Imej diri sihat
Imej diri yang sihat bukan hanya berkisar tentang bagaimana rupa dan penampilan anda, tetapi ia juga berkenan perasaan anda tentang tubuh anda. Jika ada memiliki imej diri yang sihat, anda akan:
Menerima diri seadanya. Anda tidak perlu menjadi kurus, atau tinggi atau mempunyai ciri-ciri fizikal khusus. Penampilan nad tidak sepatutnya memenuhi jangkaan masyarakat. Anda kenal tubuh anda, berbanggalah dengannya. Hargai keunikan dan cintailah perbezaan anda.
Penampilan diri anda tidak melambangkan siapa diri anda sepenuhnya. Penampilan fizikal seseorang individu hanya menunjukkan sedikit tentang watak dan nilai seseorang.
Imej diri lemah
Imej sebegini akan muncul apabila seseorang individu merasakan tubuhnya tidak sesuai dengan apa yang diharapkan keluarga, sosial atau media. Ini antara masalah yang sering dihadapi kini kerana paparan dan standard kecantikan yang sering dilihat di media.
Berbeza dengan individu yang berpuas hati dengan tubuh sendiri, individu yang memiliki imej diri yang tidak sihat ini sering merasa tidak berpuas hati. Ini kerana mereka tidak melihat diri mereka sepenuhnya.
Sebaliknya individu dalam kategori ini apabila melihat cermin dan memandang diri mereka atau bahagian tubuh mereka sama ada lebih besar atau lebih kecil berbanding diri mereka yang sebenarnya.
Individu dengan masalah ini sering merasa rendah diri, janggal dan malu tentang tubuh mereka. Ada masanya, kita semua akan merasai situasi ini. Tetapi jika pemikiran negatif seperti ini selalu berada di minda anda, anda mungkin menghadapi masalah. Dan ia boleh memberikan kesan kepada kesihatan dan kesejahteraan anda.