Kaum Adam, ELAK 9 Jenis Makanan Ini Yang ‘Membunuh’ Keinginan Seksual Anda!

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 24/06/2020 . 3 minit bacaan

Hubungan seks adalah salah satu daripada kunci paling penting dalam memastikan serta mengekalkan kebahagiaan rumah tangga. Ia perlu didorong oleh keinginan seksual lelaki mahupun wanita, yang akan memacu kepada kehidupan seks yang lebih sihat, sempurna dan sejahtera.

Tahap libido lelaki merupakan indikator yang paling utama. Tanpanya, maka hambarlah projek asmara kalian di kamar tidur.

Ia sebenarnya mempunyai kaitan dengan pemakanan kaum Adam. Jom ikuti artikel ini untuk tahu jenis-jenis makanan yang mampu membunuh keinginan seksual lelaki.

Makanan yang mampu membunuh keinginan seksual lelaki

keinginan seksual lelaki

Hakikatnya, terdapat banyak jenis makanan dan juga minuman yang boleh membunuh keinginan seksual lelaki tanpa kita sedar. Ingin tahu apakah ia? Sila teruskan pembacaan kalian okay!

#1. Produk tenusu

produk tenusu

Intoleransi laktosa yang disebabkan oleh pelbagai jenis produk tenusu seperti susu, keju, mentega dan lain-lain adalah salah satu daripada punca utama libido lelaki terjejas.

Menurut ramai pakar, kebanyakan lelaki tidak menyedari bahawa mereka sebenarnya mengalami kondisi ini lalu terjejas libido tanpa disedari.

Hakikatnya, anda perlu mengurangkan pengambilan makanan yang diperbuat daripada produk tenusu seperti susu, keju ataupun coklat untuk memastikan keinginan seksual anda berada pada tahap yang baik!

#2. Makanan yang bergoreng & berminyak

minyak masak

Makanan bergoreng yang popular seperti kentang dan ayam goreng memang menjadi kegemaran kaum Adam. Pun begitu, ia sebenarnya akan mendatangkan kesan negatif terhadap keinginan seksual lelaki.

Ini kerana kandungan minyak masak yang digunakan ketika menggoreng makanan mampu merendahkan paras hormon testoteron lelaki.

Maka, sila kurangkan pengambilan makanan yang bergoreng dan berminyak ini ya?

#3. Udang

Udang sememangnya antara makanan yang kaya dengan protein, vitamin dan mineral.

Namun begitu, ia juga mungkin mengandungi 4-hexylresorcinol iaitu sejenis bahan kimia yang digunakan untuk mengawet dan mengekalkan warnanya!

Bahan ini adalah berbahaya buat kehidupan anda kerana ia mampu mengurangkan libido lelaki.

#4. Buah beri

Ya, buah-buahan sememangnya mempunyai nutrisi dan khasiat yang baik buat kesihatan.

Pun begitu, terdapat beberapa buah seperti aneka buah beri yang mungkin mengandungi kandungan bahan kimia seperti estrogen yang digunakan untuk mengawet buah tersebut.

Sebaiknya, cari atau petik sahaja buah-buahan yang anda ingin makan dengan sendiri untuk mengelakkan buah yang telah diawet dengan bahan kimia berbahaya.

#5. Bertih jagung

popcorn

Anda mungkin tidak pernah menyedarinya namun bertih jagung bukanlah makanan yang sihat buat lelaki. Ini kerana ia mengandungi asid perfluorooctanoic yang mampu menganggu sistem endokrin dan menjejaskan keinginan seksual anda.

Dalam pada itu lagi, asid ini mampu memberi kesan buruk terhadap kesuburan wanita. Dalam erti kata yang lain, bertih jagung sememangnya makanan yang banyak memberi implikasi kepada kehidupan seksual anda dan pasangan.

#6. Daun pudina

Di sebalik kegunaannya untuk menghilangkan nafas berbau dan pelbagai lagi manfaatnya, ia mungkin memberi kesan kepada libido lelaki.

Ini kerana kandungan mentol yang sejuk mampu menjejaskan keinginan seksual anda. Jadi, kurangkan pengambilan daun pudina bagi kehidupan seks yang lebih sihat.

#7. Kopi

kopi lelaki

Kopi dikenali dengan kandungan kafein yang tinggi dan mampu membuatkan individu yang meminumnya lebih bertenaga.

Pun begitu, ia sebenarnya akan memberi kesan kepada libido lelaki kerana ia mungkin membuatkan anda lebih bertenaga namun lebih cepat penat. Ini sekali gus akan menjejaskan keinginan seksual anda.

#8. Soda

Segala produk minuman yang diperbuat dengan pemanis artifisial adalah berbahaya buat kesihatan anda.

Pemanis ini terutamanya aspartame mampu mengganggu tahap serotonin anda iaitu hormon terpenting untuk membantu anda mendapatkan mood ketika bermesra dengan pasangan.

#9. Alkohol

alkohol lelaki

Alkohol sememangnya minuman yang berbahaya buat kesihatan manusia secara umumnya.

Ia bukan sahaja akan membuat individu yang meminumnya hilang kesedaran diri, ia juga akan membuatkan lelaki kehilangan kemampuan untuk mengalami ereksi, lantas menjejaskan keinginan seksual mereka!

Oleh itu, berhenti minum alkohol kerana ia adalah minuman yang memudaratkan setiap aspek kehidupan anda.

Elak makanan yang boleh jejaskan keinginan seksual lelaki ini

Jadi, sudah terjawablah persoalan mengenai makanan dan minuman yang boleh menjejaskan nafsu dan libido kaum Adam ini. Pun begitu, ini hanyalah sekadar panduan yang mungkin kurang lengkap.

Sebaiknya, sila dapatkan khidmat nasihat dari doktor untuk mendapatkan lebih kepastian. Namun, tidak salah untuk mencuba bukan? Oleh itu, sila elak dari makanan yang kami senaraikan ini okay!

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Cabut Kondom Tanpa Izin Ketika Bersetubuh Dikira Serangan Seksual, Wanita Kena Ambil Tahu Ini!

    Ada aksi seks baharu yang dikenali sebagai stealthing. Tapi tahukah anda, ia dianggap sebagai serangan seksual? Ini penjelasan yang perlu anda fahami.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Gaya Hidup Sihat, Seks Hubungan 08/07/2020 . 3 mins read

    Zakar Bengkok Boleh Kembali Lurus? Nak Tahu Mustahil Atau Tidak, Baca Ini!

    Anda mempunyai zakar bengkok dan berhasrat meluruskan ia semula? Jangan buat dulu, jom klik artikel ini untuk tahu ia boleh atau mustahil!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Lelaki 08/07/2020 . 3 mins read

    Nak Bermesra Dengan Pasangan Tapi Takut Hamil? Ini 5 Aktiviti Seks Takkan Buat Wanita Mengandung

    Kepada wanita di luar sana yang mungkin keliru adakah anda boleh hamil dengan melakukan aktiviti hubungan seks yang tertentu, artikel ini akan bantu anda!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Gaya Hidup Sihat, Seks Hubungan 07/07/2020 . 3 mins read

    Siapa Cakap Lelaki Tak Perlu Buat Yoga? Ada Manfaat Untuk Kesihatan Seksual Okay!

    Ramai yang kata senaman ini hanya untuk warga emas atau wanita hamil sahaja, salah. Ini kerana terdapat banyak manfaat yoga untuk lelaki. Klik untuk tahu!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Gaya Hidup Sihat, Kecergasan 07/07/2020 . 3 mins read

    Artikel lain untuk anda

    mimpi basah

    Wah! Bukan Lelaki Saja Yang Alami Mimpi Basah, Tapi Wanita Pun Boleh

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diterbitkan pada 09/07/2020 . 3 mins read
    hubungan senggama

    Kenapa Tak Boleh Buat Seks Dengan Ramai Pasangan? Bukan Sebab HIV Sahaja Ya!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 09/07/2020 . 3 mins read
    gila seks

    Gila Seks Bukan Gelaran Tetapi Penyakit! Ini 5 Kriteria Jika Anda Salah Seorang Daripadanya

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 09/07/2020 . 3 mins read
    apa itu jimak

    Orang Muda Lagi Aktif Berjimak Bersama Pasangan? Anda Silap! Ini Kajian Yang Kata!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 08/07/2020 . 3 mins read