Ayam adalah sumber protein dan nutrien yang baik. Perbezaan kandungan nutrien antara satu bahagian dengan yang lain terlalu kecil untuk menjadi ukuran apa yang lebih sihat. Sebaliknya, perbezaan yang berguna untuk anda ketahui adalah bahagian daging yang gelap mempunyai lebih lemak tepu dan kolesterol berbanding bahagian daging yang putih. Pun begitu, kebanyakan lemak dalam ayam adalah pada kulitnya. Jika anda tidak mahukan lemaknya, asingkan kulit daripada ayam yang ingin dimasak.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen