backup og meta

Makanan Untuk Kesihatan Mata

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 10/09/2021

    Makanan Untuk Kesihatan Mata

    Mata anda memerlukan vitamin A, C, E dan asid lemak omega-3, karoten, mineral, asid lemak, dan antioksidan. Kebanyakan nutrisi yang diperlukan oleh mata anda termasuk dalam komposisi sayuran dan buahan, dan makanan semula jadi dari alam. Jadi ketahui makanan yang dapat membantu menjaga kesihatan mata anda melalui artikel ini.

    Lada benggala merah

    Mengandungi banyak vitamin C dan ia adalah salah satu faktor penting untuk menjaga penglihatan anda dengan baik. Sayuran ini juga baik untuk pembuluh darah di mata anda. Sains membuktikan bahawa ia dapat mengurangkan risiko katarak. Selain itu, lada benggala turut mengandungi banyak antioksidan dan vitamin lain yang membantu melindungi mata anda.

    Ia sama ada boleh dimakan mentah dengan salad, dicampur dengan sos, dimakan dengan roti, direbus, atau ditambah dalam hidangan barbeku. Ia juga secara tidak langsung menjadi tarikan dan menambah warna sesuatu hidangan.

    Biji bunga matahari dan kekacang

    Mengandungi vitamin E. Satu kajian mendapati bahawa campuran vitamin E, bersama nutrisi lain boleh membantu melambatkan perkembangan degenerasi makular yang berkaitan dengan usia (age-related macular degeneration,AMD). Nutrisi dalam biji bunga matahari juga membantu mencegah katarak. Kacang tanah dan kacang hazel juga merupakan sumber vitamin E yang baik untuk mata.

    Sayuran hijau gelap

    Sayuran seperti bayam mengandungi banyak vitamin C dan E, lutein dan zeaxanthin carotenoid. Vitamin A dalam sayuran hijau membantu mengurangkan risiko masalah jangkitan mata, AMD dan katarak.

    Salmon

    Retina memerlukan 2 jenis asid lemak omega-3 untuk berfungsi dengan baik: DHA dan EPA. anda boleh mendapatkan asid lemak omega-3 ini dalam ikan berlemak seperti salmon, tuna, dan makanan laut lain. Kekurangan asid lemak boleh menyebabkan mata kering. Nutrisi dalam salmon membantu melindungi retina dan mencegah buta. Asid lemak omega-3 dalam salmon membantu melindungi kelembapan mata dan melawan AMD dan glukoma. Pakar mengesyorkan untuk memakan ikan sekurang-kurangnya 2 kali seminggu.

    Daging tanpa lemak dan isi ayam

    Keduanya mengandungi banyak unsur penting yang memberikan anda penglihatan yang baik, seperti zink, kalium, protein dan zat besi.

    Zink adalah mineral paling penting yang terdapat dalam retina yang membawa vitamin A dari hati ke retina. Ia digunakan untuk membuat pigmen melanin yang melindungi mata anda dan merangsang pengeluaran enzim, yang berada pada mata yang sihat. Sebagai tambahan, zat besi membantu mencegah degenerasi mata dan membantu menjaga mata walaupun pada usia tua.

    Isi daripada ayam, angsa dan burung unta disyorkan bagi menggantikan daging merah yang selalu diambil seperti daging lembu, dan daging kambing.

    Pastikan anda mengambil diet pemakanan yang sihat seperti yang disyorkan untuk menjamin kesihatan mata anda.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Panel Perubatan Hello Doktor


    Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 10/09/2021

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan