backup og meta

"Stres Boleh Beri Kesan Kepada Selera Makan", Fakta Atau Auta Kebimbangan Ini?

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan · Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 10/05/2023

    "Stres Boleh Beri Kesan Kepada Selera Makan", Fakta Atau Auta Kebimbangan Ini?

    Pernahkah anda terfikir bahawa boleh terjadinya hilang selera makan sebab stress?

    Tetapi benarkah stres atau tekanan yang melibatkan perasaan dan gangguan emosi seperti kegelisahan boleh mendatangkan kesan kepada tahap kesihatan dan kesejahteraan anda?

    Apabila keinginan atau selera makan semakin merosot, anda berkemungkinan untuk mengalami masalah gangguan pemakanan.

    Tetapi apakah yang dimaksudkan dengan gangguan pemakanan ini?

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Pemakanan Sihat, sila dapatkannya di sini.

    Apa itu gangguan pemakanan?

    Sebelum memahami mengenai kaitan antara hilang selera makan sebab stress, ayuh kita ketahui  tentang gangguan makanan.

    Gangguan pemakanan adalah keadaan yang mempunyai ciri-ciri seperti tabiat pemakanan tidak normal dan tekanan atau kebimbangan mengenai berat dan bentuk badan.

    Kebanyakan gangguan pemakanan melibatkan perhatian yang melampau terhadap berat, bentuk badan dan makanan, lalu membawa kepada tabiat pemakanan yang berbahaya.

    hilang selera makan sebab stress

    Hal ini memberi impak yang besar kepada keupayaan tubuh badan untuk mendapatkan nutrisi.

    Gangguan pemakanan yang paling kerap berlaku ialah anoreksia nervosa, bulimia nervosa dan gangguan makan berlebihan (binge eating disorder).

    Gangguan pemakanan menyebabkan banyak komplikasi dan sebahagian darinya boleh mengancam nyawa.
    Semakin lama atau teruk kecelaruan tersebut, semakin tinggi risiko anda untuk mengalami komplikasi yang serius.

    Tetapi benarkan hilang selera makan sebab stress benar-benar boleh berlaku? 

    Kaitan hilang selera makan sebab stress

    Berdasarkan kajian yang ditulis dalam Nature Communications, satu penyelidikan gangguan pemakanan terhadap binatang yang dijalankan oleh The University of Texas Health Science Center di Houston (UTHealth).

    Didapati bahawa neurociruit pada tikus, yang apabila diaktifkan, akan menyebabkan tahap tekanan meningkat dan mengurangkan keinginan untuk makan. 

    Melalui penyelidikan tersebut, pengkaji percaya akan dapat membangunkan rawatan untuk merawat masalah gangguan pemakanan serius – anoreksia nervosa.

    Menurut National Institute of Mental Health di Amerika Syarikat, ia merupakan masalah gangguan mental paling tinggi yang menjadi antara punca utama kematian.

    Ini kerana individu dengan anoreksia nervosa akan mengelak untuk makan, mengehadkan dan hanya mengambil makanan tertentu dalam jumlah yang sedikit sahaja.

    hilang selera makan sebab stress

    Mereka akan melihat diri sebagai individu dengan masalah berat berlebihan, walaupun hakikatnya mempunyai masalah kekurangan berat badan yang sangat kronik.

    Menurut penulis kanan kajian dan profesor bersekutu di Center for Metabolic and Degenerative Disease di McGovern Medical School di UTHealth, Qingchun Tong, berdasarkan penyelidikan, penyelidik sudah dapat mengenal pasti bahagian otak tikus ujian yang mengawal kesan stress terhadap makanan.

    Sistem saraf yang sama

    Disebabkan tikus dan manusia mempunyai sistem saraf yang sama, Tong, yang juga merupakan Cullen Chair in Molecular Medicine di UTHealth percaya penemuan ini akan dapat membantu menjelaskan mengenai otak manusia yang membantu mengawal kelaparan.

    Penyelidikan yang dilakukan dipercayai merupakan antara kajian pertama yang dapat menunjukkan peranan dan fungsi neurocircuit ini dalam mengendalikan stres dan kelaparan. 

    Walaupun terdapat kajian yang dilakukan sebelum ini menunjukkan bahawa seseorang itu bukan sahaja boleh mengalami hilang selera makan sebab stress, tetapi turut boleh meningkatkan keinginan makan seseorang individu.

    hilang selera makan sebab stress

    Namun sehingga kini, mekanisme saraf yang bertindak mengawal pemakanan sebagai tindak balas berkaitan dengan stres masih lagi kekal sebagai misteri yang tidak dapat diungkap. 

    Pasukan penyelidikan memberikan tumpuan terhadap hubung kait neurocircuit yang bersambungan dengan dua bahagian otak tikus, iaitu paraventricular hypothalamus, zon yang berkaitan pemakanan di otak dan ventral lateral septum, zon emosi pada bahagian otak.

    Neurocircuit pada bahagian otak ini berfungsi sebagai ‘suis’ on/off

    Apabila neurocircuit diaktifkan, penyelidik dapat melihat peningkatan dalam aspek kegelisahan dan kebimbangan serta berlaku kemerosotan dalam keinginan dan selera makan.

    Sebaliknya, apabila peranan neurocircuit dihalang, tahap kegelisahan yang menyebabkan wujudnya stres menurun dan rasa lapar meningkat. 

    Teknik penyelidikan yang digunakan dalam kajian untuk menghidup dan mematikan neuron dikenali sebagai optogenetics.

    Pengarang utama penyelidikan dan pengajar di McGovern Medical School berkata beberapa ujian dan penyelidikan tambahan diperlukan bagi mengesahkan hasil penemuan dan kajian ini. 

    Baca juga:

    Gaya pemakanan dan hidup yang sihat

    Jika merasakan anda mempunyai stres yang mungkin menyebabkan berlakunya gangguan pemakanan dalam diri, dapatkan nasihat dan pandangan doktor. Mereka boleh membantu mengatasi masalah yang dihadapi.

    Pengambilan suplemen vitamin dan mineral merupakan antara cara mengatasi hilang selera makan sebab stress supaya badan memperoleh nutrisi penting yang diperlukan.

    Selain itu lakukan aktiviti fizikal seperti bersenam yang mungkin dapat membantu mengurangkan stres yang dihadapi

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Joseph Tan

    Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


    Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 10/05/2023

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan