Ini Sebab Pandangan Sering Berbintik Jika Lihat Objek Cerah, Petanda Mata Tak Sihat?

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 03/08/2020 . 3 minit bacaan

Pernah tak anda mengalami situasi pandangan mata anda sering berbintik-bintik hitam atau bayang-bayang kecil muncul terutamanya apabila melihat langit?

Ia mungkin sering terjadi apabila anda memandang sesuatu yang cerah, atau latar belakang berwarna yang kosong seperti langit mahupun dinding putih.

Bentuknya selalunya rawak sama ada berbintik, bergaris ataupun berbentuk sarang labah.

Tahukah anda, perkara ini dikenali sebagai floaters mata atau eye floaters.

Apa itu floaters mata?

Kebanyakan floaters mata berpunca daripada faktor usia ini boleh terjadi kerana bahan yang berjeli (vitreous) di dalam mata anda bertambah cair.

Ia sering bergerak-gerak di sekitar mata dan akan hilang jika anda cuba untuk melihatnya secara direct.

Serat mikroskopik di dalam vitreous cenderung untuk bergumpal lalu menimbulkan bayang-bayang kecil di retina. Ini dikenali sebagai floaters.

Floaters ini tidak akan menjadi masalah jika anda sudah biasa alaminya, tidak bertambah teruk dan tidak menghalang penglihatan anda.

Biasanya kejadian floaters mata ini tidak mengundang perkara yang serius kepada kesihatan mata namun sekiranya anda khuatir, dapatkan khidmat nasihat daripada pakar mata.

Secara umumnya, bahan berjeli di dalam mata anda akan bertambah cair mengikut peredaran usia.

Masih keliru? Mari kita kenali kriteria-kriterianya:

  • Bintik-bintik yang bergerak seiring pergerakan mata anda dan akan hilang jika anda cuba untuk fokus kepadanya
  • Bentuknya random
  • Floaters ini lebih jelas apabila anda melihat latar belakang yang cerah seperti dinding dan langit
  • Tompok kecil yang akan bergerak ke bawah bahagian mata secara sendirinya dan menghilang

Bahayakah floaters mata terhadap kesihatan mata?

Sejauh manakah anda boleh menghiraukan kewujudan floaters mata? Benarkah ianya tidak mempunyai kesan sampingan?

bulu mata

Apabila simptom-simptom ini berlaku kepada anda, segera dapatkan nasihat perubatan daripada doktor:

  • Floaters yang membuatkan mata kabur
  • Sakit mata
  • Kejadian floaters setelah anda mengalami kemalangan
  • Bayangan hitam pada penglihatan anda
  • Eye floaters makin bertambah

Perkara-perkara di atas boleh menjadi petanda bahawa anda mungkin mengalami kecederaan pada bahagian belakang mata yang boleh membawa kepada kecacatan mata yang kekal.

Selain itu, ia boleh menjadi petanda serius bahawa berlakunya kekoyakan pada retina mata.

Seiring dengan pertambahan umur, vitreous akan mengendur dan perkara ini secara langsung akan menarik retina. Jika ia ditarik dengan kekuatan yang mencukupi, retina akan koyak.

Sekiranya hal ini tidak dirawat dengan kadar segera, cecair akan berkumpul di belakang retina dan menyebabkan kehilangan penglihatan yang kekal.

Jika anda mengalami simptom-simptom ini, segera dapatkan rawatan daripada pakar mata sebelum keadaan bertambah melarat.

Sekiranya eye floaters anda tidak mempunyai simptom-simpton yang berbahaya seperti di atas, usah khuatir kerana ia merupakan perkara normal yang menjadi sebahagian daripada hidup kita.

Bagaimanakah cara untuk kurangkan floaters?

Anda harus faham bahawa floaters mata ini sebahagian daripada mata kita. Ianya sangat normal dan terjadi kepada semua individu mengikut pertambahan umur.

Apabila floaters ini berlaku, ia akan menghilang dengan sendiri kelak. Otak anda akan sama ada menapis floaters tersebut atau tarikan graviti secara semula jadi akan menurunkannya ke bahagian bawah mata.

Kalau anda terganggu dengan kehadiran eye floaters ini, anda mungkin boleh mencuba tips-tips ini bagi mengurangkannya:

  • Pakai cermin mata hitam ketika berada di luar rumah atau semasa anda terdedah pada matahari. Ia berfungsi untuk menapis dan mengurangkan kejadian eye floaters

selaran matahari punca bawah mata hitam

  • Pasang filter pada skrin laptop atau phone jika anda banyak menggunakannya
  • Kurangkan kekuatan cahaya pada peranti elektronik anda

Secara keseluruhan, eye floaters ini normal dan tidak perlu dirisaukan kecuali berlaku simptom-simptom di atas atau perubahan pada jumlah floaters secara drastik.

Jaga kesihatan mata anda sebaik mungkin dan ingat bahawa kebanyakan floaters tidak berisiko.

Bagi memastikan kesihatan mata anda kekal pada tahap yang baik, anda boleh melakukan pemeriksaan mata secara berskala.

Pakar mencadangkan sekiranya anda tidak mempunyai sebarang masalah mata, pemeriksaan kesihatan mata boleh dilakukan setiap 10 tahun.

Bagi orang yang lebih berumur, pemeriksaan harus dilakukan dengan lebih kerap setiap tahun terutamanya bagi mereka yang berumur 60 tahun ke atas.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy"
Rujukan

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

Dalam Diam, Ramai Wanita ‘Terkahwin’ Dengan Lelaki Yang Sebenarnya Homoseksual, Tapi Kenapa?

Homoseksual bukanlah satu hubungan suami isteri yang diterima oleh masyarakat di Malaysia. Institusi rumah tangga boleh roboh dek masalah ini.

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
Gaya Hidup Sihat, Seks Hubungan 13/11/2019 . 3 minit bacaan

Tolong! Anak Suka Tengok TV Dekat, Tak Bahaya Ke Untuk Matanya? Ini Jawapan Pakar

“Husna, tengok tv belakang sikit. Dekat sangat tu.” Siapa yang buat macam ni, angkat tangan! Tetapi betul ke bahaya kalau tengok secara dekat?

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Keibubapaan, Penjagaan Kanak-kanak, Tips Keibubapaan 05/11/2019 . 2 minit bacaan

Adakah Gemuk Bermaksud Sihat?

Tahukah anda bahawa mereka yang obes mempunyai risiko yang rendah untuk mati daripada penyakit kardiovaskular? Ikuti artikel ini untuk maklumat selanjutnya.

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli

Doktor…Tanggalkan Kot Putih Tu

Disebalik keputihan kot putih terdapat kekeruhan yang boleh menjadi mimpi ngeri buat para pesakit. Ikuti artikel ini untuk mengetahui selanjutnya.

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
Gaya Hidup Sihat, Fakta Menarik 11/10/2019 . 2 minit bacaan

Artikel lain untuk anda

kesan memakai cermin mata

Seronoknya Dapat Pakai Spek Baru, Tapi Kenapa Boleh Rasa Pening Bila Bertukar Cermin Mata Ini?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Diterbitkan pada 23/07/2020 . 3 minit bacaan
penyakit kelamin melalui mata

Alamak! Air Mani Termasuk Ke Dalam Mata? Boleh Dapat Penyakit Kelamin Ke?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Diterbitkan pada 15/07/2020 . 3 minit bacaan
lobak-merah-mitos-penglihatan

Mitos & Fakta Berkaitan Mata – Lobak Merah Paling Popular

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Diterbitkan pada 02/03/2020 . 3 minit bacaan
katarak

Jangan Risau! Pembedahan Katarak Adalah Sangat Selamat Untuk Dijalani

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
Diterbitkan pada 07/01/2020 . 4 minit bacaan