Mengapa Fesyen Penting Buat Remaja?

Oleh Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel

Anak remaja akan kerap menukar fesyen mereka dari semasa ke semasa mengikut trend terkini. Ia mungkin tidak akan mendatangkan masalah yang besar sehinggalah mereka mula meminta duit daripada anda sebagai ibu bapa untuk menjana keperluan hobi mereka. Ini kemudiannya akan menyebabkan konflik antara anda dan anak remaja anda kerana mereka akan boros ketika membeli pakaian baharu dan mengabaikan pakaian lama. Ikuti artikel ini untuk mengetahui punca fesyen penting buat remaja.

Fesyen penting buat remaja, apa puncanya?

#1. Identiti

Apabila kanak-kanak mula menginjak usia remaja, mereka cenderung untuk mencipta imej yang tersendiri. Ia adalah normal dan merupakan satu cara untuk mereka menonjolkan diri pada masyarakat. Jika anak remaja anda mula minat untuk berfesyen, usah anda terlalu risau mengenainya kerana sememangnya fesyen penting buat remaja.

#2. Kebebasan

Fesyen adalah salah satu cara untuk remaja menyalurkan keinginan mereka terhadap kebebasan. Mereka mungkin tidak mampu untuk menentukan perkara lain seperti kerja sekolah atau peraturan di rumah, oleh itu fesyen merupakan satu-satunya perkara yang mereka boleh tentukan sendiri. Anda sebagai ibu bapa tidak perlu untuk memberitahu mereka pakaian apa untuk dipakai. Sebaiknya, tolong anak remaja untuk mencari fesyen yang sesuai buat mereka.

#3. Pemberontakan

Kadangkala, pemberontakan akan ditunjukkan melalui fesyen. Remaja akan menggunakan fesyen yang mengejutkan sebagai satu cara untuk menunjukkan mogok kepada ibu bapa, rakan-rakan atau masyarakat.

#4. Masyarakat

Masyarakat adalah salah satu punca utama yang mempengaruhi pemilihan fesyen anak remaja. Jika anda perhatikan, anda dapat melihat mereka akan memilih fesyen yang sedang menjadi trend masyarakat sekeliling. Remaja gemar memakai pakaian yang mampu membantu mereka menyesuaikan diri dengan rakan-rakan. Selain itu, fesyen rakan-rakan mereka juga akan menentukan fesyen mereka. Oleh itu, berhati-hati dan sedia untuk bertindak jika rakan-rakan anak remaja anda mengenakan fesyen yang tidak senonoh atau terlalu kebaratan.

#5. Selebriti

Selebriti dianggap sebagai trendsetter kepada fesyen. Pengaruh mereka sangat besar sehingga anak remaja akan cuba sehabis mungkin untuk meniru idola mereka. Artis atau model terkemuka akan menjadi contoh fesyen kepada anak remaja. Oleh itu, ibu bapa perlu sentiasa memberi perhatian terhadap selebriti yang disukai oleh anak agar fesyen yang bakal dikenakan mereka tidak terlalu melampau atau kebaratan.

#6. Pengaruh rakan sebaya

Jika seseorang remaja itu tidak mempunyai naluri fesyen yang tinggi, rakan-rakannya sudah pasti akan membulinya. Disebabkan itu, kebanyakan remaja akan berfesyen mengikut trend semata-mata untuk mengurangkan risiko mereka dibuli oleh rakan-rakannya. Jadi, anda sebagai ibu bapa perlu pastikan anak remaja anda berkawan dengan rakan-rakan yang baik dan tidak terlalu mementingkan fesyen.

Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.

Baca juga:

Tarikh Reviu: Mei 7, 2019 | Kali terakhir kemaskini: Disember 3, 2019

Rujukan
Anda mungkin berminat dengan artikel berikut