backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan

2

Tanya Doktor
Simpan

Ini Manfaat Kesihatan Seksual Jika Lelaki BERSUNAT, Kesannya Lebih Rasa Lepas Kahwin!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 02/01/2024

    Ini Manfaat Kesihatan Seksual Jika Lelaki BERSUNAT, Kesannya Lebih Rasa Lepas Kahwin!

    Namun kini ia telah dilakukan oleh seluruh masyarakat di seantero dunia ekoran pelbagai manfaat yang akan diterima jika bersunat.

    Secara umumnya, lelaki adalah golongan yang selalu diberikan perhatian setiap kali berbicara mengenai ini.

    Ada yang melakukannya ketika usia kanak-kanak, remaja, dewasa malahan semasa bayi lagi.

    Persoalannya, kenapa harus sunat? Jika tidak, apa kesannya terhadap kehidupan kita kelak terutamanya selepas berkahwin?

    Jom sama-sama kita ikuti artikel ini untuk tahu jawapannya!

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Lelaki, sila dapatkannya di sini.

    Apa itu sunat bagi lelaki?

    Sebelum pergi dengan lebih mendalam lagi, wajarlah untuk kita tahu apakah yang dimaksudkan dengan sunat atau khatan ini terlebih dahulu.

    Untuk pengetahuan anda, bersunat adalah satu prosedur pembedahan membuang bahagian kulit yang menutupi kepala zakar (kulup).

    kenapa harus sunat
    Ini antara manfaat berkhatan untuk orang lelaki.

    Ia seringkali dikaitkan dengan individu yang beragama Islam namun kini telah dilakukan oleh seluruh masyarakat lain di seluruh dunia.

    Usia untuk melakukannya selalu menjadi perdebatan kerana ia boleh dilakukan pada setiap peringkat umur malahan sejak dari bayi lagi.

    Terdapat beberapa teknik yang digunakan oleh doktor di negara kita untuk mengkhatankan lelaki, iaitu:

    • Pisau (tradisional)
    • Gunting
    • Laser
    • Smart klamp

    Selepas kulup itu dipotong dan dibuang, lebihan kulit pada bahagian kepala zakar akan dijahit menggunakan benang (sama ada boleh larut sendiri atau tidak).

    Kenapa harus sunat bagi lelaki?

    kenapa harus sunat
    Proses khatan menerusi pembedahan kecil.

    Apakah hukum sunat? Bersunat adalah perbuatan yang diwajibkan. Kenapa?

    Ini kerana terdapat banyak manfaat yang boleh diterima oleh lelaki dengan berkhatan terutamanya terhadap kesihatan tubuh badan secara total.

    Berikut adalah hikmah kewajipan hukum sunat:

    #1. Kenapa harus sunat? Memastikan kebersihan alat sulit

    Buat anda yang belum tahu, kulup adalah bahagian pada zakar yang paling kotor kerana ia adalah lebihan kulit yang tertutup dan sukar dicuci terutamanya pada bahagian dalamnya.

    Oleh itu, cara yang paling mudah untuk memastikan alat sulit lelaki lebih bersih adalah dengan membuangnya.

    Dengan bersunat, kita mampu untuk mengurangkan risiko terkena jangkitan seperti:

    Selain itu, ia juga akan memudahkan lelaki untuk mencuci zakar dengan menggunakan air dan sabun sebagai rutin ketika mandi.

    #2. Kenapa perlu sunat? Elakkan penyakit jangkitan kelamin (STD)

    Kenapa perlu sunat? Menurut kajian American Academy of Pediatrics (AAP) pada 2012, berkhatan mampu menurunkan risiko penyakit jangkitan kelamin seperti AIDS/HIV sebanyak 50 ke 60%.

    Dalam pada itu, kajian ini turut menemukan bahawa lelaki yang bersunat mempunyai risko 30% lebih rendah daripada terkena herpes dan human papillomavirus (HPV).

    Manakala ada kajian pada 2017 yang membuktikan bahawa wanita yang pasangannya bersunat adalah lebih kurang risiko terkena STD yang lain seperti herpes, sifilis dan chlamydia.

    Bukan itu sahaja, mereka juga akan lebih kurang risiko dijangkiti HIV dan juga kanser serviks.

    Namun, berkhatan bukan satu alasan untuk anda melakukan seks yang tidak selamat.

    Jadi, sila gunakan kondom sama ada kalian bersunat atau tidak bagi mengelakkan risiko jangkitan STD.

    Kenapa harus sunat? Jika tidak berkhatan, ini yang akan berlaku!

    kenapa harus sunat
    Khatan biasanya dilakukan di klinik atau hospital oleh doktor.

    Baiklah, sekarang kita berbalik pula kepada persoalan utama artikel ini iaitu kenapa harus sunat dan apa kesan yang boleh berlaku jika tidak bersunat terutamanya selepas berkahwin?

    Selain dari jangkitan akibat kuman, virus dan bakteria pada zakar, tidak berkhatan mungkin akan mendatangkan masalah kepada kehidupan seks kelak!

    Menurut kajian pada 2013 terhadap 1,059 lelaki yang tidak bersunat dan 310 lelaki yang bersunat, terbukti bahawa golongan yang berkhatan mempunyai zakar yang kurang sensitif.

    Ini adalah dapatan yang baik kerana alat sulit yang kurang sensitif membolehkan hubungan seks bersama pasangan bertahan lebih lama selain meminimumkan kesakitan di samping memaksimumkan kenikmatan.

    Dapatan ini turut disokong oleh kajian pada 2016 terhadap 32 lelaki tak sunat dan 30 lelaki berusia 18 ke 37 tahun yang bersunat dan menunjukkan hasil kajian yang sama.

    Pun begitu, berkhatan sama sekali tidak akan memberikan apa-apa kesan terhadap kesuburan lelaki.

    Oleh itu, jangan bimbang jika anda lelaki tak sunat lagi namun cuba fikirkan kebaikannya yang lain.

    Akhir kata, bersunat sudah boleh dianggap satu kemestian pada masa kini untuk memastikan kesihatan alat sulit lelaki yang lebih sihat!

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Gabriel Tang Pei Yung

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 02/01/2024

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan