Ini 3 Mudarat Jika Lelaki Gemar Lakukan Urutan Batin, Baik Berhenti!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 13/02/2023

    Ini 3 Mudarat Jika Lelaki Gemar Lakukan Urutan Batin, Baik Berhenti!

    Bagi kaum lelaki yang mengalami masalah zakar berkaitan hubungan seksual, ramai yang cenderung memilih untuk melakukan cara urutan batin.

    Secara tradisionalnya, urutan sebegini telah lama wujud dan dipercayai mampu meningkatkan kemampuan serta ketahanan lelaki di ranjang.

    Sekiranya memang mempunyai masalah seksual, mungkin tiada masalah untuk melakukannya. Jika tidak? Ada mudarat!

    Jom sama-sama kita semua ikuti artikel ini untuk tahu tentang kesan melakukan cara urutan batin dengan lebih mendalam lagi.

    Baca lebih lanjut tentang Kesihatan Seksual di sini.

    Apa itu cara urutan batin lelaki?

    Buat anda yang mungkin belum tahu tentangnya, urutan ini akan berfokuskan kepada alat sulit lelaki yakni zakar, testis serta prostat.

    Cara urutan batin ini akan dilakukan oleh tukang urut kepada lelaki yang kebiasaannya menghadapi masalah berkaitan kehidupan seksual mereka.

    Mungkin ramai dalam kalangan masyarakat kita yang gemar menjalani prosedur ini apabila sudah dekat tarikh perkahwinan masing-masing.

    Ini bertujuan memberikan lebih stamina dan tenaga batin yang diperlukan untuk melalui fasa malam pertama yang begitu mendebarkan.

    Berikut merupakan antara manfaat yang mungkin boleh diperolehi melalui urutan ini:

    cara urutan batin

    Kajian preliminari pada tahun 2009 mengesahkan bahawa kesemua masalah di atas mungkin dapat diselesaikan dengan urutan ini jika ia dilakukan dengan cara yang betul.

    Bagaimana cara urutan batin lelaki?

    Cara untuk melakukannya tentu sekali akan berlandaskan kepada konsep urutan pada alat kemaluan lelaki termasuk zakar dan testis.

    Tujuan utama ia dilakukan adalah untuk melegakan ketegangan dan kesakitan pada otot dan urat yang terdapat di kawasan terbabit.

    Kebiasaannya, fokus akan lebih diberikan pada bahagian yang terlalu tegang atau sakit bagi memaksimumkan manfaat urut batin ini.

    Dengan menggunakan minyak pelincir khas, alat sulit lelaki akan diurut dengan teknik yang betul tanpa mendatangkan sebarang mudarat.

    Penting untuk tukang urut menyentuh bahagian tulang kerana ia akan menyebabkan rasa sakit yang tidak perlu ketika prosedur.

    Namun anda harus memilih untuk melakukan urutan ini bersama dengan tukang urut profesional yang bertauliah dan diakui oleh doktor.

    Ini kesan buruk jika ia disalahgunakan!

    Ya, memang benar bahawa urutan ini mungkin boleh memberi kesan baik terhadap kesihatan batin bagi kaum lelaki.

    Pun begitu, tersembunyi juga beberapa kesan buruk yang boleh datang akibat daripada prosedur yang disalahgunakan.

    cara urutan batin

    Untuk pengetahuan anda, ada individu yang sengaja mendapatkan khidmat urut alat kemaluan ini bagi tujuan yang salah yakni melampiaskan nafsu syahwat.

    Urutan batin dengan cara yang salah ini lebih dikenali dengan istilah happy ending’ dan cenderung melibatkan tukang urut bukan daripada kalangan profesional.

    Selain itu, wujud juga teknik urutan dari badan ke badan yang lebih dikenali dengan akronim B2B dan ia juga merupakan satu prosedur yang tidak bermoral untuk dicuba.

    Apa kesan buruk yang boleh didapati? Semestinya, ada risiko terkena penyakit!

    #1. Penyakit jangkitan kelamin (STD)

    Pertama sekali, kalian perlu tahu bahawa pusat urut tidak berlesen yang menawarkan khidmat sebegini memang tidak selamat.

    Ini kerana ia kebiasaannya menawarkan khidmat tukang urut dari luar negara yang tidak diketahui tahap kesihatan dan cara kehidupan mereka.

    Disebabkan telah bercampur dengan ramai pelanggan yang juga tidak diketahui latar belakang, maka risiko penyakit berjangkit adalah tinggi.

    Ini terutamanya penyakit jangkitan kelamin STD seperti HIV yang mudah merebak melalui aktiviti seksual yang tidak sihat.

    #2. Kerosakan kekal pada alat sulit

    Individu yang gemar melakukan cara urutan batin lelaki tidak berhasrat untuk memulihkan masalah seksual, sebaliknya hanya ingin memuaskan nafsu syahwat.

    Khidmat urut yang menawarkan handjob atau blowjob ini pula seterusnya hanya akan melaksanakannya dengan teknik yang mungkin tidak bagus untuk anda.

    Geseran, hentakan atau sentuhan yang terlalu kuat pada zakar lelaki mungkin boleh membawa kerosakan kekal seterusnya menyebabkan kondisi kronik berlaku.

    Antara kondisi yang dibimbangi akan terjadi adalah ereksi tidak kuat, ejakulasi pramatang serta mati pucuk!

    cara urutan batin

    #3. Berdepan tindakan undang-undang

    Untuk pengetahuan anda, khidmat urutan batin yang tidak berlesen boleh menyebabkan anda berdepan tindakan undang-undang.

    Jika anda berada di dalam premis serta membayar untuk khidmat tersebut, maka kalian boleh disabitkan kesalahan dan dikenakan hukuman.

    Fikir semula, adalah risiko terhadap kesihatan dan kehidupan anda ini berbaloi semata-mata untuk melampiaskan nafsu syahwat yang sementara?

    Konklusinya, mungkin adalah tidak salah untuk mendapatkan khimat urutan batin lelaki asalkan ia adalah untuk tujuan menyelesaikan masalah seksual lelaki.

    Namun adalah penting untuk kalian mendapatkan khidmat cara urutan batin tersebut melalui cara, tempat dan orang yang tepat untuk mengelakkan komplikasi lain pula berlaku.

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Ahmad Wazir Aiman

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 13/02/2023

    Iklan
    Iklan
    Iklan
    Iklan