Malah, HIV tidak menular. Virus ini terdapat dalam cecair tubuh tertentu seperti darah, air mani, cecair pra-mani, cecair rektum, cecair faraj dan susu ibu. Bagi membolehkan HIV berpindah ke tubuh anda, cecair-cecair ini mesti bersentuhan langsung dengan luka terbuka atau disuntik ke dalam aliran darah anda.
Dalam kebanyakan kes, seseorang mendapat HIV melalui hubungan seksa dengan seseorang yang mempunyai HIV tanpa perlindungan (kondom). Seks dubur dan seks faraj dianggap aktiviti seksual berisiko tinggi. Berkongsi jarum, air bilasan dan sebarang peralatan lain yang digunakan untuk menyuntik ubat dengan pesakit HIV juga akan menyebabkan anda mendapat HIV. HIV boleh bertahan sehingga 42 hari dalam jarum, bergantung kepada faktor persekitaran.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen