Cara Besarkan Zakar Yang Anda Tidak Boleh Percaya!

Oleh Fakta Perubatan Disemak oleh hellodoktor

Lelaki adalah makhluk yang secara semulajadi memang tinggi dengan sikap bangga diri. Mereka suka membesar-besarkan setiap perkara tentang diri sendiri apabila berbicara dengan orang lain termasuklah saiz zakar mereka. Dalam masa yang sama, mereka juga sebenarnya secara diam-diam akan mencuba pelbagai cara besarkan zakar semata-mata untuk bermegah dengan pasangan atau kaum kerabat mereka. Persoalannya, adakah semua cara itu berkesan?

Saiz zakar yang normal

Sebelum pergi lebih lanjut, kita perlu tahu terlebih dahulu mengenai saiz zakar yang normal bagi setiap lelaki. Sebenarnya tiada sebarang ukuran yang boleh menentukan sama ada saiz zakar anda adalah normal, kecil atau besar. 

Ini kerana manusia lahir dalam pelbagai bangsa, kaum dan etnik yang berbeza-beza. Disebabkan itu, fizikal secara semulajadi setiap manusia adalah berlainan termasuk saiz zakar mereka. Jadi, anda tidak perlu terlalu gusar mengenai perkara ini.

Pun begitu, ada satu garis panduan yang mungkin anda boleh ikuti. Menurut kajian, zakar yang bersaiz normal adalah berukuran sekitar 5 inci (13 sentimeter) apabila mengalami ereksi. Jika ia lebih panjang, maka saiz zakar anda boleh dikategorikan sebagai besar. Jika ukuran saiz zakar anda hanya 3 inci (7.5 sentimeter) apabila mengalami ereksi, maka saiz zakar anda boleh dikategorikan sebagai kecil, juga dikenali sebagai sebuah kondisi yang dinamakan mikropenis. 

Lambakan produk besarkan zakar di pasaran

Untuk pengetahuan anda, terdapat banyak produk yang dikatakan sebagai cara besarkan zakar yang sangat berkesan. Tidak percaya? Anda boleh cuba layari internet dan lihat sahaja pop-up yang muncul di segenap skrin gajet anda!

Selain itu, ada juga metode lain untuk membesarkan zakar iaitu pengamalan senaman atau pembedahan kosmetik. Ya, ia mungkin boleh meningkatkan kepanjangan dan kelebaran alat kemaluan anda. Namun, ia hanya untuk tujuan kosmetik semata-mata.

Hakikatnya, tiada satu pun produk atau metode yang terbukti berkesan secara klinikal. Malahan itu, ia juga sebenarnya mungkin akan mendatangkan lebih mudarat kepada alat kemaluan anda. Jadi, fikir masak-masak sebelum menggunakannya, ya?

Jangan percaya dengan iklan

Majoriti daripada pembuat atau pembekal produk untuk besarkan zakar ini akan menggunakan pelbagai taktik licik. Mereka berkemungkinan besar akan menggunakan kajian saintifik palsu yang menyokong segala keluaran syarikat mereka.

Tidak cukup dengan itu, mereka juga boleh sahaja memaparkan testimoni palsu mengenai produk atau servis keluaran syarikat mereka. Tidak susah, mereka cuma perlu upah dan arah pengguna penipu ini untuk memberikan testimoni palsu tentang keluaran syarikat mereka.

Jadi, jangan terpedaya! Apa yang anda perlu lakukan sebagai langkah berjaga-jaga adalah kaji terlebih dahulu mengenai produk atau servis itu. Perhatikan jika ia telah mendapat kelulusan daripada badan-badan kesihatan seperti WHO (World Health Organization) atau FDA (Food and Drug Administration). Untuk lebih kepastian, dapatkan nasihat daripada doktor.

Contoh produk besarkan zakar

Di seluruh dunia, terdapat bermacam jenis produk untuk membesarkan zakar. Negara kita tidak terkecuali daripadanya. Hampir kesemua produk-produk ini juga tidak terbukti keberkesanannya secara saintifik malah mungkin akan merosakkan alat kemaluan anda. Berikut merupakan antara jenis produk sebagai cara besarkan zakar yang popular:

#1. Pil

Pil besarkan zakar ini mengandungi vitamin, mineral, herba atau hormon yang diwar-warkan oleh pengeluar boleh membesarkan saiz zakar. Pun begitu, tiada kajian saintifik yang menunjukkan keberkesanannya.

#2. Losyen

Sama seperti pil, losyen besarkan juga turut mengadungi vitamin, mineral, herba atau hormon yang kononnya boleh membesarkan zakar. Bukan sahaja tiada bukti kukuh mengenainya, ia malahan mungkin boleh membawa kemudaratan yang lain.

#3. Pam vakum

Alat ini mungkin akan mengelirukan anda. Ya, ia memang boleh membuat zakar kelihatan lebih besar. Namun, ia hanya untuk sementara waktu sahaja. Ia selalunya digunakan oleh lelaki yang ada masalah mati pucuk. Cara penggunaannya adalah memasukkan alat kemaluan ke dalam pam vakum ini untuk melancarkan perjalanan darah pada zakar, lalu membuat ia membengkak. 

Ia mungkin akan membuat lelaki yang mati pucuk berupaya untuk melakukan hubungan seks bersama pasangan. Namun, kesan jangka masa panjangnya akan menyebabkan tisu pada zakar rosak.

Cara besarkan zakar yang lain

Selain menggunakan produk, ada lagi cara lain yang banyak dicuba oleh lelaki seperti teknik jelqing atau stretching yang tidak memerlukan sebarang penggunaan produk, cukup dengan tangan sahaja. Pun begitu, masih ada kesan sampingannya kepada anda.

Jadi, ini semua terpulang kepada individu untuk mencuba produk atau teknik besarkan zakar ini. Namun, ketahuilah bahawa ia memang mendatangkan banyak mudarat. Sebenarnya, anda tidak perlu merungsingkan kepala anda memikirkan tentang saiz zakar. Lebih baik jika anda jalani hidup yang lebih sihat untuk memastikan ereksi anda lebih kuat secara alami. Dalam erti kata yang lain, saiz tidak penting, yang penting adalah prestasi.

Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.

Baca juga:

Rujukan
Anda mungkin berminat dengan artikel berikut