backup og meta

Ingin Berpiknik Bersama Keluarga? Ini Antara Menu Popular Ketika Berkelah, Mudah & Sedap!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan · Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 20/04/2023

    Ingin Berpiknik Bersama Keluarga? Ini Antara Menu Popular Ketika Berkelah, Mudah & Sedap!

    Memikirkan menu berkelah yang sesuai untuk menjamu keluarga semasa cuti sekolah atau hujung minggu nanti?

    Teruskan membaca perkongsian artikel ini untuk idea makanan picnic menarik yang boleh anda cuba.

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Pemakanan Sihat, sila dapatkannya di sini.

    Berpiknik sempena cuti sekolah

    Cuti sekolah merupakan hari yang paling dinanti-nantikan oleh anak-anak. Ini kerana mereka tidak perlu lagi bangun di awal pagi dan bersiap untuk ke sekolah.

    Untuk tempoh cuti yang panjang ini, pastinya anda sebagai ibu bapa ingin meluangkan masa bersama anak-anak.

    Jika anda mahukan aktiviti yang membolehkan kalian berehat dan berseronok, sudah tentulah berkelah di tepi pantai atau di kawasan air terjun merupakan pilihan yang paling terbaik.

    Sebut mengenai berkelah, pastinya ia takkan lengkap tanpa hidangan makanan picnic, betul tak? Jadi apakah mungkin menu berkelah sedap untuk anda cuba?

    Tetapi sebelum itu, pastikan anda mengikuti tip keselamatan di bawah ini semasa berpiknik nanti:

    • Bawa lebih pinggan, bagi mengelakkan makanan bercampur dan berlaku pencemaran
    • Pastikan bekas menyimpan makanan dibersihkan terlebih dahulu dan bertutup rapat
    • Bawa bekalan air yang mencukupi, bukan sahaja untuk dibuat air minuman tetapi juga untuk digunakan bagi keperluan lain seperti mencuci tangan dan sebagainya
    • Sentiasa menjaga kebersihan tangan bagi mengurangkan risiko pencemaran. Jika tiada sumber air, gunakan gel pembersih tangan atau tisu basah

    menu berkelah

    • Jangan menggunakan semula ais daripada bekas menyimpan makanan ke dalam minuman
    • Jangan biarkan makanan terdedah tanpa ditutup

    Menu berkelah simple tapi menyelerakan

    Apabila berkelah semestinya menu untuk piknik keluarga dapat memenuhi selera anak-anak. Berikut antara beberapa jenis cadangan makanan picnic yang boleh anda cuba.

    Bihun goreng Singapore

    Bahan-bahan:

    • 1 bungkus bihun
    • Sedikit minyak – untuk menumis
    • 1 mangkuk kecil udang kecil – dikopek
    • 1 mangkuk kecil isi ayam – potong dadu
    • 3 batang fish cake – potong dadu
    • 1 kiub ikan bilis
    • 2 biji telur
    • Kubis – dicincang kasar
    • Lobak merah – dihiris memanjang
    • Sawi
    • Taugeh
    • Lada sulah – jika suka
    • Garam dan gula secukup rasa
    • Bawang goreng dan daun bawang untuk hiasan
    • 5-6 ulas bawang putih
    • 1 biji bawang besar
    • 2 sudu besar lada hitam

    piknik keluarga

    Cara penyediaan:

    1. Rendam atau celurkan bihun hingga lembut. Tapis dan ketepikan.
    2. Kisarkan bawang merah, bawang putih, lada hitam hingga halus. Seterusnya tumiskan sehingga naik bau.
    3. Masukkan isi udang, ayam dan fish cake
    4. Masukkan kiub ikan bilis dan pecahkan telur. Kacau seketika.
    5. Selepas itu masukkan bihun dan kacau sebati.
    6. Akhir sekali masukkan sayuran seperti sawi, lobak merah, kubis dan teruskan menggaul sehingga bihun lembut dan sebati.
    7. Taburkan lada sulah, garam dan gula secukup rasa. Taugeh dimasukkan pada saat akhir supaya tidak layu.
    8. Angkat dan hiaskan dengan bawang goreng dan daun bawang. 
    9. Anda juga boleh menyediakan telur dadar yang dihiris sebagai pelengkap.

    Menu berkelah #Sandwic mayo telur

    menu berkelah

    Bahan-bahan:

    • 10 biji telur – direbus dan dilenyek
    • 1 senduk mayones
    • 1 sudu teh lada putih
    • Tomato – dihiris bulat
    • Daun salad
    • Kepingan roti gandum
    • Mentega 

    Cara penyediaan:

    1. Campurkan semua bahan: telur, mayones dan lada sulah, digaul sebati.
    2. Sapukan mentega pada kepingan roti gandum.
    3. Letakkan hirisan tomato di atas roti, telur serta salad. Kemudian letakkan sekeping lagi roti sebagai pelengkap.
    4. Potong roti menyerong kepada 2 bahagian. 
    5. Simpan di dalam bekas bertutup.

    Baca juga:

    Menu berkelah #Roti gulung sosej cheese

    Bahan-bahan:

    • 10 keping roti
    • 10 batang sosej
    • 10 keping keju
    • Serbuk roti
    • 2 biji telur ayam
    • Minyak untuk menggoreng

    Cara penyediaan:

    1. Potong bahagian tepi roti kemudian digelek sehingga nipis. 
    2. Letakkan kepingan keju bersama sosej. Gulungkan roti. 
    3. Panaskan minyak di dalam kuali.
    4. Roti yang siap digulung dicelup secara rata ke dalam telur. Celupkan pula ke dalam serbuk roti.
    5. Roti yang selesai dicelup akan digoreng terus ke dalam minyak yang telah panas.
    6. Apabila roti menjadi kuning keemasan, angkat dan toskan minyak.
    7. Anda boleh memilih untuk memotong roti kepada 2 bahagian bagi memudahkan anak untuk memakannya.

    piknik keluarga

    Coklat brownies, antara menu berkelah menarik

    Bahan A:

    Bahan B:

    • 2 biji telur
    • ½ sudu teh esen vanila
    • 140 gram gula perang halus

    Bahan C:

    • 100 gram tepung gandum
    • ½ sudu teh baking powder
    • 25 gram serbuk koko

    menu berkelah

    Cara penyediaan:

    1. Cairkan bahan A dalam microwave selama 1 minit atau gunakan cara double boil. Kacau sebati dan ketepikan.
    2. Masukkan bahan B ke dalam mangkuk dan dikacau rata hingga sebati semua bahan. Apabila gula agak larut, berhenti mengacau.
    3. Campurkan bahan A ke dalam bahan B, gaul rata sehingga sebati.
    4. Ayakkan semua bahan C dan masukkan ke dalam campuran bahan A dan B tadi. Gaul sebati. Hasil adunan akan menjadi likat.
    5. Untuk menjadikan brownies lebih sedap, masukkan coklat bar yang dicincang ke dalam adunan. 
    6. Sapu mentega pada loyang dan lapik dengan kertas pembakar. Tuangkan adunan.
    7. Masukkan adunan ke dalam oven dan bakar untuk tempoh 30 hingga 35 minit pada suhu 170℃. Jangan terlebih masak kerana ia akan menyebabkan brownies kering.

    Selamat mencuba resipi menu berkelah yang dikongsikan di atas!

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Joseph Tan

    Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


    Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 20/04/2023

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan