Netizen Okinawan Di Jepun Hidup Lebih Lama Sampai 100 Tahun Kerana Rendah?

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 15/03/2020
Share now

Populasi Okinawan di Jepun hidup lama melebihi usia 100 tahun dan majoriti daripada mereka masih mempunyai tahap kesihatan yang baik. Salah satu faktor kelanjutan usia yang sering dikaitkan dengan golongan ini adalah mereka semua berketinggian rendah.

Kapasiti untuk hidup dengan lebih lama: Betul ke orang rendah panjang umur?

orang rendah

Kelanjutan usia dipengaruhi oleh pelbagai jenis faktor. Pada masa lampau, kebanyakan ahli akademik tidak bersetuju dengan pendapat bahawa kelanjutan usia mempunyai kaitan dengan ketinggian individu.

Namun kajian pencerapan (observational study) yang dijalankan oleh sekumpulan saintis diketuai oleh Bradley J. Wilcox pada tahun 2014 telah mendapati bahawa mereka yang rendah mempunyai kapasiti yang tinggi untuk hidup lebih lama berbanding mereka yang tinggi. 

Kajian ini melibatkan 8,003 orang Amerika yang berketurunan Jepun daripada kajian penuaan Asia-Honolulu yang telah berlangsung selama 40 tahun. 

Pemboleh ubah yang mempengaruhi kelanjutan usia seperti ketinggian individu dan varian gen kawal atur utama seperti faktor tumbesaran insulin dan Forkhead box O3 (FOXO3) telah direkodkan.

Dapatan kajian telah menunjukkan bahawa gen FOXO3 dipengaruhi oleh saiz badan. Semakin rendah individu tersebut, semakin tinggilah kapasiti mereka untuk hidup lebih lama.

Peranan FOXO3 terhadap kelanjutan usia dalam orang rendah

orang rendah

Gen FOXO3 mempunyai kepelbagaian fungsi dalam memastikan sistem fisiologi badan berada pada tahap yang optimum. Kajian pada tahun 2014 oleh Webb dan Brunet telah merungkaikan peranan gen ini terhadap proses kawal selia keseimbangan protein (proteostasis).

Ia bertanggungjawab dalam memastikan keberkesanan proses pembersihan intrasel yang merupakan kunci kepada keupayaan sel untuk memperbaharui diri.

Tanpanya, individu tersebut akan mengalami penuaan pramatang dan penyakit-penyakit lain seperti Parkinson, Alzheimer dan Huntington. 

FOXO3 juga memberi perlindungan kepada sel daripada kesan buruk tekanan oksidan (ROS). Gen ini akan meningkatkan kapasiti antioksidan sel bagi memastikan fungsinya berada pada tahap yang optimum untuk menghindarkan daripada proses penuaan dan kanser.

Apabila dibuat perbandingan di antara mereka yang berusia 95 tahun dan ke atas dengan mereka yang mempunyai jangka hayat purata, perbezaan pada kedua-duanya berkaitan dengan versi gen FOXO3 tersebut.

Mereka yang mempunyai versi gen pelindung (protective version) hidup lebih lama dan kebarangkalian ini meningkat jika anda mempunyai kapasiti FOXO3 yang banyak. Ya, ini merujuk kepada mereka yang rendah.

Orang yang tinggi boleh hidup lama

hidup lama

Jika anda seorang yang tinggi (bergantung kepada purata ketinggian populasi anda), jangan khuatir. Anda boleh hidup lama.

Caranya? Beri tumpuan kepada aspek kelanjutan usia yang lain. Anda perlu sedar bahawa kelanjutan usia dipengaruhi oleh faktor genetik dan persekitaran.

Cara yang paling berkesan untuk mencapai objektif tersebut adalah dengan mengamalkan gaya pemakanan yang sihat ditambah dengan senaman yang kerap dan tidur yang mencukupi.

Jika anda mempunyai gen pelindung FOXO3, itu merupakan bonus untuk anda namun hasilnya (kelanjutan usia) bergantung kepada seberapa banyak usaha yang dilaburkan ke atas aspek-aspek yang pelbagai.

Populasi Okinawan, sebagai contoh, mempunyai ketinggian yang agak rendah dengan purata populasi masyarakat Jepun. Namun, faktor kelanjutan usia mereka tidak semestinya terletak pada ketinggian mereka.

Mereka juga mengamalkan pemakanan yang sihat (organik), mempunyai purata aktiviti fizikal yang tinggi dalam tempoh seminggu dan mereka tinggal di kawasan perkampungan yang kurang stres berbanding dengan mereka yang tinggal di kawasan bandar.

Ambil pengajaran daripada mereka dan mulakan hari ini dengan tabiat pengamalan gaya hidup sihat.

Konklusi

Jika anda seorang yang rendah, usah kecewa. Kajian menunjukkan bahawa orang rendah mempunyai kapasiti yang tinggi untuk hidup lebih lama berbanding mereka yang tinggi! Walaupun gen seperti FOXO3 mempunyai kaitan dengan ketinggian yang rendah, jangan abaikan aspek lain yang boleh mempengaruhi faktor kelanjutan usia. Amalkan gaya hidup sihat agar kualiti dan durasi hidup anda akan menjadi lebih baik.

Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.

Baca juga:

  1. Adakah Anak Saya Pendek?

  2. Kenapa Wanita Pendek Selalu Bersalin C-section?

  3. Ingin Tahu Berapa Ketinggian Anak Anda apabila Dewasa? Ini Caranya!

  4. Tip Menguruskan Ketinggian Anda

  5. Ibu Bapa, Kenali 8 Faktor UTAMA Tumbesaran Si Manja Anda Terbantut!

Baca juga:

    Rujukan
    1. Short? You Just Might Live Longer. (https://www.huffpost.com/entry/short-men-live-longer-study_n_5299557). Diakses pada 30 Oktober 2019.
    2. Shorter Men Live Longer: Association of Height with Longevity and FOXO3 Genotype in American Men of Japanese Ancestry. (https://journals.plos.org/plosone/article?id=10.1371/journal.pone.0094385). Diakses pada 30 Oktober 2019.
    3. Long live FOXO: Unraveling the Role of FOXO Proteins in Ageing and Longevity. (https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC4783344/). Diakses pada 30 Oktober 2019. 

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Piramid Makanan VS Suku Suku Separuh? Yang Mana Lebih Bagus?

    Pasti anda pernah mendengar mengenai piramid makanan bukan? Adakah ia masih relevan untuk diamalkan atau perlu diganti dengan diet suku-suku separuh?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa

    Duduk Rumah Mulut Asyik Nak Mengunyah Saja? Ini 9 Cara HENTIKAN Tabiat Ini

    Tabiat mengunyah setiap saat bukan kerana anda berasa lapar, tetapi anda makan akibat tekanan yang dialami. Jadi bagaimana cara untuk menghentikannya?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa

    Sering Rasa Moody Selepas Bangun Tidur? Elak Lakukan 7 Perkara Ini

    Jika anda sering berasa moody selepas bangun tidur pada waktu pagi, maka anda perlu meneliti semula rutin anda. Berikut merupakan 7 tip berkenaan dengannya.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli

    Sharifah Sakinah Makan Petai Untuk Elak Kemurungan, Adakah Ia Berkesan?

    Ramai yang mengatakan terdapat banyak khasiat makan petai termasuklah membantu mengelak kemurungan. Adakah ia benar atau sekadar plasebo?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid