kelamin lelaki

Masalah Jangkitan Kulat Pada Alat Sulit Bukan Dialami Wanita Saja, Lelaki Pun Boleh Kena!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
Diterbitkan pada 24/12/2020 . 3 minit bacaan