backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan

2

Tanya Doktor
Simpan

Jaga-jaga! Zakar Lelaki Boleh Rosak Kalau Selalu Buat 6 Tabiat Ini, Termasuk Main Sabun!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 17/10/2022

    Jaga-jaga! Zakar Lelaki Boleh Rosak Kalau Selalu Buat 6 Tabiat Ini, Termasuk Main Sabun!

    Rasanya, semua orang sudah tahu apa yang dimaksudkan dengan lelaki main sabun di dalam bilik air bukan? Ia adalah salah satu tabiat yang boleh buat zakar rosak jika dilakukan kerap dan tanpa henti!

    Selain itu juga, ada banyak lagi tabiat buruk yang wajar kaum lelaki elak. Jom terus baca artikel ini.

    Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Kesihatan Lelaki, sila dapatkannya di sini.

    Jaga, jangan sampai zakar anda rosak!

    Setiap individu itu tentu sahaja memerlukan alat kelamin dalam kondisi sihat untuk memastikan tubuh badan dapat berfungsi pada tahap paling optimum, dan bagi orang lelaki yang penting ialah zakar.

    Untuk pengetahuan anda semua, zakar lelaki akan memainkan peranan bagi menjalankan sistem perkumuhan serta pembiakan. Tanpanya, maka fungsi tubuh badan ini akan terbantut.

    Apa yang menakutkan adalah ada banyak tabiat tidak sihat yang menjejaskan alat sulit lelaki tanpa kita sedar!

    Apa contoh tabiat tidak sihat untuk zakar?

    Dalam usaha untuk lelaki mendapatkan alat sulit yang sihat, elakkan beberapa tabiat yang berikut:

    #1. Tabiat lelaki yang gemar main sabun

    Pertama dan paling penting, tabiat yang sangat bahaya buat zakar lelaki adalah main sabun! Buat anda yang mungkin belum tahu tentangnya, ia adalah bahasa kolokial untuk tabiat onani.

    main sabun

    Kenapa tabiat lelaki ini dipanggil sebagai main sabun? Ini kerana sabun itu selalu digunakan oleh lelaki di dalam bilik air sebagai ‘pelincir’ ketika mengurut atau menggosok alat kemaluan.

    Seperti mana yang kita semua sudah tahu, tabiat onani ini sendiri sudah pasti boleh menjejaskan zakar anda terutama jika lelaki melakukan ia pada kadar kerap atau dengan cara yang salah.

    Selain mengakibatkan kemelecetan dan kecederaan, ia juga boleh mungkin menyebabkan mati pucuk!

    Tabiat rosakkan zakar #2. Menghisap rokok

    Rokok adalah antara punca mati pucuk, kenapa? Ini kerana tembakau serta bahan kimia lain yang bahaya di dalam rokok itu akan menjejaskan saluran dan aliran darah di dalam zakar lelaki.

    Menurut kajian seliaan University of Sheffield terhadap 1,970 orang lelaki perokok pada tahun 2014, didapati bahawa kurang 4% daripada jumlah tersebut yang memiliki sperma berkuantiti serta berkualiti sekali gus menjejaskan aspek kesuburan mereka.

    Tabiat rosakkan zakar #3. Meminum alkohol

    Sama juga dengan rokok, alkohol turut boleh menjejaskan saluran dan aliran darah alat sulit lantas mengakibatkan masalah pada ereksi dan ejakulasi yang boleh membawa kondisi mati pucuk.

    Menurut Centers for Disease Control and Prevention (CDC), meminum lebih daripada 2 gelas minuman keras dalam masa 1 hari bukan sahaja boleh jadi punca masalah pada alat kelamin malahan tentu sahaja menjejaskan kesihatan tubuh badan individu secara total.

    main sabun

    #4. Mengabaikan bulu pada alat kelamin

    Mungkin tidak semua, tetapi kebanyakan orang lelaki cenderung untuk mengabaikan bulu di alat kelamin mereka lantas membiarkan sahaja ia tumbuh dengan lebat umpama ‘hutan simpan’.

    Akibatnya, hutan simpan yang anda pelihara itu boleh jadi sarang kepada pelbagai jenis bakteria dan kulat yang seterusnya mampu membawa infeksi, menurut kajian terbitan JAMA Dermatology.

    Dalam erti kata lebih mudah, sila potong atau cukur bulu pada sekitar alat kelamin secara berkala.

    Baca lagi artikel berkaitan:

    #5. Mendapatkan tidur yang tidak cukup

    Semua individu itu memerlukan rehat atau dalam bahasa lebih tepat, tidur yang cukup. Bagi kaum lelaki, mereka wajar mendapatkan tidur sekitar 7 ke 8 jam sehari atau akan ada kesan buruk.

    Jika tidak cukup rehat, maka kadar testosteron di dalam tubuh badan anda boleh menurun mendadak dan ini turut mengurangkan libido. Kesannya, kemampuan dan kemahuan seksual bakal terjejas.

    Penurunan kadar hormon itu juga akan menurunkan kualiti kehidupan lelaki, jadi sila berwaspada.

    main sabun

    #6. Senaman atau aktiviti fizikal serba pasif

    Sebenarnya, wujud banyak jenis senaman yang boleh dilakukan oleh lelaki untuk kesihatan zakar tetapi main sabun itu bukan salah satu daripadanya! Tanam dalam hati, ia aktiviti yang tidak sihat.

    Senaman atau aktiviti fizikal yang dimaksudkan adalah seperti berjalan, berjoging serta berenang namun bukan pada aktiviti kerap berbasikal kerana ia mungkin boleh bawa kesan buruk pada zakar lelaki.

    Kajian terhadap 300 orang lelaki yang bersenam dengan kuat lagi kerap mendapati mereka akan memiliki kemampuan dan kemahuan seksual yang lebih tinggi berbanding lelaki yang tidak aktif.

    Konklusinya, ada banyak tabiat buruk yang boleh beri kesan kepada zakar lelaki dan main sabun itu cuma salah satu daripadanya. Dapatkan informasi dan nasihat lebih lanjut daripada doktor ya!

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Ahmad Wazir Aiman

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 17/10/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan