home

Bagaimana kami boleh memperbaikinya?

close
chevron
Artikel ini mengandungi maklumat yang salah dan tidak tepat.
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Artikel ini tidak menyediakan info selengkapnya
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Hmm... Saya ada soalan!
chevron

Kami tidak boleh menawarkan khidmat nasihat kesihatan peribadi, tapi kami mengalu-alukan pendapat anda! Sila isi kotak di bawah.

wanring-icon
Jika anda mengalami kecemasan, sila hubungi pihak kecemasan atau lawati bilik kecemasan terdekat dengan kadar segera.

Usia Paling Sesuai Untuk Anak Lelaki Berkhatan - Semasa Bayi Atau Kanak-kanak?

Usia Paling Sesuai Untuk Anak Lelaki Berkhatan - Semasa Bayi Atau Kanak-kanak?

Bersunat atau berkhatan adalah sesuatu yang sangat dituntut bagi seorang muslim dan sudah menjadi norma yang sangat biasa dalam kalangan masyarakat kita kini yang hidup berbilang kaum.

Bukan sahaja individu Melayu Islam yang perlu melakukan prosedur ini, masyarakat Cina, India malahan masyarakat di seantero dunia juga kini sudah mula melakukannya.

Namun begitu, terdapat beberapa pendapat mengenai usia yang sesuai untuk kanak-kanak lelaki itu bersunat. Ada yang kata semasa bayi lebih baik dan ada juga yang kata perlu tunggu sehingga usia kanak-kanak.

Jadi, yang mana satu? Untuk mengetahui jawapannya, jom kita sama-sama ikuti artikel ini dengan lebih mendalam lagi!

Apa itu bersunat?

jom-ketahui-tentang-penjagaan-selepas-bersunat

Sebelum pergi dengan lebih lanjut, haruslah kita tahu sedikit sebanyak tentang perbuatan ini terlebih dahulu. Untuk pengetahuan anda, berkhatan atau bersunat adalah satu prosedur pemotongan lapisan kulit yang menutupi kepala zakar lelaki yang dipanggil kulup atau ‘prepuce’.

Prosedur yang paling tua di dunia ini sangat dituntut untuk dilakukan oleh individu muslim. Namun kini telah banyak dilakukan oleh masyarakat di seantero dunia kerana prosedur ini mendatangkan pelbagai manfaat di samping mudah untuk dilakukan.

Akan tetapi, untuk apa ia dilakukan? Adakah terdapat sebarang manfaat terhadap kesihatan kita?

Apa manfaat bersunat bagi kanak-kanak lelaki?

Menurut kajian, prosedur ini boleh mendatangkan pelbagai jenis manfaat kepada individu yang menjalaninya. Antaranya adalah:

#1. Alat kelamin mudah dibersihkan

Prosedur bersunat akan menyebabkan lapisan kulit yang menutupi kepala zakar lelaki yang dipanggil kulup atau ‘prepuce’ dibuang.

Lapisan ini sebenarnya sangat mudah untuk dijangkiti bakteria yang boleh mengakibatkan pelbagai jenis penyakit jika anak lelaki anda tidak membersihkannya dengan cermat.

Oleh itu, alat kelamin anak lelaki anda akan lebih mudah dibersihkan selepas membuangnya

#2. Kurang risiko mendapat penyakit

Pelbagai jenis penyakit dapat dielak atau dicegah daripada menjangkiti anak lelaki anda dengan melakukan prosedur bersunat, antaranya:

  • Penyakit saluran air kencing
  • Penyakit kelamin pada diri sendiri atau pasangan perempuan
  • Kanser zakar
  • Kanser serviks pada pasangan perempuan
  • ‘Phimosis’ iaitu ketidakmampuan untuk menarik kulup atau ‘paraphimosis’

Persoalannya, bila prosedur ini paling sesuai dilakukan? Semasa bayi atau kanak-kanak?

Bila usia sesuai untuk bersunat?

sunat

Sebenarnya, tidak terdapat sebarang umur spesifik yang paling sesuai untuk anak lelaki anda menjalankan prosedur berkhatan. Ia terpulang kepada kesediaan anak dan anda sebagai ibu bapa.

Di negara kita, kanak-kanak lelaki biasanya menjalankan prosedur ini ketika dalam lingkungan usia 5 hingga 12 tahun dan ada juga yang memilih untuk melakukannya ketika anak lelaki mereka masih bayi.

Ini adalah tidak berbahaya kerana ia tidak akan menyebabkan sebarang perbezaan pada proses tumbesaran kanak-kanak. Jadi, anda masih lagi tertanya-tanya?

Sebaiknya, berjumpalah dengan pakar perubatan untuk berbincang mengenai hajat anda untuk melakukan prosedur berkhatan buat anak lelaki anda sebelum membuat sebarang keputusan.

Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.

Baca juga:

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Gambar penulisbadge
Ditulis oleh Ahmad Farid Disemak pada 28/04/2020
Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor
x